Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 November 2013

Ibu dan Denggi.

Assalamulaikum...lebih 10 hari ibu menyepi .
Rindu rakan-rakan semua.
Syukur Alhamdulillah ibu masih diberi kesempatan menghirup udara dibumi Allah
10 hari ibu terlantar sakit menanggung sedikit ujian dariNya.
Kali ni ibu buat catatan selama 10 hari ibu menyepi.

Catatan dairi ibu :
17.11.13 ( Ahad ) - Tiba-tiba ibu diserang demam dan sakit kepala yang amat teruk.
Ayah membawa ke klinik swasta. Suhu badan ibu mencecah 40.8○C.


18.11.13 (lsnin) - Keadaan demam, sakit kepala dan bisa-bisa badan tidak berkurangan w.pun dibekalkan dengan antiabiotik dan ubat tahan sakit. Keadaan ibu saat tu mengiggil dan alami kesakitan yang amat sangat. Tak dapat nak digambarkan dengan kata2. Mungkin antara pesakit berbeza kesengsaraan yang ditanggung.

19.11.13 (Selasa)-Sekali lagi ibu dibawa ke klinik memandangkan keadaan semakin teruk. Doktor check darah. Namun tiada apa yang dapat dikesan. Doktor nasihatkan esoknya datang lagi ke klinik.

20.11.13 (Rabu)-Ke klinik n check darah. Platlet ibu mula menurun. Keadaan darah ibu bermasalah.

21.11.13 (Khamis)-Check darah lagi dan platlet ibu jatuh mendadak.

22.11.13 (Jumaat)-Ibu dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital berhampiran.
Badan ibu dah sangat lemah dan sakit.
Akhirnya ibu dimasukkan 2 botol air garam yang pekat dan menyakitkan. 2 jam menanggung kesakitan yang teramat sangat.
Ibu dibawa ke wad, dimasukkan sebanyak 10 botol air, dijalankan beberapa lagi ujian dan dikuarantin.

23.11.13 (Sabtu)-Makin hari platlet ibu jatuh mendadak dan akhirnya ibu berada dalam fasa kritikal selama 3 hari. Diberi rawatan dan perhatian khusus. Kaum keluarga, rakan2 tidak putus2 berdoa untuk ibu. Berkongsi kesakitan dan kesedihan. Membantu mencari pelbagai penawar. Anak2 banyak berkorban dan membantu. Setiap hari angah masakkan sup ketam.. Dan pelbagai petua rakan kirim melalui fb dan whatsaap. Ibu mula dihantui dengan pelbagai persoalan. Airmata tumpah bila memikirkan 5F. Mampukah ibu untuk terus disisi mereka. Mampukah ibu untuk terus berbakti bersama rakan2....macam2 yang melintas difikiran.

25.11.13 (Isnin)-Setelah 10 hari bertarung dengan dengan kesakitan akhirnya ibu bangkit dengan semangat keluarga dan rakan2. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa2 semua, akhirnya keadaan ibu pulih dari fasa kritikal. Perkembangan ibu mula nampak positif. Dan akhirnya setelah 4 hari di wad, ibu dibenarkan pulang.

 
Hari pertama .

Terima kasih kepada ahli keluarga terutama 4F yang begitu banyak berkorban untuk ibu, ayah, adik ibu Dr zek yang memantau dari jauh dan mengikuti perkembangan ibu melalui rakan doc di HT, rakan2 yang dekat dan jauh kerana tidak jemu berada disisi disaat kesukaran dengan mengirim doa2 dan pelbagai petua.
Terima kasih Allah kerana masih beri ibu peluang untuk terus hidup disisi insan2 tersayang.

13 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

syafakillah.. Alhamdulillah akak baik2 aje. Tp kesan denggi tu badan akak tetap akan rasa lemah sedikit @ cepat lesu/lemau dlm jangka masa tertentu... Shima pernah kena waktu tingkatan 3.. Kebetulan lepas je baik demam tinbul ruam di buku jari dan gatal.. igtkan alergik ubat. Terus ke klinik dan doc pam guna pam tekanan darah tu dlm waktu yg lama... Buka2 aje pembalut tu ada bintik2 merah timbul.. Mlm tu juga ke hospital.. denggi...

Skrg dgrnya di Muar pun kes denggi melanda. mudah-mudahan kita semua diberi kesihatan dan keupayaan

Selamat berehat kak Nza

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Syafakillah NzA... semoga cepat sembuh... Memang lama nak recover sakit2 badan tu, akak wlpn dah keluar hospital masih teruskan sup ketam, buah kiwi hijau serta air zamzam, akak kena denggi Pada bulan mei tu ari tak silap NzA... banyakan rehat Dan minum air byk2 ye ;)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ya Allah NzA..ummi ingatkan NzA balik kampung sebab cuti sekolah, rupanya masuk wad sbb denggi. Apapun , alhamdulillah, syukur sangat2 NzA melepasi saat kritikal tu, ummi doakan dari jauh agar NzA pulih sepenuhnya, jaga diri ye.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Ya Allah, kak Nza..sedih saya baca entri ni..Semoga keadaan kesihatan kak Nza akan bertambah baik lagi selepas ni, semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, semoga kembali sihat semula seperti sediakala, amin..

nieda berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah akak dah baik kan. Ambik masa juga nk hilang skt2 badan ni. Nieda dh 3x kena denggi. First time kena admit masa kt u. Allah je yg tau masa tu, dgn family jauh. Nangis je biia skt2 badan. Naik ambulance g spital bila platelet below 100. Bila second dan third time kena tidakla seteruk yg pertama. Alhamdulillah minta dijauhkan dari penyakit

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sy mengikuti perkembangan akk di fb..mendoakan dari kejauhan.Alhamdulillah selamat semuanya..ujian yg sedikit membuatkan kita lebih bersyukur dengan kehidupan..

semoga akk cpt sembuh..selamat berehat n jgn fikir yg bukan2 tau

Ena berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..
Moga terus kuat dan tabah dengan segala ujian.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Terkejut baca n3 akak ni, Ingatkan akak menyepi sebab cuti sekolah bz dengan anakanda2. Rupanya akak sakit. Sabar kak yer...sy doakan akan cepat sihat .

SyahNur berkata...Reply To This Comment

smg cepat sembuh kak.. bnyk2 kan rehat ye..

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

ya Allah kak...akak diuji dgn sakit rupenye....harap akak dah sihat yeak kak...mujur tak serius sgt kak....lieya pun ade pengalaman adik kene denggi ni....

take care ye kak...

Nur berkata...Reply To This Comment

Alamak... kesian kak Nza. Semoga kak Nza terus sembuh sepenuhnya dan sihat seperti sediakala. Amin...

ibuintan berkata...Reply To This Comment

Syukur.. semoga Nza makin sihat

Aziela berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, akak dah sihat. Kena ambil mas untuk kembali pulih sepenuhnya. Rehat dan makan makanan berkhasiat yer kak. Alhamdulillah anak2 pun sama berkorban. Sokongan dari keluarga memang membantu dalam waktu kita sakit.

About me