Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Februari 2013

Pereka Fesyen????

Pereka fesyen la sangat....hehehe....
Ibu selalu buat n3 yang beby a.k.a Farah Najdah minat masak.
Lepas tu dia berminat dalam kraftangan.
Satu lagi ibu lupa, dia juga pandai buli orang.........hehehe.....
Minggu lepas dia sibuk suruh ibu ajar dia menjahit pula.

Aduyai, terkadang ibu ni kalau nak menjahit kena ada mood.
Tapi beria-ia pulak dia nak belajar.
Sedikit panduan yang ibu beri dan rujukan dalam internet,
dia mulakan projek pertamanya.

Gigih menjahit.....


Inilah hasilnya, blouse pertama hasil tangan Beby.....
Beby mampu siapkan dalam beberapa jam sahaja.....

Walaupun tak begitu kemas lagi tapi ibu kagum dengan minat dan kesungguhan Beby
untuk belajar dan mencuba sesuatu yang diminatinya.....
Amat tekun dia siapkan kerja-kerjanya tu.
Sanggup bersengkang mata semata-mata ingin melihat hasil.

Ibu sarankan agar selepas tamat SPM nanti Beby habiskan masa
mengikuti kursus pendek katering dan jahitan sementara menunggu
tawaran belajar ke peringkat lebih tinggi lagi........
Nanti senanglah ibu dan kakak dan adik nak tempah baju nanti....hehehe...

4 Februari 2013

Kami 2013

Setiap tahun pasti diadakan sesi bergambar.
Sesi bergambar untuk dijadikan kenangan buat kami semua...
Datang dah pergi silih berganti.......

Kebetulan hujan turun sepanjang pagi, jadi kami terpaksa begambar di dewan sekolah.....
Dalam pada itu bermacam-macam peristiwa kelakar terjadi disebalik sesi bergambar nie.
Bak kata orang kisah disebalik tabir kami yang terselit macam-macam kisah
yang mampu membuat dewan sekolah bergema macam gempa bumi.....

Ok, sedia  1.....2.....3.....
Tiba-tiba masing-masing membisu seketika...."Klik"
Dan berderai lagi ketawa kami.......hahaha.....

Tetiba hari ni ibu rasa nak pakai shwal dan berbaju kuning pulak......hehehe...

Merekalah yang mewarnai hari-hari ibu setiap hari....
Walaupun kami tidak ramai dan mengajar disebuah sekolah kampung.
Namun kami tetap bangga dengan pencapaian anak-anak didik kami.
Kami telah buktikan bekas anak-anak didik kami sekarang
sedang menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, enginering, perguruan
dan lain-lain.
Malah anak-anak ibu juga belajar di sini dan mampu meraih kecemerlangan
dalam UPSR hasil sentuhan guru-guru yang begitu komited dalam tugas......

Merekalah rakan-rakan sekerja yang begitu baik dan memahami.
Kami umpama satu keluarga besar yang amat serasi...

Makan-makan + Shopping-shopping....

Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang memberi ucapan serta doa-doa
sempena ulang tahun kelahiran Naurah.

Kami cuma sambut birthday Naurah di KFC.
Paling best bila keluarga kami lengkap dengan kehadiran Along.

Sambut birthday Naurah di KFC.
Sudah cukup baginya kerana dikelilingi orang-orang tersayang....

Macam-macam gaya ada....

Shrimp hot&spicy

Order golden wrap chicken.
Tidak sesuai dengan cita rasa kami.
Agaknya ni kali pertama dan terakhir ibu makan golden wrap nie....huhuhu....
Terlalu berminyak + rasa muak.....

Selesai makan, misi ke 2 kami pergi shopping.
Cuci-cuci mata konon-konon......
Bazar K-Mart.
Datang ke sini iman kena kuat.....

4F yang dah mula menunjukkan ciri-ciri dan persamaan dengan ibu....
Sempat juga Along beli sehelai blouse dan ibu pula sambar sehelai cardigan for women...hehehe.....

Ibu, cantikkan baju nie.....????????
Dah...dah...dah....jom balik.

Farouk menyendiri di sebalik kemeriahan kami......
Kesiankan...huhuhu......

About me