Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Ogos 2012

Cuti Hujung Minggu @Topical Inn, JBharu.

2 hari menyepi ibu dah rasa kerinduan kat rakan-rakan blog..
Bukan tak boleh on9 kat sana tetapi biasanya kalau pergi bercuti ibu 
seboleh-bolehnya cuba melupakan internet seketika.
Konon-kononnya nak habiskan masa berkualiti dengan keluarga.

Kami bercuti ke JB sebenarnya selama 2 hari 1 malam
di Hotel Topical Inn Johor Bahru..
Tempat penginapan kami.
Dapat tingkat 19...

Pemandangan dari bilik kami...mengadap Singapore....

Gambar tak ada motif.....hehehe....
Tak ada idea nak mengarang so tepek gambar jelah......

Bilik kami....
Pagi Sabtu kami dah bertolak ke JB.
Perjalanan lebih kurang 190-200 km dari rumah.
Kalau ikut highway dalam 2 jam sampailah ke hotel.....
Sampai je, ayah seorang yang check in.
Ibu dan anak-anak tunggu dalam kereta je.
Sebab misi pertama kami nak bershopping sampai lebam....
Aduyai.......

Hero ibu berdua ni kalau berjalan mesti berpimpin tangan.....
Ibu dah tak ada peluang la.....

Misi pertama kami ialah ke  Galleria KotaRaya.
Ayah memang seorang peminat tegar "window shopping".
Jadi tak ada masalah kalau bawa kami bershopping sebab ayah lagi "over" dari kami berlima.....
Di ground floor hanya menjual baju raya.
Harganya?????...mak aii, mahal bangat.
Paling murah baju kurung RM190 hingga RM500 sepasang.
Ibu dan 3F cuci mata jelah.
Lagi pun baju + kasut raya dah settle....

Ayah ajak ke tingkat 1.
Ada jualan mega barangan berjenama.
Aduh!!! tension sungguh ibu tengokkan handbag dan kasut kat sini.
Ada ofer gila-gila + cantik2...
Lagipun semuanya dari jenama terkenal.......
Tergoda juga akhirnya ibu dengan sebuah handbag berjenama Valentino dan kasut jenama louis...
Memang pokai....
2 barang tu dah jejak RM????...huhuhu......

Dah petang baru tiba ke bilik....
Menuju ke bilik.......

Dah penat shopping, kami terpaksa kembali ke hotel kerana petangnya ayah ada seminar.
Malamnya ada majlis dinner a.k.a berbuka anjuran Cuepecs.....

Dulu ber5 sekarang tinggal ber4.
Sedih!!!!!
Along dah cuti sejak minggu lepas.
Tetapi Along terus balik ke Kelantan.
Kami jumpa pada Khamis nanti...huhuhuhu.....
Miss Along so much....

Pukul 7 malam, ibu dan ayah menerima undangan majlis berbuka
anjuran Cuepacs Johor Bharu.
Makanan kat sini memang sedap dan terbaik.
Segan nak snap gambar.
Maklumlah makan dengan VVIP...huhuhu......
Ibu makan nasi beriyani + kambing + ayam panggang + udang + daging.
Samping ibu makan fish n chips dan aiskrim.
Anak-anak berbuka dengan nasi beriyani + kambing.....

Selepas selesai majlis makan-makan,
kami sambung lagi edisi shopping mopping nie.
Kali ini kami ke City Mall yang berhampiran dengan hotel.
Kami berjalan kaki je sebab dekat.
Anak-anak bukan main suka lagi bila melihat barangan yang di ofer kat situ.
Barangan bermacam-macam jenama terkenal ada potongan 50-70%.
Mau tak teruja anak-anak dara tu.
Dompet ibu makin kempis....huhuhu....

Si bujang dah bosan melihat gelagat ibu dan kakak2nya yang tak reti-reti nak
balik....

 Beli donut untuk di makan di bilik nanti..... .......

Lenaaaaa kepenatan......

Posing sebelum check out....
Paginya ibu terperanjat lihat muka farouk bengkak + seluruh badan gatal-gatal.
Muka dah xhendsom...huhuhu...
ibu pun tak pasti farouk kalau makan daging kambing ke tuna.....

Ce tengok muka Farouk sebelum dan selepas kena alergik tu.
Kesian!!!!!!

Budak yang dah bosan.....

Sebelum balik ayah bawa lagi ronda-ronda pusing JB.
Ayah offer ibu pergi shopping lagi..
Hai ayah, macam perli ibu jerrr..........huhuhu
Ibu dah hampir muflis dikerjakan anak2....

Ibu candid dari jauh je.....

Sempat main kais2 pasir....

UPSR candidate......

Tiba di rumah dah petang........

10 Ogos 2012

Nak Bercuti Seketika...

Maaf ye tuan rumah sekeluarga nak pergi bercuti.
Kelakarkan puasa-puasa pun nak pergi bercuti.
Tak pelah, demi insan tersayang ikut jelah.....
Kebelakangan ni ayah amat-amat sibuk dengan urusan luar.

Minggu ni saja ayah hadiri  beberapa majlis berbuka di luar.
Awal minggu dengan PM dan kelmarin dengan TPM.
Ayah kesian tengok kami asyik ditinggalkan.
Ni pun ayah ada seminar so dia angkut kami sekali......
Saja nak rehatkan minda Naurah dan Angah yang tak lama lagi nak exam UPSR dan SPM.
Moga mereka mampu jalani peperiksaan dengan tenang.
Jumpa hari Isnin nanti........

Sila Pilih Jejaka Terhangat + TAHNIAH!!!!......

Sila pilih mana jejaka yang berkenan dihati..
Semua tu bakal bergelar doktor tau....
Hihihi....jangan marah ye adik yu a.k.a Muhammad Khairul Anuar Abdullah....

Si kakak ni sibuk la nak tepek keratan akhbar yang ada muka adik tersayang tu.
Keratan ni dalam akhbar hari Ahad.
Kalau tak silap dalam Mingguan Malaysia kot.
Ibu pun tak terperasan sehingga kawan sekolah Angah yang bagi keratan ni.....
Hamboi2, mentang2lah si kakaknya keluar paper, adik pun tak nak kalah ye...

Ce teka mana satu adik ibu......??????????
Adik ibu berdiri 2 dari kiri tuuuuu.......
Ada iras-iras tak dengan kakaknya nie?????
Hehehe.....Perasan lak si kakaknya.
Tak tertanding kulit adik ibu yang putih mulus tu dengan si kakaknya nie.....
Depa semua ni dah selamat tiba kat Malaysia pun untuk cuti akhir semester
selama 3 bulan.
InsyaAllah tahun depan dah masuk tahun 5.
Umur adik yu 24 tahun dah bergelar doktor..InsyaAllah.....
Doktor ke 2 dalam family ibu........

Tak sabar nak balik kampung.
Menghitung hari untuk terbang ke sana..........
Tunggu akak ye dik.........

p/s: Update terkini:
Baca status Adik Yu di FB pagi nie,
pagi ni dpt check result online,kak tie yg tolong masukkan nomber pin tangan ketar2 berdebar...ALHAMDULILAH lulus naik ke tahun 5 perubatan!!!!!!!!!!!!!
segala kesusahan,kepayahan,keperitan,doa mama,abah,keluarga family....lepas dpt tahu,terus peluk mama dan abah...

*TAHNIAH dan syukur Alhamdulillah, kami amat bangga dengan Adik Yu......ameen.

About me