Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Februari 2015

Catatan Perjalanan Johor-Kelantan-Johor

Salam kerinduan semua.
Bersua kembali setelah tuan rumah bercuti selama 6 hari.
Terima Kasih di atas ucapan tahniah atas kecemerlangan

Sebenarnya ibu sekeluarga tiada perancangan pun nak balik
kampung sempena CNY.
Tapi tetiba ubah rancangan memandangkan mama tak begitu sihat
dan Abah masih berada di Mesir.

Ibu bertolak balik pada hari Khamis selepas Farouk abis tuisyen di sekolah.
Bergerak dalam pukul 12.30 tengahari.
Perjalanan agak lancar walaupun banyak kereta.

Tiba di Kuala Terengganu dah malam.
Keluar susur lebuh raya Pantai Timur (LPT) keadaan mula sesak.
Lebih kurang pukul 12 malam baru kami tiba di kampung ibu.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 11 jam 30 minit.

Ibu kat kampung selama 4 hari.
Hari Ahad kami bergerak balik kerana Beby mula kuliah pada hari Isnin.
OTW balik jalan mula sesak menghala ke Pasir Putih.


Sempat snap gambar Masjid Ulul-Albab yang terletak di Jertih.
Perjalanan ke LPT yang sepatutnya memakan masa 3 jam dari kampung ibu
jadi 5 jam....Sesak sangat terutama menghala ke LPT

Dari siang bertukar malam kami masih berada di LPT.
Nak keluar susur 2km memakan masa berjam-jam...adeh....

Banyak kenderaan tersadai di tepi jalan.
Ada yang kehabisan minyak dan engin panas.
Mungkin kebanyakkannya tak sangka keadaan LPT sesak sebegini.
Perjalanan yang sepatutnya antara 2-3 jam jadi 10 jam......

Alhamdulillah kami dapat lepasi keadaan yang sesak tu.
Hantar Beby ke kolej dah lewat.
Nasib baik masih dibenarkan naik ke asrama kediaman.
Kalau tidak jawabnya Beby terpaksa menarik beg besarnya ke atas......agak jauh jugak tu.

Keluar dari Kuantan ke jalan Segamat jalan dah mula lengang.
Tiba di rumah dah hampir 2 pagi.
Perjalanan memakan masa 15 jam amat memenatkan.......

10 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

rata2 update kat fb lieya bace semua ckp jem kan kak...ye laa cuti panjang mmg ramai amik kesempatan pulang ke kampung....

Unknown berkata...Reply To This Comment

betul tu perjalanan yg memakan masa 4 jam dah jadi double triple time jam baru ni dari fb kenkawan, tapi alhamdulillah di brunei masih macam biasa heee

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

memang jem teruk betul. nani balik pahang biasa tiga jam gitu dah sampai kali ni lama sangat ^^

Wak Lat berkata...Reply To This Comment

Salam. Hee kenderaan makin banyak tapi jalanraya seperti itu juga tidak bertambah banyak.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Kebanyakkan jalan yang menghala ke ibu kota sesak teruk. Bermula dari hari Sabtu...

eima berkata...Reply To This Comment

musim cuti umum gini la jem sekmo .... alhamdulillah selamat sampai

Norma NML berkata...Reply To This Comment

memang rata2 jem akak..sbb tu CNY jrg balik Klate..nasib baik masa balik Pahang tak jem :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

curi panjang musim perayaan memang jalan macam jam sentiasa.pernah kena jugak masa dok johor dulu..lebuhraya utara selatan jam teruk

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

Mmg jem la jalan time ni kan.. ramai blik kampung

sal ya berkata...Reply To This Comment

Dh lm x blj kg. Lst blk ms deepavali last year. Lps tu bertapa la kami di sini smp skg. haha...

About me