Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Julai 2012

Selamat Tinggal Pulau Pinang...

Ni kesinambungan kisah lawatan lagi.
Tak habis-habis lagi ke ibu nie......?????
Biasalah blog ibu nie..setiap saat dan detik peristiwa akan tetap tercatat di sinikan.
Sila jangan bosan ye...he.he.he....

Lawatan hari pertama kami ke Penang berakhir lebih kurang pukul 8.30 malam 
setelah seharian kami menjelajah

Penat memang penat tetapi hati ibu dan rakan-rakan rasa puas
 bila lihat anak-anak murid enjoy dan gembira sakan...

Sebelum ke tempat penginapan kami singgah makan malam 
di Restauran Kassim Mustafa.
Makan malam kami pun di taja.

 Masing-masing dah kelaparan.
Cikgu yang over...
Snap gambar pun dah mengiggil gamaknya....

 Nasi dan lauk pauk yang sedap.
Makanan kat Penang ni semua sedap2 dan memenuhi selera ibu.
Masakan ala-ala mamak yang terbaik.
Maklum la ibu ni berdarah campuran..tut.......ngee....

 Naurah dan rakan-rakan.
Ibu dah terlupa yang Naurah pun ikut dalam lawatan tu maklumlah
semua aktiviti Naurah bersama kawan-kawan dia.
Cuma Farouk je sesekali ada disisi ibu......
Lagi pun ayah dah bekalkan mereka dengan duit belanja untuk beli jajan RM100 seorang.
Makanan semua ditaja.
Duit yang ayah bekalkan tu mereka beli t-shirt dan souvineer je.....
Selamat la duit ibu......he.he.he....

 Kami menginap di sini.........
Biasanya tempat ni adalah tempat penginapan peserta/murid sekolah yang mewakili sekolah/daerah/negeri dalam acara sukan...........
Tempatnya selesa.
Untuk murid di sediakan dorm dan cikgu-cikgu disediakan bilik.
1 bilik boleh memuatkan seramai 3-4 orang cikgu.

 Sarapan pagi.
Kami makan roti canai telur.....

Naurah dan Farouk bersama kumpulan masing-masing.
Dia makan berhampiran kolam renang.
Kolam renang tu digunakan untuk latihan bagi acara renang.

Hari ke dua siri jelajah bermula seawal 8.00 pagi....

Anak-anak murid dah tak sabar-sabar nak naik feri.
Maklum la ramai diantara mereka belum pernah menaiki feri ni.
Farouk yang dah biasa naik feri ni pun dah tak sabar-sabar......
Feri...

Masing-masing sibuk nak posing dengan cikgu.
Muka cikgu pun dah penat semacam.
Maklum la melayan anak seramai 80 orang selama 2 hari 2 malam....
Layan jelah kerenah anak-anak murid nie.

 Naurah dengan gaun kembangnya...Ada cerita kelakar nanti...hi.hi.hi....

Naurah dengan kawan-kawan...

 3 Abdul...he.he.he...
2 orang tu abang senior Farouk tetapi Farouk lebih tinggi dari mereka.....

Posing lagi.....

Siri lawatan kami berakhir di Perak........

p/s:
Tahniah Along kerana meraih result yang cemerlang dalam
peperiksaan pertama di Matrik.
Subjek Maths Along dapat markah penuh 100% dan subjek lain
Along berada di top 1-3 ....
Ibu bangga dengan anak ibu....
Doa ibu sentiasa mengiringi along dan adik2.....

Senam J Robik 1 M1S1M

Semalam semua sekolah di seluruh Malaysia mengadakan SenamRobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.
Sekolah ibu pun tidak lepas daripada jalankan aktiviti ini.
Senaman ini mengambil masa tidak lebih dari 1 jam.
Bermula 7.45-8.50 pagi.
Selepas senamrobik, murid-murid di arah masuk ke kelas macam biasa.
Pihak guru-guru ingatkan P&P bersambung selepas rehat.
Namum pihak atasan mahu P&P disambung terus.

Di dalam keadaan murid yang tidak bersedia.
Di dalam keadaan murid yang tidak membawa buku.
Di dalam keadaan yang penat.
Dengan peluh menitik..
Dengan bau yang kurang menyenangkan..
P&P tetap diteruskan seperti yang diarahkan.
Dan yang pasti cikgu yang syok sendiri mengajar di depan kelas
sedangkan murid-murid dah tidak memberi tumpuan...
Alahai anak-anak sekarang, dah tak lasak macam anak-anak dulu.
Sedangkan cikgu yang dah berumur masih mampu mengatur langkah
seperti di depan kelas.......

Ok, jom bersenam....

Barisan guru-guru,dan staf .
Berpeluh juga buat senaman nie.....
Kelakar je ibu tengok gambar-gambar aktiviti ni kat FB.
Dah tak macam senamrobik..
Macam-macam gaya ada....
Akibat lama tak melakukan aktiviti ni, urat saraf rasa macam keras dan kaku......

10 Julai 2012

Outing Tanpa Along-Janggal

Sejak Along tiada, kami sudah jarang outing.
Entahlah, ibu rasa macam ada sesuatu kekurangan.
Terutama bila ke restaurant fast food.
Bila order makanan untuk 4F mesti ibu akan order 5 pinggan.
Mesti mata ibu akan tertumpu di suatu sudut untuk mencari sesuatu yang kurang.
RIndu along sangat-sangat.....

Rasanya sejak along ke kolej, inilah kali pertama kami masuk KFC.
 Kami sanggup ke KFC di K-Mall sejauh 24 km kerana KFC BG yang jaraknya cuma 0.1 km
dari rumah menyediakan ayam yang tidak segar dan terkadang berbau.........
Setiap kali makan KFC di BG mesti Farouk akan muntah.....
Dan terpaksalah kami pergi ke KFC K-Mall untuk mencuba flaming crunch.....

KFC Flaming crunch yang memang sedap...Rangup dan pedas......

 Naurah...

 Biasanya angah akan duduk bersebelahan dengan along.
Bila lihat gambar ni, ibu rasa janggal.....

 Kesian tengok Farouk makan.
Macam orang kebulur....
Selama ni kalau makan di KFC BG, awal-awal farouk tak nak makan ayam.
Kali ini siap habis 2 ketul ayam di makannya.....

Bersandar kekenyangan. Siap order 1 set lagi snack plate combo untuk di tapau....

 Sampai bengkak dan merah bibir farouk kepedasan makan ayam flaming crunch..tapi memang sedap.

 Melayan 3F membeli bedak dan minyak wangi...

Kami naik ke tingkat dua K-Mall.
Kat sini banyak dijual baju kurung dan jubah yang dah siap.
Cantik dan murah harganya.
Ibu sekadar meninjau untuk membuat persiapan raya nanti.
Macam tahun lepas, baju 4F dan  ibu dibeli yang dah siap di sebuah butik.
Malas dah ibu nak jahit sendiri...PENAT!!!!!!

About me