Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 November 2013

Majlis 3 in 1

Minggu terakhir persekolahan memang tak menang tangan cikgu cikgi nie.
Namun kami tetap senyum walaupun stress.
Ada kala bertegang urat, berbahas, bergaduh2 manja,
berselisih pendapat dan diakhiri dengan gelak ketawa....
Itulah kami umpama 1 keluarga......

Orang nampak majlis berlangsung sekejap je tapi 
persiapan memakan masa berminggu-minggu.
Dari mesyuarat, perancangan, surat menyurat, persiapan tempat dan 
macam-macam perlu dibereskan.
Tenaga dan wang ringgit tak perlu diceritakan.......
Ada kalanya berlaku beberapa kesilapan teknik tanpa disengajakan....
Maklumlah kami juga manusia biasa yang banyak kekurangan......


Majlis 3 in 1 berlangsung pada 13.11.13.
Cantik pulak tarikh tu......ngeh..ngeh..ngeh....
Pagi diadakan Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Tahun 6.
Sebelum berlangsungnya majlis, latihan demi latihan diadakan bagi memastikan segalanya
berjalan lancar..
 Peserta khatam seramai 17 orang.
Kebanyakan bunga pahar tu dihadiahkan kepada pihak sekolah.
Maka kenduri sakanlah kami dengan telur-telur yang banyak tu.
Yang pasti menu di rumah ibu esoknya, telur masak sambal....he3x.......
Terima kasih kepada ibu bapa di atas ingatan pada kami semua.
Rezeki yang diberikan Allah merimpah ruah......Alhamdulillah.....

Ibu salah seorang wakil sekolah menerima bunga pahar daripada pihak ibu bapa
yang disampaikan oleh anak didik.....

Majlis ke 2 berlangsung Majlis Graduasi Pra Sekolah.
Alolo....comel je tengok budak kecik ni.
Setiap keletah mereka amat menghiburkan terutama melihat persembahan tarian dan nyanyian.
Jenuh cikgu-cikgu Pra SK melayan kerenah mereka.
Dah beberapa kali buat raptai menerima sijil pun masih haru biru....Aduyai..
Anak-anak kecil memang begitu..apapun mereka tetap comel dimata ibu.....

 Pra Sekolah 5 Tahun bersama cikgu dan pembantu pra.....

 Pra Sekolah 6 Tahun bersama cikgu dan pembantu pra.....
Nak susun macam ni pun berpeluh-peluh jurukamera nih.
Itupun dapat la tengok mereka diam dalam 5 minit......he3x.....

Majlis kemuncak Hari Anugerah Cemerlang.
Dah 12 tahun ibu menyaksikan 4Farah turun naik pentas menerima hadiah sewaktu
bersekolah di sini.
Naik turun bergilir-gilir hinggakan ibu tak sempat nak snap pic setiap satu..
Tahun ni hati agak sayu dan terkilan kerana Farouk tidak langsung
menerima sebarang hadiah.

Tapi ibu redha bila baca blog Kakcik.
Betapa sabar, tabah dan tenangnya kakcik bergelar seorang ibu.
Ibu memang respect sangat dengan kakcik.
Rasa malu sendiri.
Terkadang diri ini terlalu tamak dan ingin melihat anak sentiasa berada di atas.
Mungkin setiap tahun anak-anak sentiasa hadiahkan ibu kecemerlangan,
ibu seolah-olah lupa tentang kesedihan hati ibu lain yang anak-anak
yang kurang bernasib baik....
Alhamdulillah, Allah menyedarkan ibu tentang itu..
Terima kasih kakcik kerana n3 kakcik buat ibu sedar.......

Apapun ibu tetap bangga dengan prestasi Farouk yang satu-satunya
anak bujang ibu..
Farouk : Farouk janji tahun depan Farouk akan naik pentas terima hadiah.
Sambil cium tangan ibu..Ya Allah...sayu dan sebak hati ibu.....
InsyaAllah...ibu tahu Farouk boleh buktikan.......

Setelah penat berhempas pulas dan diakhir program macam biasa kami akan
lepaskan geram posing ramai-ramai.

 Gaya bebas......
Tengok gambar baru ibu sedar teguran rakan-rakan.
Mereka kata kebelakangan ini muka ibu nampak pucat......mungkin belum sihat sepenuhnya.
Mungkin terlalu penat.....atau mungkin usia semakin tuaaaa.....huhuhu....

Inilah keluarga ibu...merekalah sumber kekuatan ibu,
 merekalah yang banyak beri dorongan,
merekalah yang banyak membahagiakan ibu..
merekalah yang banyak berkongsi kisah suka duka..
merekalah madu dan racun....
Terima kasih kerana sentiasa mewarnai hidup ibu setiap hari.

Petangnya ibu memecut ke sebuah sekolah setelah menerima
"on call"..........huhuhu..(tunggu n3 akan datang)....

p/s:
Walaupun cuti sekolah dah bermula namun ibu dan rakan2 guru tetap hadir ke sk kerana masih banyak tugasan menunggu...
Senyum....jangan kata apa2...

19 ulasan:

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Tahniah atas job well done dalam majlis 3 in 1 tu, hehe. Alhamdulillah dah selesai :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

betul kak.... bila membaca n3 kak chik dinda sendiri terkedu... sebab tu tak marah mahupun ralat bila sumaiyyah tak dapat naik pentas tahun ini... kesian dia... tapi dia pulak terlebih excited bila dapat surat perlantikan pengawas untuk tahun hadapan

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

alahai farouk bikin anty touching jugak la..semoga farouk dpt buktikan apa yg dia janjikan..:)

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Macam customer odi kat tempat kerja IM juga. Preparation berminggu-minggu tapi auditor cuma lalu saja, tak check apa-apa pun...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, walaupun penat tapi hati tetap puas kan NzA sebab majlis berjalan dengan jayanya.
InsyaAllah..nanti tiba giliran Farouk pula untuk cemerlang, ummi turut doakan..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..dah selesai..comel2 jer tengok budak2 tu pakai jubah..^^

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Seronok 'family' besar macam ni :-)
Apa nak dikata kak, kerja suatu ibadah.. in sha Allah, berganda pahala akak dapat...

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

To farouk..
Alahai, sayu dibuatnya..good luck utk tahun depan ye farouk.. :-)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Itulah tugas guru yang ramai tak tahu...

Semoga para guru dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Salam kak,
InsyaAllah tahun depan will do his best. Bestnya dah cuti sekolah. Apa plan??

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

majlis nampak meriah dgn jayanye kak...bagus semua kerjasama antara guru2.....

alahai lieya touching plak kak...takpe kak farouk pasti pegang janji2nyer tuh.....

Nur berkata...Reply To This Comment

Meriahnya majlis 3 dalam 1. Suka tengok budak prasekolah.
Insya-Allah, Farouk boleh tahun depan! :)

makchaq berkata...Reply To This Comment

Seronok tengok majlis ni... tahniah untuk cikge2 yang berjaya mendidik anak2 murid..

Cuti sekolah walaupun kena pi kerja tak la terikat sangat.. dapat la cikgu2 rilek sikit kan..
bukan senang nak tangani kerenah murid2 berpuluh2 orang..

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

assalam NZA betul tu..acik tengok anak sedara yang jadi cik gu tu..tah bila cuti yang sebenar2 cutinya..ada je kena datang sekolah..mesyuarat la kursus la..dah tugas katanya

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

betoi nampak sekejap tapi nak menyediakan tu memang makan masa dan tenaga.. tahniah untuk cikgu cikgi.. tengok sekarangni majlsi sekolah rendahpun dassat2..
anak sayapun tak naik pentas.. dengan selambanyer cakap kenapa dia jawab sebab tak cemerlangler.. ha.. ha.. gitu tau lak dia...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Iyerlah kak. Akak nampak pucat. Akak rehat banyak2 yer. Farouk tu memang anak yang baik.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Alhamdulilah..lega bila dah selesai semuanya...
Memang penatkan sebelum cuti sekolah ..macam2 kena buat...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Meriahnye bunga telur..... dh mcm kenduri kawin yer. hehehehe. Comey2 belaka cikgu dgn baju batik sedondon.

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Betul tu kan...masa minggu2 akhir cuti sekolah kepala sarat dgn berbagai program..tu x masuk yg kena gi pelbg kursus..huhu

About me