Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Februari 2015

Weekend Kami

Bersua lagi dan selamat berhujung minggu.
Sejak Along dan Angah bercuti sem ni, langkah ibu semakin ligat.
Kebelakangan ni Ayah pula semakin sibuk dengan urusan luar.
Minggu ni pun ayah terbang lagi dan lagi...
So, ibu banyak habiskan masa bersama-sama anak-anak.

Rutin weekend a.k.a Hari Jumaat ibu tahun 2015.
Sekarang ibu habiskan masa weekend di PSS sekolah.
Kebetulan Farouk ada tuisyen di sekolah so sambil tunggu
Farouk abis tuisyen ibu buat kerja-kerja pengurusan di sini.
Inilah kerja ibu sekarang...latih koir dan kemas kini buku-buku di PSS..
Kebetulan sekarang ni ibu tengah gigih latih pengawas PSS koir untuk
hari pelancaran NILAM Ahad nie.
Dah 1 minggu ibu bersama anak-anak ini.
Biasanya latihan dibuat selepas tamat waktu sekolah 1.15- 2.15 petang.
Ibu tak nak ganggu waktu belajar so latihan dibuat selepas tu.
Takpelah berkorban sedikit waktu untuk mereka......
Ibu pun seronok bersama mereka.....

Selesai urusan kerja ibu habiskan masa untuk anak-anak pula.
Dah 2 minggu kami pergi ke pusat rawatan ni.
Ibu bawak Along dan Angah ke sini, 
Cari alternatif untuk merawat tulang belakang Angah dan migrin Along.

Selesai sesi rawatan di sana, macam biasalah anak-anak dara nak bershopping di TheStore.
Lepas shopping kami isi perut di bakery ni.
Sekadar isi perut dengan pelbagai pilihan kek, roti dan pizza....

OTW balik singgah pula ke Giant.
Misi mencari daging kambing.
Along bercadang nak panggang kambing hari ni.......
Sekarang tugas memasak lauk pauk diambil alih oleh Along dan masak
desert untuk makan petang diambil alih oleh Angah...
Lega sangat2 ibu rasa seketika sebelum mereka meninggalkan ibu hujung
bulan nanti untuk meneruskan perjuangan di U....huhuhu....

Alonglah jadi driver kami...

Singgah beli takoyaki...
Mak aiiii......baru tahun lepas 4 ketul = RM3.50....tetiba tahun ni 4 ketul = RM5...
Tak tertelan pulak rasanya sebab bagi ibu harganya agak mahal.........
Ni belum kena GST.....

17 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Hmmmm...

harga minyak turun bukan bererti harga barang lain akan turun, tapi bila harga minyak naik, harga barangan lain akan ikut naik...

Athirah berkata...Reply To This Comment

awal2 tahun ni busy kan...hehee

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

sedapnyaa pizza tu ibu. hehehe. ehh tokoyaki memang mahal dah skearang. nani kalau nak teringin aje baru beli.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Kakcik Nur
itu yg pelik kan kakcik....minyak dh turun tapi brg mkin naik melambung2....

ibuayu berkata...Reply To This Comment

kak koir lagu nilam ke..gimik buat apa..share dgn ayu ya...

NzA berkata...Reply To This Comment

@trah zain
mmg bz sgt2......

NzA berkata...Reply To This Comment

@Nur Inani
simple tapi sedap tau nani.....2lh, kalau dulu beli 1 set sore tapi skrg ni rasa mcm xberbaloi la nk beli byk2....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ayu Ismail
akak buat simple2 je ayu....mula2 nk jugak buat gimik tapi tetiba cancel sbb last minute akak kena p kursus lagi dan lagi...huhuhuhu.....

Unknown berkata...Reply To This Comment

teringin takoyaki tu tunggu mood dulu ni, happy weekend dik..

Wa berkata...Reply To This Comment

Hehehe...syoknya ada anak dara dah besar kak..macam2 boleh tolong kan.... tapi harga makanan memang mahal sekarang kan....nak nangis rasanya..duit abis mcm air je.. waaaa

Ann Ishak berkata...Reply To This Comment

tak tau la bila harga barang ni nak turun, macam takkan turun je

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Patutlah rumah meriah dengan makanan,anak dara dua orang tengah cuti sem

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Sementara masih ramai anak-anak di rumah, seeloknya digunakan masa bersama.

Saya pula kena tunggu raya barulah semua anak-anak buah datang berkumpul di rumah.

NzA berkata...Reply To This Comment

@wa
Alhamdulillah skrg dh lega sbb anak2 dara dh besar...bila blk cuti msg2 dpt tlg ibu...
itulah...berganda2 harganya....ank ramai mkin terasa.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Ann Ishak
rasanya dah sukar nak turun...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Puan Kutu
he3x...sementara ank2 dara ni bercuti...bolehlah ibu rehat sikit.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
masa kualiti bila bersama ank2 kan...mesti syami rapat dgn ank2 sdara.

About me