Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Mac 2015

Penawar Batuk dan Sakit Tekak.

Bersua lagi setelah ibu jadi "chip more".....
Kebelakangan ni agak liat nak buka blog.
Buka sekejap lepas tu termenung panjang......
Mungkin faktor kesihatan ibu pun tak begitu baik dah lebih 3 minggu ni.

Semasa ibu diserang batuk dan sakit tekak yang teruk,
banyak petua-petua yang ibu dapat daripada rakan-rakan dan saudara mara..
Alhamdulillah...ibu kumpulkan dan simpan di sini untuk kegunaan bersama.
Ibu akan kongsikan di sini.
Manalah tahu salah satu penawar tu sesuai.
Semua tu ikut keserasian...

1. Bawang Putih Bakar.
bakar bawang putih bersama kulit.
Ibu guna kuali ajaib je.....senang sgt.
*kredit untuk adik atie.

2. Jus Buah Lai
Kisar 2 biji buah lai guna slow juicer.
Minum sebelum tidur.
*Kredit untuk Kak Melorwatie

3. Kicap + asam limau nipis/kasturi
Sesudu kicap diperah air asam limau ke dalamnya dan minum.

4. Limau Nipis + Kapur makan
Sebiji limau nipis dibelah dua.
Sapukapur makan dan bakar pada dapur.
Perah air dan minum suam2.
*Kredit untuk Kelmawati

5. Lemon + madu sidir + serbuk cili
Perah 1/2 lemon + 1 sudu madu sidir + secubit serbuk cili.
Selawat keatas Rasul dan Nabi Ibrahim (macam baca dalam tahiyyat)-3X
Minum 3X sehari..
Diakhiri dengan doa2.
*kredit untuk Auntie Zah

6. Rumpai Laut
*kredit untuk Mayana

7. Madu + Limau Nipis
Perah limau nipis bersama sesudu madu.

8. Rawatan Hospital.
Sudah semestinya jika tidaksihat tempat pertamayang dituju ialah klinik dan hospital.
Rasanya dalam 3 minggu ni dah 3x ibu ke klinik dan akhirnya dirujuk
ke hospital untuk ujian x-tray.
Itupun disebabkan hari terakhir persekolahan ibu pitam dan hampir jatuh di sekolah.
Dapat mc 2 hari pun tetap hadir ke sekolahan.
Akibat kedegilan ibu so hari Khamis tu  doktor suruh ibu terus pulang ke rumah
untuk berehat.
Ayah yang OTW ke JB terpaksa berpatah balik ke rumah bila terima w.apps ibu.
Alhamdulillah kesihatan ibu bertambah baik.
Sedikit ujian Allah buat hambaNya.....


14 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Syafakillah NZA, skrg ni memang musim batuk, anak2 CH pun batuk dah mcm2 petua buat..Terima kasih kongsi penawar ni.. ada juga yg tak pernah Cuba..

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

ibu_suri baru ni batuk hampir 1 bulan. minum ubat batuk cap ibu n anak je...

tau juga sesikit petua NZA tu tapi malas nak buatkan...

itulah lelaki namanya...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

ujian sakit pengahapus dosa.sy pun pernah kena batuk n sikit tekak teruk..Alhamdulillah akak dah sembuh

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Moga cepat sembuh kakak

Aziela berkata...Reply To This Comment

Menarik juga petua2 tu semua kan kak. Kak, jangan lupa...rehat banyak2 kak. Kesihatan diri tu penting.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Dekat sebulan akak batuk sampai tak boleh tidur malam. Satu malam balik dr epot akak teringin makan sunday cone mcdonald. Nak tau apa jadi? Malam tu akak tidur nyenyak tanpa batuk. Keesokan harinya batuk terus reda. Alahai begitulah Allah ilhamkan penawar.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

tq kak nza share byk petua..semoga kesihatan kak nza dah pulih sepenuhnya ya..=)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

tq kak nza share byk petua..semoga kesihatan kak nza dah pulih sepenuhnya ya..=)

nieda berkata...Reply To This Comment

saya doakan akak cepat sembuh

nieda berkata...Reply To This Comment

saya doakan akak cepat sembuh

nieda berkata...Reply To This Comment

saya doakan akak cepat sembuh

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

nani pun hari tu tak berapa sihat

Alin Marlini berkata...Reply To This Comment

petua 1,3,7 & 8 selalu amalkan kalau kena batuk...tp tak jalan...lastly baik sendiri...huhuhu

sal ya berkata...Reply To This Comment

Lps anak2 sy plk tumbang. Alhamdulillah... Sekarang dh ok. Hopefully akak pn sm.

About me