Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 Julai 2011

Cuti 4 Hari ....

Ibu cuti 4 hari sempena puasa tau...
Sila jangan cemburu ye.
Sebenarnya 4 hari tu ibu campur dengan cuti 
weekend Sabtu dan Ahad.
Hari Isnin cuti sempena 1 Ramadhan.
Hari Selasa, cuti berganti acara larian 1Malaysia hari tu.
Campur, tolak, darab dan bahagi dapatlah 4 hari.

Dalam hati berbunga riang.
Konon-konon ada perancangan.
Demam pun demamlah, janji enjoy.
Balik sekolah semalam:
Along : Ibu, esok along terpilih mewakili SK ke SMKTun Mamat.
Ada program kat sana.

Angah: Ibu, Angah ada latihan drama dan tuisyen esok..
Balik tengahari.

Beby: Ibu, Beby ada tuisyen kat sekolah...Cikgu cakap balik pukul 1 petang.

Farouk: Farouk pun ada tuisyen Jawi kat sekolah Agama esok..
Farouk rasa malas la nak pergi esok Ibu, Esok Farouk penat...
(Amboi-amboi, esok dah tau dia akan penat..jangan nak mengada!!!).

Alahai...anak-anak penuh dengan aktiviti.
Jawabnya hari ni ibu tinggallah berdua dengan Naurah.
Habis program ibu tergendala.
Ayah tu pun belum tentu ada ke tidak tu...
Entah-entah ada meeting juga...hu.hu.hu...

20 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Assalammualaikum dan selamat pagi kak ibu....Selamat bercuti ye...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
w.salam......terima kasih mamaQS...

Cikli berkata...Reply To This Comment

selamat bercuti

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
thanks...

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

hehehe...
kurang2 dptlah lupakan sejenak rutin biasa di sekolah kut?

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
itulh, konon2 nk rehatkan minda ttp jwbnya lepak2 kt rumah jelh .....

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

4 hari best tu.

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik supaya dapat beribadat kepadaNYA

amna berkata...Reply To This Comment

salam :)
singgah sabtu. saya pun cuti 4 hari, tapi hari ni dh masuk hari ke3.
(sejak khamis lagi dah ada di muar) hehehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to kunang2
best kak, lapang otak nie....

selamat brpuasa juga utk akak...

NzA berkata...Reply To This Comment

to amna
cuti apa tu amna...singgah la rumah cikgu!!!!

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

hurm jelesnya, ada cuti..kami isnin dah sekolah

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

slmt bercoti kak ! kami 3 hari jer .. jadi ler.. ;)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

oklah tu boleh jugak berehat..sy nie sok keje,lusa pun keje.tulat pun keja.hari nie jer of.haha...

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
nk wat camne, org dh nk bagi cuti...hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummihanie
oklh tu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
alahai kesiannya...xpelh, demi rezeki...

NIA berkata...Reply To This Comment

wah seronoknya weekend lama :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
mmg seronok!!!!!

ummiross berkata...Reply To This Comment

mai bercuti kat Sarawak dengan Ummi...hee.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
best gak tu...hi.hi.hi....

About me