Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 April 2015

Kisah di Sebalik Tabir-Mac

Dah hampir seminggu bulan Mac meninggalkan kita
ibu baru terheggeh2 nak terbitkan n3 kisah bulan Mac.
Sabar jelah ye dengan penyakit M yang makin berleluasa.

Sebenarnya ibu dah buat draf cuma baru sempat nak  edit......
Harap bertabahlah ye.

   3-4.3.2015 Pertandingan Tokoh NILAM Daerah
Alhamdulillah Muhd Aiman terpilih Calon tokoh NILAM
Zon diantara 16 buah sekolah.
Aiman mara ke Peringkat Daerah.
Akhirnya Aiman dapat tempat ke 3 Tokoh Nilam Daerah Ledang.
Syabas Aiman.
Akibat kesuntukan masa, ibu cuma sempat melatih Aiman
sehari sebelum pertandingan diadakan.
 Aiman-banyak sesi sebenarnya. Ada penulisan, temuduga, persembahan spontan
dan finalis perlu berforum dihari terakhir.
Aiman satu-satunya "kumbang" berjaya ke peringkat akhir......

 Bergambar kenangan di sekolah pulak.
Cikgunya yang terlebih sudah.....ha3x

Bahan yang ibu sediakan yang dibawa untuk penilaian semasa pertandingan.
Rekod bacaan Aiman ibu kumpul sejak dia di Tahun 1-6.

6.3.2015-Pelancaran Program mento-Menti 
Ibu dapat 2orang anak dara.
Moga ibu diberi kelapangan masa untuk membimbing mereka berdua....InsyaAllah.

24-25.3.2015-Kursus/Bengkel
Kursus dan kursus lagi.....
Macam biasa ibu berkursus di PKG.
Selama 2 hari ibu hadir ke sana.
Tahun ni rasanya dah5x ibu hadir berkursus.
Nampak gayanya cuma tinggal 2 hari lagi untuk ibu
genapkan bilangan berkursus untuk tahun ni.

26.3.2015-Karnival Ko-Akademik Zon BG
Minggu pertama naik sekolah ,karnival ko akademik diadakan.
Fuh...maunya ibu dan rakan-rakan tak berpeluh.
Sempatlah 3 hari ibu kidnap anak-anak comel seramai 6 orang
daripada Tahun 1-3
untuk menyertai Bijak Sifir.
Ibu juga dilantik sebagai Hakim Mewarna dan Bercerita tapi
terpaksa menarik diri kerana ada urusan keluarga (Kisahnya di SINI)

 Walaupun tak dapat Johan tapi mereka dapat :
Tahun 1- Tempat ke3
Tahun 2-Tempat ke 3
Cuma Tahun 3 kecundang......emmmm...takde rezeki mereka.
Mereka semua perlu menjawab 50 soalan dalam masa 6 minit sahaja.....

Macam biasa ibu sempat juga melatih dan bagi tips merwarna bagi
Pertandingan Mewarna Pra Sekolah.
Alhamdulillah keputusannya Johan, tempat ke4 dan Saguhati.

31.3.2015-Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 42
Penghujung Mac ada lagi program besar.
Maka dengan gigihnya kami membuat persiapan.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

 Kaum ibu posing dulu sebelum masing-masing mengambil tugasan yang
diamanahkan.
Macam biasa tugas ibu usung dslr.....
Orang sedang bersidang kitaorang sempat posing-posing......
Alhamdulillah tahun ni ibu ada 'luck'.
Dapat cabutan bertuah ke 11......he3x....rezeki.

Gambar kenangan bersama.
Tahun ni kami pakai tema kuning + hitam.
Kain tu ibu bersama 2 orang rakan beli di Jakel Melaka.

Inilah antara aktiviti diluar bidang yang sempat ibu rakamkan.
Sebenarnya banyak lagi program sampingan berjalan.

7 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

TUGAS GURU bukan setakat mengajar kan kak...mcm2 aktiviti cikgu perlu pantau....

suke tgk baju kuning hitam tu...cantik n menyerlah...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Comelnyaaaa anak2 bijak sifir tu kak.

Unknown berkata...Reply To This Comment

teringat masa zaman anak2 kecik disekolah rendah mcm2 aktiviti terpaksa ikut dan skrg dah biasa tinggal piala je sebagai kenangan diaorang masa kecik

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

tahniah aiman!tetiba rasa macam ucap tahniah kt anak sendiri,hahaha...

eima berkata...Reply To This Comment

WAHHH BGSNYE AIMAN .....
RAJIN MEMBACA

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Busy nye akk...tahniah utk ank didik akkk

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Tetiba rasa macam BEST ajelah jadi cikgu ni ~_^

Cikgu sekarang ni sibuk lain macamkan, kak. Masa zaman saya sekolah dulu, saya tengok kerjaya cikgu ni macam satu profesion yang senang bangat *_*

About me