Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 November 2013

Lawatan Sambil Belajar-Melaka

Terima Kasih semua yang mengucapkan Tahniah di atas kecemerlangan
Angah dalam keputusan Asasi Sem 1.
TQSM

Hari ni n3 yang ibu peram lagi.
Kisah Hari Khamis (7.11.2013) .
Farouk ikut lawatan sambil belajar ke Melaka.
ROmbongan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 6 dan
Farouk menyelit antara abang-abang senior......
Kali ini ibu tidak menyertai rombongan.
Biasanya ibu tidak pernah 'miss' join lawatan sambil belajar
murid-murid sekolah ibu.....

Farouk mewakili ibu sebagai photografer cilik.
Maklumlah, biasanya ibu yang jadi juru gambar yang tidak bertauliah
kerana di sekolah ibu merangkap guru perpustakaan dan media.

Sebelum pergi macam-macam ibu pesan:
Jaga kamera ibu elok2 ye...
Tangkap gambar cantik-cantik ( padahal ibu pun tangkap muat je....he3x.)
Jaga barang-barang Farouk elok2..
Jangan nakal-nakal dan dengar cakap cikgu-cikgu.....
Jangan beli yang bukan-bukan....
Bla..bla..bla....
Biasalah ibu jadi mak nenek bila anak nak kemana-mana.
Ayah diam membisu dan leka tengok si ibu membebel.......

Farouk bersama abang-abang senior.

Jom tengok tempat-tempat yang Farouk pergi bersama rakan-rakan.

Farouk ada belikan ibu air madu berperisa.
Sedap jugak rasanya.

Mereka juga ke area Muzium Samudera.

Masa Farouk kecil dulu, sinilah tempat paling dia suka.
Setiap kali ke Melaka pasti ayah kena bawa dia ke sini.
Pantang nampak kapal ni dia akan terjerit..Kapal lanun..kapal lanun......

Ni gambar di dalam Muzium Samudera.
Farouk dengan abang Tahun 5.
Farouk lebih tinggi.....he3x....


Bergambar diluar Muzium.
Berkerut je muka farouk.

Bersama abang-abang senior.

Di Taman Buaya.
Kat sini banyak replika yang dibina.
Banyak juga gambar yang Farouk snap di sini.
Sang buaya.

Sekeping ni je gambar yang ada Farouk.
Yang lain semua Farouk snap gambar replika.




Mereka juga ke Taman Seribu Bunga


Model "mamat bunga".......ngeh..ngeh..ngeh...

Farouk bersama rakan-rakan dan guru-guru pengiring.

Dan Farouk tidak lupa beli souvineer FM untuk ibu.
Mahal katanya....he3x.....

Farouk tiba di rumah lebih kurang pukul 10 malam.
Balik rumah mmandi dan terus ..........zzzzzzzzzzzzz....

p/s:
Minggu akhir persekolahan merupakan minggu yg amat-amat sibuk.
Hari ini berlangsung Majlis Kecemerlangan di sk ibu.

12 ulasan:

attyfir berkata...Reply To This Comment

sama ngn firdaus , last weekend ada rombongan ke melaka.
tapi tak snap satu gmbr pun ..katanya sonok jalan ..walupun dh selalu g..

ummiross berkata...Reply To This Comment

waa meriahnya Farouk jalan-jalan ke Melaka, seronok pegi ramai-ramai macam tu kan.

NzA..Farouk ikut NzA, tinggi..!,besar nanti tentu ramai peminat.

Unknown berkata...Reply To This Comment

saya suka jugak ke melaka. bnyk tempat bole melawat.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

FAROUK DH SELALU KE MELAKA KAN..YG PENTING PEGI DENGAN KAWAN2 AKA ABG SENIOR NI MERIAHNYA LAIN SIKIT

Aziela berkata...Reply To This Comment

Pandainyaa Farouk ambil gambar. Ishh...memang lelaki rebutanlah nanti Farouk nie. Semua benda dia pandai buat. Kagum saya.

lizz berkata...Reply To This Comment

Seronok farouk pi jalan2 yer..kemain lg dia bergambo tu...ingat dia kat ibu..belikan souvenir yg super comel...keris tamingsari ker tu...

ibuintan berkata...Reply To This Comment

mesti Farouk seronok tu... walau pun dah selalu pergi tapi pergi dengan rakan2 lain seronoknya

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Replika tu ada kat mana ye...? Tak tau pula saya...

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Halal hub tu tak pernah gi pun ..next year boleh bawa budak kat sini ...hehe

Nur berkata...Reply To This Comment

pandai Farouk bawa diri join abang-abang senior. Dah ada banyak replika ya, kat taman buaya. Lama dah tak pi. :)

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Seronok Farouk dapat join lawatan tu ya ...

Nur-nba berkata...Reply To This Comment

Seronok bila dapat pergi rombongan dengan kawan2.. Ingat dia nak beli cenderahati utk ibunya..

About me