Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 November 2012

Tahniah dan Terima Kasih Anak ibu...

Bukan ingin mendabik dada.
Semua catatan di sini sebagai dairy kenang-kenangan buat kami sekeluarga..
Kegembiraan hati seorang ibu bila dihadiahkan dengan kejayaan anak-anak.
Siang malam pasti seorang ibu tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak...

Hish!!! lain macam je bunyi ayat ibu.....hehehe......
Maaf ye, ibu ni tak pandai menulis.
Sekadar membuat catatan mengikut kata hati....

N3 terperam lagi akibat kesibukan ibu disaat akhir hari persekolahan.
Biar macam mana pun kesibukan ibu, 
ibu cuba pastikan dairy ini ada catatan.....

Majlis Khatam Al-Quran dan Hari Anugerah berjalan serentak.
Majlis 2 in 1....

A. Khatam Al-Quran.
Naurah mengenakan baju nikah yang ibu pakai 20 tahun yang lalu.
Anak-anak terperanjat melihat saiz baju ibu "xs" suatu masa dulu dan kini telah mengembang
dengan begitu dasyat sekali....huhuhu......

Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai....

Naurah bersama-sama rakan2 diraikan di majlis khatam al-quran secara rasmi..
Kali pertama Naurah khatam sewaktu melangkah Tahun 1.
Ini adalah khatam yang ke 4-5 buat Naurah....

Naurah......

Bunga Pahar untuk ustaz yang mengajar Naurah dan 4F lain mengaji.
Terima kasih Ustaz kerana mengajar anak-anak ibu mengaji dengan begitu baik sekali.
Mereka juga pandai bertaranum......
Syukur Alhamdulillah mereka khatam seawal usia 7-9 tahun.....

B. Hari Anugerah Kecemerlangan
Sesi ke 2 pula diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan.
Ibu pun tak sempat nak tengok kakak Naurah terima hadiah.
Ibu pun tak tahu hadiah apa yang Naurah terima turun naik pentas 
lebih kurang 8-9 kali......
Gambar ni pun ibu ambil dari FB sekolah....









Gambar yang ibu snap.
Penerima Anugerah NILAM 2012.
Naurah 5 dari kiri.

9 hadiah yang Naurah terima pada Hari Anugerah kecemerlangan....
TAHNIAH anak-anak ibu kerana memberikan hadiah yang sangat berharga buat ibu dan ayah di hari ulang tahun perkawinan ibu dan ayah yang ke 20 tahun ....
Ibu sentiasa berdoa agar anak-anak ibu menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat...
InsyaAllah........

p/s:
Terima kasih di atas ucapan dan doa2 sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah.... 

24 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, Alhamdulillah..
syukur dengan anugerah Allah buat NzA, anak2 yang cemerlang ilmu dunia dan pandai pula mengaji, ummi tumpang gembira. Ibubapa mana yang tidak gembira dengan kejayaan anak2 kan NzA.Tahniah buat Naurah..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
TQSM dear ummi..Alhamdulillah itulah hadiah yg xtrnilai yg Allah kurniakan buat kami......syukur....

Anak2 ummi pn apa kurangnya. semua bijak2 n brjaya.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..Tahniah ye..

NzA berkata...Reply To This Comment

to abah khalisha
Terima kasih.....

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

salam kak..camne akak ajar naurah dah blh khatam alquran masa thn 1..bangganya dpt ank camtu..usia bape tahun naurah dah di suruh mengaji..nak praktik tuk ank saya juga cara akak ajar ank2..reply ye..nanti sy jenguk lagi..hihi..

mamaijat berkata...Reply To This Comment

....congratulatons to the whole family....keep up the good job....proud to know you & your family,my dear....
Alhamdulillah...

NzA berkata...Reply To This Comment

to kasih salina
TQSM KS..Naurah belajar mengaji di usia 5 thn...dia belajar sepenuhnya dr seorg cikgu pencen yg dilantik oleh majlis agama...Naurah ni ulat buku KS...apa2 je dia suka baca..blk mengaji dia akn mengaji sndiri di rumah, mana2 pergi ada je surah2 yg diliminate dibawanya...akak akui, masa utk mengajar anak2 mmg trbatas....semua tu atas usha ustaz n anak2...Alhamdulillah along dan Beby khatam di usia 9 thn n angah diusia 8 thn...cuma petua yg KS boleh amalkan, sedekahkan al-fatihah utk anak2 setiap selesai solat..begitu juga semasa memasak makanan, sedekahkan al-fatihah utk suami n anak2..sebut satu persatu nama2 mereka..InsyaAllah, anak2 kita mendengar kata n terang hatinya.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
TQSM my dear sis....dinda pn bangga dpt mengenali seorg kakak yg begitu penyayang n mengambil berat...hati begitu dekat w.pn xpernah brsua..semua kanda terus bahagia di sisi anaknda2 yg penyayang n pintar.....InsyaAllah....

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

tahniah utk Naurah....
Tumpang bangga dgn kejayaan Naurah....

ckLah @xiiinam berkata...Reply To This Comment

Bukan ibu Naurah yang mengembang...baju tu yang mengecut. Hehe...

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah sejuk hati sis..^^
js pun berhrp ank2 js dpt mencipta kejyaan spt ank2 sis...insyaallah utk dunia dan akhirat..

Ena berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..
Tahniah buat Naurah dan juga ibunya..

ena baca entry akak sampai meleleh air mata sbb rasa terharunya dengan kejayaan anak2. kasi la tips kak.. :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

malunya dgn naurah..dah khatam sampai 5 kali ye..kalah acik..huhuhu..nway, naurah nmpak cantek sgt dgn baju nikah ibu..mmg kecik tol kak nza kalau mcm tu yek time nikah tuh..hihi

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Salam NZA,

Tahniah Naurah atas khatam quran, Tahniah juga pada NZA dan suami.

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
TQSM MP...hati ibu masih brdebar2 menanti keputusan UPSR...huhuhu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to cklah
hehehe....ye kot....

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
InsyaAllah JS..itulah harapan seorg ibu......seimbang dunia n akhirat....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ena
TQSM ena....

Tips akak cuma mudah, akak xpernah menekan akan utk belajar...biar mrk beljar dgn cara mrk trsendiri...beri ruang utk kita n anak2 rapat umpama kwn2.......dan yg pnting , jgn lupa sedekahkan al-fatihah pd setiap anak2 setiap kali lepas solat...InsyaAllah anak2 lembut hatinya n mendengar kata.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
Alhamdulillah, syukur sbb dia rajin mengaji...akak pn xleh lwn kerajinan dia......huhuhu....

2lh masa kawin mmg kurus sgt2 lily ttp skrg dh kembang brmangkuk2.....huhuhu

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak ani
TQSM kak ani....moga mrk menjadi anak cemerlang dunia n akhirat....

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

salam kak..tq banyak2 sudi kongsi petua ni dgn saya..Insyallah akan saya amalkan..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.sejuk mata melihat kejayaan anak2 akak.perut ibu yg mengandung mesti lg sejuk kan..:)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.sejuk mata melihat kejayaan anak2 akak.perut ibu yg mengandung mesti lg sejuk kan..:)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat Naurah.. Moga Naurah terus mengukir kecemerlang pd masa depan..

About me