Malam tadi bawa Angah ke klinik.
Sejak akhir-akhir ni Angah asyik pitam dan muntah-muntah.
Ibu risau juga tengok keadaan angah.
Bila doktor check angah hidapi simptom tekanan darah rendah yang agak teruk...80/50.
Doktor nasihatkan angah untuk warded tapi memandangkan esok kami ada urusan penting
ibu minta ditangguhkan....
Hati rasa amat risau.
Bila ada masalah, biasanya ibu akan berkongsi dengan adik beradik di FB Family kami.
Di situlah kami akan saling berhubung dan memberi pandangan serta pendapat....
Walaupun seorang di Muar...seorang di KL dan seorang di overseas kami sentiasa
berhubung setiap hari.......
Hubungan kami amat rapat sejak kecil hinggalah sekarang
walaupun masing-masing dah berkeluarga......
Bila kes angah berkaitan dengan kesihatan,
sudah tentu ibu akan tag 2 orang adik ibu dan seorang adik ipar
yang berada dalam bidang perubatan.
Tapi yang kelakarnya bila adik-adik ibu memberi pendapat mereka
bercakap dalam bahasa perubatan.
Bahasa interaksi antara 2 orang doktor yang membuatkan si kakak seorang
cikgu jadi blurrr + kebingungan.....Aduyai.....
Status ibu di FB Family....
Dan ibu juga search kat internet tentang kes angah.
Risau pulak bila tengok perdebatan antara 2 orang dokto muda tuh....huhuhu.....
Apapun TQSM untuk adik-adik ibu yang memang hebat.
Seorang akan bergelar pakar dalam bidang kecemasan dan seorang lagi bakal
menamatkan pengajian perubatan akhir tahun di overseas....
Semoga adalah antara anak-anak ibu yang bakal mengikut langkah pakcik2nya itu.
(tiada seorang pun anak2 ibu yang berminat dalam bidang perubatan
setakat ini.....huhuhu....)
Dan yang pastinya si kakak sekadar mengeluarkan produk
yang akan bergelar doktor, peguam, guru .....dan sebagainya.....