Selamat berhujung minggu.
Sekarang ni weekend je ibu masak sejak Along ambil alih
tugas memasak untuk lunch.
Sementara anak-anak dara ibu bercuti,
bolehlah ibu goyang-goyang kaki..
Ok, jom kita tengok resepi perencah ikan bakar versi ibu.
Kali ni ibu bakar ikan tongkol
Bahan :
Ikan tongkol / ikan kembung/ ikan cencaru.
Bahan-bahan kisar:
Segengam cili kering @ cili boh
1 biji bawang besar hollan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sepotong halia, lengkuas (jika ada)
2 batang serai dipotong
1sudu pes tomyam-jika ada
*kisar kesemua bahan di atas
gula dan garam
air asam jawa
hirisan daun limau purut
daun kesum.
1. Tumis bahan yang dikisar dalam minyak panas.
2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Sedikit air asam jawa/ asam keping.
4. Tumis hingga naik minyak.
5. Curahkan perencah ke atas ikan yang sedang dibakar.
p/s:
Tahniah Angah kerana dapat Anugerah Dekan dalam
exam sem lepas....*nnti ibu buat n3.
Hari ni banyak pulak jemputan kawin hingga ke Melaka
6 ulasan:
saya tak berapa gemar ikan bakar tapi ikan tumis... orait!
boleh cuba perencah ikan bakar ni . mudah saja membuatnya ... tahniah buat angah ya ... minggu depan lagi banyak majlis kahwin sbb cuti CNY .
Belum pernah buat lagi ikan bakar ikan tongkol...selalu singgang je..hehehe...tahniah Angah...
nampak pun dah tau sedap, fav ikan bakar ni, makan macam ni mesti terlajak nasikkk
Rajin kak nza soap perencan ikan bakar lagi..guns pes tomyam ye..nti sy Cuba ikut resepi..
Sedapnya kak Nza, ikan bakor. Bestnye makan dengan nasi panas. :)
Catat Ulasan