Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Mac 2013

Key Chain "Tanda Nama" dari Felt

Alhamdulillah biz kecil-kecilan Angah dah nampak makin berjaya.
Setiap hari ada saja tempahan yang diterima terutama untuk key chain "tanda nama".
Angah jual dalam RM2.50 je.
Tak sampai hati nak cas mahal-mahal.
Maklumlah yang tempah pun kanak-kanak ribena.
Mereka membeli sambil menyumbang sedikit dana untuk PSS sekolah.
Bolehlah cikgunya ni buat beli bahan-bahan keceriaan seperti
bakul, bunga dan sebagainya.....

 tempahan untuk hari ni angah dah siapkan.
Esok bolehlah diberi kepada pemiliknya.....

Ada beberapa key chain yang belum dituntut tuan punya......

Kalau ada rakan-rakan nak tempah boleh order dari blog ibu nie.
Selain daripada membuat tempahan dapatlah wang itu ibu salurkan
untuk tabung dana PSS SK ibu.......

p/s:
Seawal 5 pagi ayah dah brtolak ke Putra Jaya kerana
ada pengumuman penting untuk penjawat awam hari ni...
Macam tulah kerja orang Cuepecs....
Sibuk sokmo.....huhuhuhu.....

21 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

Cantik2 tanda nama tu NzA, warnanya pun ceria, seceria kanak2 Ribena. Alhamdulillah, moga tambah maju lagi dan lagi.
NzA lain kali ikutlah ke Putrajaya, boleh kita dating..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Cantik tanda nama tu, ceria ja warnanya. Alhamdulillah hasilnya boleh tambah dana untuk PSS sekolah kak Nza :)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

RM 2.50 tu dah murah sangat rasanya. nanti saya nak order boleh tak untuk murid2 bawah unit saya...?

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..makin maju ye bis...moga bertambah2 la dana pss akak tu..makin berseri la bilik tu nti...^^

alamak sis aritu js pun pegi kt picc tu..tak kenal plak encek abe akak...hehe

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

fancy color..menarik! seronok tengok orang berbakat kreatif ni...boleh jugak berbisnes hasil daya kreativiti macam ni...alhamdulillah...keep it up!

Unknown berkata...Reply To This Comment

cute nya..

pengumuman oleh PM, tk sepertimana yg d harapkan. Ramai yg kecewa kak.

Unknown berkata...Reply To This Comment

cantik dan kreatif betul lah..semoga bertambah maju jaya..Akak ingat nak tempah satu untuk beday Aisya akak 29hb ni..nnti Akak pm kat fb ye Yah..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Cantik² semuanya..kreatif anak² akak ni...

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
warna2 ceria hasil sntuhan remaja...kalau si ibu ni pilih agaknya warna2 malap kot......hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Dinas Aldi
TQSm.....2lh dpt tmbah dana pss...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
jual murah2 je syahmi...dpt untung sesen dua jadilah smbil isi masa lapang....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
kalau syahmi nk tmpah bolehlh order pattern n brapa byk...nnti akak poskn...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Jemarisuri
untung xbyk JS ttp bolehlh simpan sikit2 n lama2 jadi duit....hehehe....Alhamdulillah setiap usha pasti ada hasilnya....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Murni Alfathunnisa
2lh, kerja dr rumah utk mengisi masa trluang....

NzA berkata...Reply To This Comment

@nea lopah
TQSM...
2lh..akak pn xsmpt nk tnya suami ttg tu sbb blk rumah dh mlm....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Zana Ariana
TQSM kak..InsyaAllah kalau akak nk nnti pm kt FB ye......

NzA berkata...Reply To This Comment

@LiLy @ MaMaQiStInA
TQSm lily.....mengisi masa trluang smbil jana pndptan...hehehe...

sal ya berkata...Reply To This Comment

tgh dlm proses nak kembalikan mood berkraf.

NzA berkata...Reply To This Comment

to sal ya
betul tu..nk buat benda alah ni kena ada mood....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

tanda nama macam ni budak2 mmg suka..sy ada dpt satu dr blog ibu berbicara..dr kak mie..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

tak banyak sangat, dlm 10-15 je... nnti saya email klu saya nk tempah.

About me