Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 Januari 2013

Wajah Ini Sumber Kekuatan Ibu...

2 wajah comel ini sering ibu rindui.
Mereka alami nasib yang sama suatu ketika dulu.
Pernah bertarung nyawa untuk hidup.
Walaupun harapan untuk hidup 50% namum mereka tetap melawan
bersama iringi doa ahli  keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan.

Kagum ibu dengan ketabahan dan kekuatan yang mereka  berdua lalui.
Mereka berdua alami nasib yang sama.
Mereka berdua lahir pada tahun yang sama.
Mereka berdua anak buah kesayangan ibu.
Dan mereka berdua jadi inspirasi ibu untuk berjuang dalam sebuah kehidupn yang penuh ranjau.

 Wajah ceria ini amat membahagiakan ibu.
Siapa sangka, anak kecil ini yang suatu ketika dulu bertarung untuk hidup di ICU 
kini mampu ketawa riang....
Kisah Qaisara Balqis... Klik sini.

Baby Affan sebaya dengan Baby Balqis cuma berbeza bulan.
Ibu hanya mampu bersua dengan Affan hanya seketika ketika menjemputnya
di airport tempohari.
Rindu untuk memeluk dan mengucup pipi Affan yang gebu......
Baby Affan juga pernah terlantar di ICU kerana alami masalah paru-paru.
 Kisah Baby Affan bertarung nyawa...Klik SINI
Ibu kagum dengan semangat Affan yang begitu kuat......

Gambar terkini semasa kami di balai berlepas menunggu penerbangan ke Vietnam pada 3 minggu lepas....

Selamat ulang tahun pertama sayangku Balqis....24.1.2013.

Ibu doakan agar Balqis dan Affan terus sihat dan membesar dengan sihat.....Amin.
Kalian berdua sumber kekuatan ibu.......

27 Januari 2013

Sabtu-JJCM

Cuti semalam dihabiskan dengan acara makan, makan dan makan.
Jemputan kahwin pertama dan kedua kami pergi di area Tangkak.
Nasib baik ibu dah tak begitu geram tengok kain baju yang tergantung di deretan kedai tu.
hehehe....

Rumah ke 3 di area kawasan sekolah ibu.
Kami cuma makan di rumah pertama saja.
Rumah kedua dan ke tiga sekadar minum air dan makan desert jelah....
Kenyang teramat.......

Sekarang tinggal Farouk seorang yang ikut ibu dan ayah kemana-mana.
4F dah tak berminat lagi.....huhuhu......

26 Januari 2013

Souvineer dari Ho Chi Minh untuk "KAMU"...

Baru terheggeh-heggeh nak update blog tentang souvineer.
Hari ni nak tayang souvineer dari Vietnam.
Ibu tayang pun bersebab tau.

Sebenarnya ibu beli banyak jugak souvineer masa kat Vietnam.
 Biasanya kalau pergi bercuti mesti ada ole-ole untuk family dan rakan-rakan.
Tapi al-maklum la kan, dibahagi-bahagi ianya dah tinggal ciput.
Namun ibu tidak lupa untuk rakan-rakan blog ibu.
Sayang you allzzz ketat2....

Penanda buku.
ibu beli banyak tapi ini je yang tinggal.
Maklumlah kaum kerabat ramai...huhuhu...

Penanda buku yang ni ada banyak lagi sebab masih tersimpan dalam beg...

Fridge magnet dan Keychain.

FM...Ini pun sama.
Kalau tak silap ibu lebih 200 keping tapi yang tinggal ini jerrr....

Bekas pensel ni ibu beli 1 dozen je sebab ianya memakan ruang.
Habis dikebas anak-anak dara ibu.
Ibu pun dapat 1 jerr.....

Untuk rakan-rakan blog ibu akan beri keychain, penanda buku dan fridge-magnet tu.
Ibu nak tunggu akhir bulan Januari ni untuk diagihkan kepada
pengomen terbanyak @ "Kawan Yang Peramah" diblog ibu......

Selain tu ada hadiah untuk yang meneka dengan tepat dan cepat bagi soalan di bawah nie :
*Sebutkan salah satu nama restauran halal yang ibu singgah masa di Vietnam tempohari????

Ok selamat mencuba......................................

p/s:
Ibu rasa nak kemas kini semula la link kawan-kawan kat sidebar tu.
Ibu nak tepek kawan-kawan yang aktif ziarah ibu sebab kalau letak link banyak2
akan menyebabkan blog ibu berattttttttttttttttt....
Ok tak cadangan ibu????
"Kawan Yang Peramah"  tinggalkan link ye......


About me