Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Ogos 2012

Edisi Membalas Surat Peminat..

He.he.he..sila jangan percaya dengan tajuk n3.
Siapalah ibu ni untuk punya peminat.
Sekadar seorang insan terpinggir yang tak punya apa....
Kalau kucing kat belakang rumah tu memang la peminat setia ibu.
Pantang nampak ibu depa terkam sebab nak minta makanan....hehehe...

Apa motif kucing tu bertengek kat atas sampul surat tu??????.
Kucing tu adalah toys along masa kecik dulu.
Ibu pun tak pasti kenapa toys tu sering menjelma disaat ibu rindukan along.
Pelik + ajaibkan..
Motif : IBU RINDUKAN ALONG.....

Dah..dah..mula la tu merapu tak tentu arah.
Ibu nak tayang sampul-sampul surat yang dah siap ibu
proses untuk penghantaran.......
Cuma sekarang ni ibu menanti alamat dari Lieya Latif
dan ibu kehilangan alamat JS dan Ummiross...
Minta ampun ye JS dan Ummiross sebab ibu ni agak cuai.
Entah manalah ibu selit alamat tu...huhuhu....
Nanti tinggalkan alamat kat emal ibu ye di norzakiahabdullah@yahoo.com
sebab ibu nak pos kad : klik SINI .

1 Ogos 2012

Salam Ramadhan:Giveaway by Jemari Suri

Dah lama ibu tak join sebarang GA.
Entah mengapa ibu pun tak pasti.
Kalau dulu pantang nampak ada GA kat blog kawan2, mesti ibu tergediz join....hehehe....
Kali ni tergerak hati nak join.
Manalah tau ada rezeki ibu.
Dapatlah melaram dengan brooch dan selendang yang cantik tu di hari raya....

Jom terjah ke........


  • mestilah FOLLOWERS blog Jemari Suri - DONE
  • mesti rakyat MALAYSIA dan kalau member yang duduk oversea mesti ada alamat di Malaysia-DONE
  • pemilihan akan dibuat secara CABUTAN oleh anak-anak JS
  • perlu membuat SATU ENTRY mengenai giveaway ini dan LINK kan entry yang dibuat-DONE
  • setiap link tersebut sila letak di KOTAK KOMEN JS untuk JS jejak balik kau orang-DONE
  • sila letak BANNER JS kat entry kau orang tu ye-DONE
  • kalau sudi jom la TAG kawan-kawan kita untuk join sekali -DONE
  • -Ibu tag semua rakan-rakan yang baca n3 nie ye..Jom sama-sama kita join.
  • Kalau ada rezeki bolehlah melaram dengan brooch dan selendang yang cantik dihari raya.....Linknya klik kt BANNER tu..

Selamat mencuba....

31 Julai 2012

Kenapa Ibu Sering Curiga....

Entah mengapa hati ibu sering curiga bila melihat Farouk di bulan puasa.
Terkadang timbul rasa bersalah.
Perasaan sebegini tidak pernah ada di hati ibu sewaktu 4F berpuasa diusia Farouk.
Ibu bukan apa, curiga melihat keadaan Farouk yang tidak menunjukkan tanda-tanda lapar atau haus.
Ah......terkadang ibu rasa bersalah kerana sering curiga pada farouk.............
huhuhu.....

 Balik sekolah, sempat belek dan baca Al-Quran sebelum ke SAgama sesi petang.

Farouk : Ibu, ustaz kata kalau tengok Al-Quran pun dah dapat pahala ek???
Ibu : Yelah, kalau farouk baca makin banyak dapat pahala, 
ibu dapat, ayah pun dapat, kakak2 pun dapat pahala....Nanti sejuk perut ibu....
Farouk : Best la kalau macam tu ,
perut ibu dah rasa sejuk ek sekarang sebab farouk dah baca al_quran.
Ibu:  yelah, sejuk sangat......(alahai, macam-macam budak sorang nie...)

 Balik Sekolah Agama sesi petang Farouk layan game pulak.
Sambil-sambil tu sempatlah Farouk temankan ibu di dapur.....
Terkadang rimas jugak ibu bila dia nak tolong ibu.
Banyak sangat pertanyanya......penat nak layan....

Sebelah malam selepas berbuka farouk suka duduk di kaki ibu.
Itulah kerjanya sebelum pergi surau berterawih.
Suka dibelek-belek, disapunya losyen, dikebek2, di gosok-gosok kaki ibu.......
Bila ibu tanya, farouk cari apa kat kaki ibu tu.
Farouk : Farouk cari syurga di tapak kaki ibu....
Ustaz kata syurga di bawah tapak kaki ibu........
Kuat juga pengaruh seorang ustaz ye......
Alahai farouk....
Terkadang dialah racun dan dialah madu buat ibu.......

About me