Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Ogos 2014

Musibah Sebelum dan Selepas Raya

Bersua kembali untuk n3 ke 2 bulan Ogos.
Makin lama makin lemau pulak ibu ni buat n3.
Dairy dah tak macam dairy.....

Ni kisah kami nak balik beraya di kampung.
Kami bertolak balik ke kampung ibu di Kelate pada hari Jumaat.
Dalam perjalanan pergi dan balik Along
seorang mengambil alih tugas memandu.
Ayah dah macam bos beradu dengan aman disebelah Along.
Perjalanan yang jauh memakan masa lebih kurang 10-12 jam
tidak jadi masalah langsung pada Along.
Releks je ibu tengok dia.
Anak ayah katakan.....

Kami berhenti singgah jemput Beby di kolej kat Kuantan.
OTW ke Cheneh kami tersalah masuk h.way yang baru dibuka.
Tak pasal-pasal kami berpatah balik semua ke Kuantan.
Adeh....bayangkan berapa banyak masa yang dihabiskan kat situ.
Ayah dan Farouk sempat solat Jumaat di area Cheneh.

Sehari sebelum raya MPV kami dilanda sedikit musibah.
Ayah terlanggar tembok sewaktu balik dari Qaimulai.
Boleh tahan teruk jugak.
Lampu pecah, bahagian depan dan sisi kanan kemek teruk.
Maka berayalah kami dengan keadaan kereta yang tidak sihat.
Pastinya jadi tumpuan saudara mara........

Inilah kecederaan yang dialami "cik hitam".

OTW balik ke Johor, sekali lagi kami dilanda musibah.
Tayar kereta bocor akibat tersusuk 2 batang paku besar.
Rasanya paku tu tertusuk semasa ibu dan ayah pergi "berdating" ke WCY malam
sebelum bertolak balik....ujian betul...

Nasib baik ada sebuah teksi perasan dan bagi isyarat suruh kami berhenti.
Dan lebih bernasib baik lagi kejadian ni berlaku tidak jauh dari rumah abah.
Abahlah bersusah payah ambil mekanik dan dibawa ke tempat kejadian.
Kebetulan hari Jumaat, semua bengkel tutup.
Mekanik sedang membuka tayar "cik hitam"....

Kami meneruskan perjalanan yang dah lewat 1 jam.
OTW balik ke Johor kami singgah pulangkan semula Beby ke Kuantan.
Sekali lagi kami dikejutkan dengan kejadian pecah masuk bilik penginapan Beby.
Habis berselerak loker kawan Beby.
Nasib baik loker Beby tidak terusik.
Lama juga kami habiskan masa di sana.
Ayah tolong gantikan tombol pintu yang rosak dan memasang kunci 
sementara di bilik Beby.
Kami meninggalkan beby dengan penuh kerisauan dihati.
Cuma ibu berserah pada Allah untuk menjaga keselamatan
Beby di sana.

Beby maklumkan kawannya banyak kehilangan
barangan berharga termaksuk laptop....

Bila tiba ke rumah kami, kereta Ayah pula buat hal.
Melayang lagi RM300.
Terpaksa ganti bateri dan kereta ibu selamat masuk "klinik" dan berehat seketika di sana.
Nasib baik ada kereta comel Along untuk sementara ibu gunakan ulang alik
ke sekolah.

Sedikit ujian yang Allah berikan pada kami sekeluarga.
Alhamdulillah, kami tetap redha lalui semua ini.

12 ulasan:

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

ALAHAI,,
ujian ni kak... nak buat camner,

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

ALAHAI,,
ujian ni kak... nak buat camner,

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Ada juga yang buat perangai kan NzA kesian budak2 nak belajar

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Ujian demi ujian ya kak nza..tapi Allah menguji hambanya yg dirasakan mampu menempuhiNYA..yg penting keselamatan diri akak sekeluarga..

attyfir berkata...Reply To This Comment

selamat hari raya nza.
sama lah aty pun sehari sblum syawal kami semua di uji .
moto adik , anak no 2 aty kena curi .

Norma NML berkata...Reply To This Comment

Selamat Hari Raya Akak..ujian tu Allah bagi sebab Dia tahu akak n family manage to face it..

Nur berkata...Reply To This Comment

Selamat hari raya, kak Nza. Maap zahir batin.

ummiross berkata...Reply To This Comment

banyak juga ujian ye NzA, moga Allah menggantikannya dengan pahala berganda atas kesabaran NzA dan keluarga.

Nor Azimah Ali berkata...Reply To This Comment

nampaknya ramai yang teruji raya taun ni, yela..sesekali diuji supaya kita kembali insaf dan tidak lupa pada DIA..

Rizziela berkata...Reply To This Comment

Yg penting akk dan family selamat

Selamat Hari Raya

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Memang dugaan hari raya ni, kak. Alhamdulillah, selamat pergi dan balik semula ke Johor.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Selagi hidup akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ujian - tanda Allah sayangkan kita..

About me