Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 September 2014

Reunion MPKTBR / IPGKDRI 90/92

15.9.2014 menjadi satu detik sejarah dalam dairy hidup ibu.
Cewah.....sehari lebih awal sebelum rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia
Ibu dan rakan-rakan meraikan satu Majlis Tautan Silaratulrrahim..
Kami berkumpul di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit @
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail Kuala Terengganu.
Perancangan yang dah berapa kali tertunda disebabkan masing-masing ada komitmen lain.
Kami sering berhubung di group w.apps dan FB.
Bayangkan hampir 22 tahun kami terpisah dan berkumpul kembali.
Walaupun cuma 45/240 + saja yang hadir, tapi ianya cukup bermakna buat ibu dan rakan-rakan.

Yang paling kelakar bila ada diantaranya dah berubah 100%.
Ada diantaranya ibu dah tak cam langsung.
Yelah kan...masa masuk ke situ kami diawal usia 18tahun.
Lebih kurang sebaya dengan anak-anak kami sekarang.
Sekarang masing-masing dah masuk 4 series dan ada diantaranya dah masuk 5 series....

14.9.2014 ibu dah bertolak dari Kelantan ke Terengganu.
Perjalanan memakan masa 3 jam dari Pasir Mas ke Batu Rakit.
Memang ibu dah lupa jalan yang pernah ibu lalui lebih 2 tahun setengah.
Tanpa GPS agaknya ibu dah sesat entah kemana.
Maklumlah, faktor umur membuatkan ibu dah mula lupa ingatan.....

Gambar dari en.google.
Ya Allah...rindunya...
Banyak kenangan di sini.
Tempat mengajar ibu erti dewasa.
Dari seorang pelajar sekolah..ibu mengapai impian dan cita-cita sejak kecil di sini.

 Ini pun dari en.google.
Bilik kuliah yang saban hari ibu daki..Langsung tak berubah..
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.....
Eh...jangan percaya ye....Ibu bebas dari jatuh chenta semasa di sini.
Baik kan ibu..kan..kan.....

Bahagian dalam bangunan bilik kuliah.

 Dewan besar yang banyak menyimpan seribu kenangan.
Semasa menuntut di sini ibu boleh dikatakan aktif dalam setiap program.
Apa saja program pasti muka ibu and the geng terpacak di situ......gila glemer masa tuh...ha3x...

Di awal pagi sebelum reunion bermula kami masing-masing pergi dating di kedai yang paling femes
"Kedai Pok Ping".
Riuh rendah di pagi hari.
Masing-masing datang memperkenalkan diri.....
Ya Allah...Pok Ping tidak berubah.
Tetap seperti dulu.
Gerainya pun sama....nostalgia sungguh.

Dewan kuliah yang sangat jarang kami gunakan dulu sebab kami
belajar di kelas masing-masing.
Bayangkan bukan main jakun bila pensyarah benarkan kami masuk ke sini dulu....

Hanya 4 orang saja pensyarah kami yang dapat hadir.
Satu-satunya pensyarah perempuan yang dapat hadir Pn Hajah Nas.
Merupakan ibu angkat ibu sewaktu disana.
Setiap weekend pasti dia akan menjemput ibu makan-makan dan lepak2 di rumahnya.

Sebahagian daripada pensyarah telah pencen dan ada yang telah pergi mengadap ilahi...Al-Fatihah.
Jasamu tidak terbalas dan tetap segar dalam ingatan.
Melihat wajah-wajah ini hati ibu sayu.....
Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa mereka.

Pensyarah merangkap Ayah tutorial ibu...En Harun.
Lembut tutur bicara dan menjadi pendengar yang baik.

 Kami berhenti rehat untuk sesi pertama.
Menu utama nasi dagang dan makanan sampingan yang lain.

Bekas YDP kami En Faris Musa.
Salah seorang ahli politik terkenal tanah air.
Pernah lawan PM semasa pilihan raya yang lalu.\
Namun kami amat profesional..
Walau apapun latar belakang politik yang diikuti namun kami tolak ke tepi.
Tiada istilah musuh atau lawan....Hari itu penuh dengan gurau senda seperti zaman remaja dulu...
Pensyarah pun tak dapat menahan ketawa dengan keletah kami
tak kering gusi dengan usikan dan gurauan....

Potret kenangan.
Dikalangan kami sudah ramai yang berjawatan tinggi di JPA/PPD, ada Phd, 
dan bergelar ahli politik yang disegani....
Namun di depan pensyarah, kami tetap anak-anak didik yang serba kekurangan.
Semua itu tidak pernah menjadi jurang antara kami semua....

Macam biasa ibu jadi penanda aras ditengah-tengah...he3x...
Alhamdulillah lecture masih cam muka dan ingat nama ibu.....terharu sungguh.
Ramai dari lecture di sini rakan baik Abah ibu dan Abah juga pernah ditawarkan menjadi lecture
di sini lebih 25 tahun dulu.....

Ustaz Harun (Baju kotak-kotak dibahagian tengah)
Amat digeruni oleh semua guru pelatih kerana ketegasannya.
Maklumlah masa tu masih remaja..suka berdating dan buat
sesuatu yang diluar kawalan.....he3x....

Ustaz Harun:  Awak Zakiah kan?
Ibu :  Ustaz kenal saya lagi (dengan nada terkejut).
Ustaz Harun :   Mestilah saya ingat awak....hidung awak...ketinggian awak...dan yang utama
awak anak kawan baik saya masa di UKM.
Ibu : Terharunya saya. Tak sangka Ustz masih ingat saya...
Ustaz Harun : Awak tak banyak berubah.....Saya suka perhatikan awak masa jadi pelajar saya.
Awak tekun belajar....
Awak seorang ank yang baik dan sopan.
Saya selalu intip awak...suka tengok awak baca doa masa makan di cafe.....
Terdetik dihati saya, bertuahnya ayah awak dapat anak dara sebaik ini....
Pandainya ayah awak didik anak dara dia...
Ibu : He3x.....Wah, tetiba kembang kempis hidung ibu diluar kawalan....
Tersenggeh macam kerang busuk....
Mula perasan dan syok sendiri.
Kenapa la ustaz tak cakap macam tu sejak dulu.
Hilang kata-kata.....Adeh...
Punyalah ibu takut dan ngeri tengok Ustaz Harun dulu rupanya dalam
diam dia respeck kat ibu yang kerdil nie............

Caya tak...caya tak......he3x..silalah percaya.
Masa belajar kat sana ibu memang tak bercinta macam rakan-rakan lain.
Ibu ada geng sendiri seramai 4 orang.
Tak seorang pun mamat-mamat kat situ berani kacau ibu and the geng.
Yang berani pun sekadar hantar surat dan bunga.
Secret admire kononnya....
Ayah salah seorang mencuba nasib...Nekad bertemu abah dihari pendaftaran ibu.
GP tak suka geng ayah masa tu sebab mereka adalah lepasan ijazah.
Eksen dan pandang sinis pada kami anak hingusan nie....
Hatta salah seorang kerabat sultan di sebuah negeri pun tak berani kacau ibu
walaupun dia pernah mengaku ibu tunang dia.....
Masa tu saham ibu jatuh merudum sebab semua GP tak berani
kacau ibu.....risau tengku murka.....ha3x.....

Ibu ingat pesanan abah dan mama agar belajar bersungguh-sungguh.
Cinta tolak tepi....ada jodoh kawin.
Yang pastinya ibu disambar orang di semester pertama.
Maka dengan rasminya ibu bergelar tunang ayah walaupun rahsia tu
ibu simpan ketat-ketat..
Tak siapa tahu ibu berstatus tunang orang kecuali 4 orang rakan
baik ibu......

Syukur Alhamdulillah, tak sia-sia pengorbanan ibu.
 Ibu dinobatkan salah seorang pelajar cemerlang
dengan mendapat pointer 3.98 dan mendapat cemerlang dalam praktikum......

Setiap yang hadir akan menerima cenderahati hamper.

Majlis berakhir dengan jamuan tengahari.
Rasa tak puas bertemu rakan-rakan lama.
Kalau boleh diputarkan waktu, ingin rasanya ibu kembali ke saat itu...

BFF yang ibu panggil Along.
Amat rapat dalam hidup ibu.
Seorang sahabat..seorang kakak..seorang penasihat.....
Banyak kisah indah dan sedih kami kongsi bersama.
Sering menangis dan ketawa bersama.
Dulu kami sama-sama kerding dan sekarang kami sama-sama kembang setaman....

Inilah rakan sekuliah ibu.
Setiap unit ada 30 orang.
Cuma ini je yang hadir.
Cik abe tu semuanya merupakan abang-abang ibu sewaktu di unit PM7.
Mereka banyak membimbing ibu kerana ibu antara yang muda di situ.
Sering memberi nasihat....sering membantu....sering kena marah..sering kena buli..
sering menangis kerana mereka
dan terkadang mereka memujuk ibu bila tersentap......
Merekalah yang mendewasakan ibu.
Terima kasih teman kerana pernah hadir dalam hidup ibu.
Mereka memberi warna-warna indah untuk dikenang sampai bila-bila....
InsyaAllah, jika panjang umur kita ketemu lagi......

Selingan:
Keratan Akhbar KosmoSabtu 20.9.2014



7 ulasan:

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Best kan kalau kesatuan itu dibina atas titik persamaan bukan titik perbezaan..

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

saya baca sambil senyum2..mesti masing-masing seronok dapat imbas kenangan masa bergelar pelajar IPG dulu kan..dulu panggil maktab yer dak..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Bila baca n3 akak nih, Zura jugak rasa teringin untuk kembali ke zaman belajar dulu.. rindunya sama kawan2 lama.. walapon masih berhubung di alam maya.. tapi tetap rindukan senda gurau masa di hostel dulu.. hehehehe.

Bertuah akak dapat peluang berkumpul dengan kawan2 lama.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Wah, patutlah anak2 akak semuanya cemerlang. Sungguhlah, anak2 yang cemerlang termasuklah faktor genetik ibu bapanya juga, selain dari berusaha keras dan berdoa.

Pelajar cemerlang memang glemer dulu kan kak...

Maknanya, sepanjang akak menjadi pelajar tu, akak dah menjadi tunangan oranglah yer? Makanya Tengku tu perasan sendiri2 lah yer.... hehehehehe

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Baca entry ni ada part yg sy sengih sendiri. Kami pun nak buat perjumpaan semula x lama lg. Baca bab berubah tu, alamak! Sy antara dah berubah banyak % kut. Hihi..

ibuayu berkata...Reply To This Comment

padanlah anak kak nza semuanya berjaya .rupa2nya tekun mcm ibunya...ibuayu pernah gi mktb akak masa kursus manikayu...tapi kami duk bhagian belakang ..x gi kbangunan depan...cantik rupanya ya..ada kolam

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Tersengih-sengih saya baca kenangan mengusik jiwa akak ni. Memang prime time masa tu. Sangatlah penuh dengan memori indah. Kira akak ni baik jugalah ya tak bercintan-cintun terus je bertunang. Saya sempatlah juga melenjan :)

About me