Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Ogos 2012

TQSM My Dear Sis.....

Pagi semalam ibu ke sekolah dalam keadaan lemah longlai.
Sejak pukul 1 pagi semalam ibu ulang alik ke tandas.
Pagi ni pun masih berulang alik ke tandas.
Entah berpuluh kali..
Rasa dah lemah badan nie......
Rakan-rakan nasihatkan ibu bercuti....
Takpelah, selagi kudrat masih mampu melangkah, ibu tetap teruskan rutin harian.....

Dalam keadaan lesu pagi semalam ibu ke sekolah.
Ibu dikejutkan dengan sampul surat pos laju dari seseorang di atas meja guru.

Di dalamnya ada sekeping nota berwarna pink.
Tersenyum ibu sorang-sorang.
Hilang seketika kesakitan yang memulas-mulas dibahagian perut.....
Rakan-rakan mengusik.
"Hai akak ni, asyik dapat suprise je...agaknya akak ada secret admire kot...."
"Saya tengok setiap bulan ada je akak terima souviner....bestnya"
Ada-ada je depa nie.....Jeles la tu...


Senyuman ibu makin melebar bila melihat isi kandungannya.
Baju untuk buku RHP ibu yang siap bersulan dengan nama ibu dikelilingi  bunga-bunga chenta.
Nampak gayanya, buku RPH terlebih dahulu berhari raya dengan baju baru.
Edisi tayang menayang bermula.
Masing-masing jeles melihat buku rekod RHP ibu berbaju cantik......
Hahaha.......

TQSM My dear sis Mamaijat .
Muah100X.
Tak terduga dapat suprise yang sebegini cantik + jelita di bulan mulia ini.

Tak terucap dengan kata-kata.
Dan sesungguhnya diri ini cuma mampu mendoakan agar kandaku
sentiasa dilindungi Allah,
dikurniakan kebahagiaan di sisi insan-insan tersayang,
terus diberi kekuatan untuk lalui ujian yang maha hebat.
diberi ketabahan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Ketahuilah, semakin hari diri dinda semakin dekat dengan kanda......
Ameen........

p/s:
Rasa nak je duduk dalam toilet tu.
Tak larat dah nak ulang alik...
Huhuhu.....

6 Ogos 2012

Aktiviti Sabtu dan Ahad

2 hari ibu menyepi.
Menghabiskan masa bersama BFF dan anak-anak.

Sabtu, ibu bersama Z dan Kak A menghabiskan masa seharian kat Melaka.
Seperti yang ibu katakan memang kami bershopping sampai lebam.
Bukan lebam lagi tetapi hampir muflis...huhuhu....

Itulah orang perempuan.
Tak sah kalau tak penuh 1 troli.
Duit poket yang ayah bekalkan licin dan ibu terpaksa topup dengan duit sendiri.
Jumlah yang ibu habiskan RM?,xxx..tak perlulah ibu nyatakan.
Cukuplah ibu katakan, sehari itu ibu boleh habiskan RM?, xxx...huhuhu.....
Entah apa-apa la ibu beli....

 Kat sini je ibu habiskan masa dari pagi hingga petang......

 Beli donut Big Apple untuk anak2 berbuka....

Juga ibu beli chicken chop.
Maklum la si ibu berfoya-foya sampai tak hinggat nak balik.
Sampai rumah dah pukul 6 petang.
Nak masak dah tak sempat.
Nasib baik Kakak Naurah tolong masakkan nasi.
Lagipun ayah tak ada 2 hari...
Anak-anak berbuka dengan chicken chop jelah.
Yang sedihnya, ibu beli 5 set chicken chop, anak-anak makan cuma 2 set.
Maka tersadailah CC tu.........

Hari Ahad untuk anak-anak pula.
Dah la ayah tak ada, ibu pula sibuk berfoya2 dengan kawan-kawan.
Kesian pulak kt mereka....

Misi mencari baju 4F yang tak sudah-sudah.
Haya.....hawat la depa ni makin besar makin  cerewet nie.
Dah 3 minggu siri jelajah mencari baju raya.
1 pun tak menyangkut.
So hari Ahad misi mencari lagi.
Ibu bawa 3F ke Butik Peace je.
Bajunya boleh tahan cantik-cantik bajunya.
Harganya area serendah RM90-RM300 sepasang.
Ibu dah warning sawal-awal.
Beli baju tak boleh lebih dari RM150 sepasang.
Seorang nak 3 pasang....huhuhu.......
( 8 X Rm120=????????)
Nasib baik la Farouk lelaki.
Kalau tidak mau bertambah botak la si ayah..........

Ibu cuci-cuci mata kat sini......Ofer...ofer..ofer.....
Nasib baik iman ibu masih kuat.
lagi pun dah 2 hari melabur kat Melaka dan butik peace.
Stok duit yang ibu bawa pun dah tak de....
Gigit jari jelah.

Sebelum balik singgah K-Mall.
Ada lagi la yang masih belum settle.
Tudung!!!!!!
Nasib baik la sekarang anak-anak dara pakai tudung "Obama."
Murah je tudung tu.
2 helai dapat la dalam RM14.
Beli 4 helai untuk angah dan beby  je sebab along pakai shwal.......

Lega rasanya baju raya untuk 4F dah settle.
Walaupun ibu dan ayah hampir muflis.
Itu pun kasut2 yang di order dari SANTINI belum sampai lagi
Untuk farouk ayah janji nak beli semasa di Kelantan nanti......

Minggu depan nak settlekan pula tang biskut raya.........

4 Ogos 2012

Projek Ibu bila Menyendiri .......

Dalam n3 yang lepas ibu ada ceritakan tentang projek bulan Julai ibu.
Projek upgred bilik stor untuk dijadikan Galeri Sejarah 2.
Ibu meneruskan misi ibu untuk bulan Ogos.
Kenkangan masa tidak menghalang ibu untuk meneruskan projek ibu nie.

Sebelum
dalam proses mengemas.
Ibu tak sempat nak snap wajah stor ni sebelum di kemas.
Macam-macam bersarang kat dalam nie.
Maklum la sejak ibu posting kat sekolah ni 10 tahun yang lalu, 
bilik ni dah terbiar sepi.
Ini pun dah 70% dikemas.....
Maklumlah bilik stor

Step 1
sesi menyusun meja dan menampal apa yang patut...
Hentam jelah...

Step 2
ini dalam proses kemas kini......

Step 3
 Ni sebahagian sudut yang dah 90% siap.
Ada lagi yang perlu ibu.

 Ini khazanah yang ibu jumpa di bilik lama GB.
Bilik tu dah terbiar sepi tanpa penghuni setahun yang lalu....

Sudut rehat di bilik kerja ibu.
Semua perabut berusia lebih 20-30 tahun tau.
Cuma kerusi rotan tu ibu beli 3 tahun lepas.
Antik kan.......
Tak kisahlah barang lama, sesuailah dengan tuannya pun dah lama.
Yang penting masih boleh diguna pakai.......
Apa nak buat redha jelah......

Di sinilah tempat ibu menyendiri dan menyepi bila ibu
sedang sedih.
Jauh dari keriuhan ibu membawa diri.
Ibu akan lakukan sesuatu untuk menghiburkan hati yang sedih.
Untuk pengetahuan semua,
Saat ini ibu sedang sedih.
BB Ahmad Affan dimasukkan semua ke wad 3 hari lepas.
Keadaannya kembali kritikan.
Ya Allah kuatkanlah hati ini, ibu dan keluarga diuji lagi.

Affan ,
Ibu tidak putus-putus berdoa untuk Affan.
Kuatkan dirimu sayang, ibu tahu Affan mampu melawan semua ini....
ibu tidak sabar ingin memelukmu dan mencuim pipimu sayang.....
Kisah BB Affan, klik SINI dan SINI

p/s:
Pagi ni ibu nak pergi berfoya2 untuk menghiburkan kesedihan hati dengan kawan ibu Z dan A di Melaka.
Nak shopping sampai lebam.
TQSM ayah kerana memahami dan bekalkan duit poket..........

About me