Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 November 2013

Penawar Denggi.

Salam ceria semua.
Syukur Alhamdulillah kesihatan ibu bertambah baik berkat doa rakan-rakan.

Semasa di wad, adik ibu Dr Zek banyak memantau perkembangan ibu melalui rakan doc dan postkan gambar dan artikal berkaitan dengan denggi.
Dan ibu juga telah tempuhi saat-saat kritikal bila platlet ibu jatuh merudum tiba- tiba.
Melalui 10 hari amat-amat menyakitkan.

Setelah ibu alami sendiri, baru ibu tahu bertapa peritnya diserang demam denggi.
Mungkin antara pesakit berbeza kesakitan yang dialami....
Aduh...rasanya cukuplah sekali ibu diuji dengan demam denggi nie...
Amat-amat perit untuk ditangung dan pahit untuk dikenang.

Ada hikmah disebalik setiap kejadian.
Dari sejak ibu tidak sihat pelbagai penawar dan petua yang ibu dapat daripada
keluarga , rakan-rakan malah daripada doktor dan nurse.

Di sini ibu akanberkongsi beberapa penawar yang ibu dapat :

1.Sup ketam.
Amat-amat mujarab untuk pesakit denggi.
Paling elok makan 2 ekor sehari.Ianya sangat membantu terutamanya untuk
naikkan platlet yang akan sentiasa menurun......
Setiap hari Angah masakkan untuk ibu sup ketam.
Syukur Alhamduillah anak-anak banyak membantu ibu.

2. Air Masak dan Jus
Minum air sebanyak mungkin.
Tak kiralah 100+ ke, jus ke atau apa-apa saja minuman.
Paling bagus minum jus kiwi atau oren.
Ianya sangat membantu untuk membuang air dalam badan.

3. Air Kelapa Muda.
Petua ni diberikan oleh seorang jururawat semasa ibu di wad.
Ianya juga berkesan untuk menurunkan panas badan.
Alhamdulillah rakan-rakan banyak membantu mencarikan
buah kelapa muda yang fresh untuk ibu.
Begitu bersusah payah rakan-rakan ingin melihat ibu sembuh.
Amat-amat terharu....

4. Jus Tembikai.
Penawar ini ibu dapat daripada salah seorang pesakit berbangsa Cina.
Katanya jus tembikai amat baik untuk pesakit denggi.
Kalau boleh habiskan sebanyak 1 biji tembikai sehari.
Ibu sekadar makan buah tembikai.
Alhamdulillah platlet ibu cepat meningkat
setelah ibu kritikal selama 3 hari.

5. Daun/Pucuk Betik.
Ramai juga kaum keluarga dan  rakan-rakan syorkan ibu meminum
air rebusan betik atau memakan pucuk betik sebagai ulam.
Cuma ibu tidak berkesempatan untuk mencuba memandangkan agak sukar
mencari pokok betik masa tu.
Menurut auntie ibu, air daun betik juga amat serasi untuk yang
mendapat demam kencing tikus.
Pernah dicuba pada salah seorang saudara kami dan alhamdulillah ianya amat berkesan.

Syukur Alhamdulillah kerana ibu dikelilingi keluarga yang mengambil berat.
Sehingga ke hari ini ayah masih mengambil alih tugasan di rumah, dari memasak, membasuh
dan segala-galanya. 
Ayah terpaksa membahgikan masa bekerja dan mengurus ibu.
Ayah menjaga ibu sebaik mungkin sehingga sanggup berjaga malam demi memastikan ibu
benar-benar sihat dan selesa....
Ayah juga bekejar balik dari Sabah setelah
Kesihatan ibu makin serius.

Ibu juga amat bertuah kerana memiliki 5F.
Along dan Angah banyak membantu di saat sukar yang mana semasa ibu sedang kritikal, Beby menghadapi SPM, 
Naurah menduduki peperiksaan kelas khas Agama.
Mereka berdualah mengantikan tempat ibu.

Dan syukur alhamdulillah Farouk tidak menyaksikan keadaan ibu kerana
dia berada di Kem Smart Al-Quran semasa ibu sakit..
Ibu cuma trkilan Angah dan Along terpaksa balik ke U tanpa lambaian dan pelukan
dari ibu....huhuhuhu....sebak je rasa dada ni bila terkenangkan mereka berdua
yang banyak berkorban demi untuk adik-adik.....

Juga ibu bertuah punya mama, abah dan adik beradik yang begitu mengambil berat.
Setiap waktu memantau keadaan ibu...berdoa tanpa jemu.
Berkongsi segala kesukaran bersama.
Terlalu mulianya hati2 mereka semua....
Perancangan yang Allah aturkan begitu baik.

Dan disaat begini barulah ibu ketahuai dan dapat rasai bertapa
ibu dikelilingi sahabat-sahabat yang begitu baik, penyayang, begitu hebat dan mengambil berat.
Mereka terlalu baik.....sanggup bersusah payah kerana ibu..
Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa-jasa mereka semua.....


16 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...Reply To This Comment

thanks berkongsi infp..yalah selain rawatan di hospital..bgaus jugak mencuba alternatif lain..lagipun benda2 tu ada disekiling rumah..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Petua-petua alternatif ni bagus diamalkan. Kadang-kadang, ia membantu dalam proses rawatan selain menggunakan ubat-ubat atau rawatan di hospital.

Along dan Angah anak yang solehah. Insya-Allah, ada ganjaran yang menanti mereka berdua.

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah NZA dah kembali sihat..yang acik tau sup ketam,..air perahan daun betik dan jus jambu batu merah pun katanya membantu.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bagus akk kongsikan petua ni.mana tahu berguna utk yg tengah mncari penawar..

Alhamdulillah ramai yg menyayangi akk dan mengambil berat..:)

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Sangat2 berguna info yg diberi..saat2 beginilah kita akan rass bertuah berada disekeliling org yg menyayangi kita

Nur-nba berkata...Reply To This Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi. Syukur Akak dah kembali sihat... Ramai yg menyayangimu...

ANIM berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..semoga kembali pulih. terharu saya mengikut entry NzA sejak hari pertama dikesan.

memang menakutkan bila cerita fasal demam denggi. terima kasih kerana memberi banyak tips.

selalunya mereka yang trkena biasa ingat demam biasa. patlet dah turun mendadak baru perasan. ia juga berlaku kat arwah adik ipar saya. kekurangan ilmu tentang penyakit ini menyebabkan kami tidak dapat membantu di saat2 kritikalnya. mungkin ajalnya sudah tiba.sebak mengenangkan.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Setiap penyakit itu ada penyembuhnya NzA...Alhamdulillah dah kembali sihat, untung punya suami yg baik hati ;)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah kak nza dah kembali sihat..besar pengorbanan ayah dan anak2..tp utk ibu yang tercinta insyaAllah semua pon sanggup dilakukan kan..apepon, thanks kak nza berkongsi tips memulihkan denggi ni..

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Adik ipar IM pernah kena denggi berdarah beberapa tahun lalu.

Khabarnya, demam denggi memang salah satu wabak yang ketara di Malaysia tetapi tidak digembar gemburkan oleh kementerian...

Maria Firdz berkata...Reply To This Comment

mmg ramai yg kena denggi ni.. nice tips.. dan terima kasih atas perkongsian...

Aziela berkata...Reply To This Comment

...keranan akak sendiri adalah seorang yang hebat. Masya Allah. Alhamdulillah kak.

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, kak Nza dah makin sihat. Jiran sblh rumah sy pernah kena denggi. Risau juga ni..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Alhmdulillah dah sihat..Masa mula2 baca status kat Fb hari tu ..mmng berdebar sangat2..Bertuah punyai keluarga dan shbat handai yg sntiasa menyayangi dan mengambil berat..
Terima kasih atas perkongsian tips ni....

ummiross berkata...Reply To This Comment

Terima kasih NzA..info yang sangat baik ni NzA, ramai tak tau termasuk ummi.

Alhamdulillah, sungguh bertuah NzA, orang-orang tersayanglah yang menguatkan semangat kita kan NzA.

Saliza berkata...Reply To This Comment

Sesiapa terkena denggi, boleh pm saya di talian 010-7977102, telah terbukti berkesan dapat menyembuhkan denggi, terdapat banyak testimoni.

About me