Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 September 2013

Peneman a.k.a Body-Guard Ibu

Kisah petang Jumaat.
Sekarang ni Farouklah jadi peneman @ body guard ibu ke mana-mana.
Ayah dah selamat terbang berseminar.
Along dan Angah  tiada disisi...
Beby dan Naurah sibuk dengan aktiviti sekolah.

Lagipun Farouk masih di sekolah rendah dan bersekolah bersama ibu.
Senanglah ibu angkut dia kesana sini.

Petang Jumaat lepas sekolah ibu bergegas ke bandar Tangkak
untuk jemput Angah.
Sementara Angah masih belum tiba, 
ibu upah Farouk lunch kat pizza hut.
Kalau dulu meja penuh dengan 5F tapi sekarang segalanya berubah.
Mulalah ibu ni nak beremosi bagai...aduyai..
Sensitip betul sekarang.....

Makan aiskrim dulu.....

Bila tanya Farouk katanya nak makan pizza....
So ibu order 1 set kid pizza untuk farouk
 dan tempura prawn untuk ibu...

Tempura prawn untuk ibu....
Sebenarnya ibu dah lunch nasi kat kantin sekolah masa waktu rehat..

Ayoyo...udang ibu pun ditibai jugak.
Katanya 3 ekor untuk ibu...3 ekor untuk Farouk...
Sambil menyuap ke mulut sambil becok bercerita......

 Budak anti-nasi ni amat suka makan pizza.
1 potong untuk ibu dan 3 potong untuk Farouk....
Adil tak???????..sungguh tak adilll....

 Makan penuh berselera....

Menghabiskan potongan terakhirrrrr.....
3 hari lagi baru budak ni  makan nasi.
1 minggu cuma 2 kali makan nasi..
Alahai anak Melayu campur nie......
Tapi dalam salasilah family takde pulak campuran "Mat Salleh".

13 September 2013

Si Kembar Kembali

Cuti 3 hari membuatkan hati ibu berbunga riang.
Along dan Angah merawat kerinduan ibu yang amat sarat.
Awal petang semalam Ibu nekad memandu bertemankan Naurah dan Farouk
ke UTeM tanpa Ayah untuk menjemput along yang tidak sihat.
Hari Jumaat Angah pula pulang dari UiTM Kuantan..

Along dan Angah umpama isi dengan kuku.
Walaupun lahir di tahun berbeza namun mereka amat serasi bersama.

Walaupun Ayah terpaksa terbang berseminar namun
hati ibu tetap gembira menyambut kepulangan anak-anak tersayang......

11 September 2013

Cukuplah Sekali..

Alahai..bukan kisah sensasi pun.
Cuma nak luahkan sedikit rasa tak puas hati.

Cuba tengok jubah yang ibu tempah tu.
Dah la 4 bulan lebih tak siap-siap.
Bila di desak baru dijahit.
Itupun sebab ibu ada majlis kat sekolah pada Jumaat lepas.
Bila pakai tak selesa.
Mungkin dijahit dalam keadaan tergesa-gesa.
Upahnya boleh tahan mahal...

Ibu pun tak pasti kenapa ibu beria-ia hantar kain ni untuk ditempah.
SERIK sungguh rasa.......
Cukuplah sekali.

About me