Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Mei 2012

Persiapan Terakhir...

Kebelakangan ni ibu amat-amat sibuk.
Macam-macam yang perlu di settlekan di sekolah.
Dengan cuaca yang amat panas buat ibu jadi lesu dan letih tak bermaya.
Saban minggu ibu ada aktiviti.
Penat sangat-sangat......

Hari ini untuk kesekian kalinya ibu terpaksa "off"kan lagi kelas tambahan 
kerana hari ini di rumah kakak ipar ada kenduri.
Majlis MIL (mak mentuaku terchenta....).....
Sedari pagi ibu ke sana untuk tolong apa yang patut.
Tolong la sangat....he.he.he....tolong MIL bersembang dan gosip2.
Maklumlah MIL ni agak rapat dengan ibu.
Kalau jumpa macam-macam cerita dua beranak ni........ngee...

Akibat kesibukkan yang melampau ibu terlupa tentang Along.
Kesian anak ibu.
Dah tinggal berapa hari lagi Along nak mendaftar.
Along menerima beberapa tawaran dari IPTA dan Along sudah
membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya.
Ibu dan Ayah ikutkan aja kehendak Along kerana dia yang
akan lalui semua itu.....
Masa untuk kami membuat pilihan sudah berlalu.......

So semalam ibu temankan Along.
Balik sekolah terus ke supermarket dan beberapa kedai
yang berkenaan...
Edisi shopping-shopping untuk kempiskan dompet.
Yang kelakarnya si ibu pun sama naik dengan anak...
Terlebih over.....
*Nanti claim dengan ayah ye!!!!!!!!

Puas ayah ajak bershopping tetapi ibu juga pilihan Along.
Masa kecik bukan main berkepit dengan Ayah.
Siap di panggil "sayang" tetapi bila besar dengan ibu juga dia rapat.

 sebahagian barangan yang sempat disambar semalam.
Ada beberapa benda penting lagi yang belum selesai....

dan semalam ibu cuma sempat lunch dengan makan benda alah nie je.
Tu pun Along yang singgah belikan untuk ibu.....
Makan pun masa dalam kereta sementara along yang drive....
Hu.hu.hu...kesiankan ibu....

Ibu berharap semuanya dapat di settlekan minggu nie.
Minggu depan ibu dah sibuk dengan sambutan hari guru,
peperiksaan pertengahan tahun menyusul kemudian.......
Moga selepas ini ibu dapat meluangkan masa ibu disisi orang-orang tersayang....

11 Mei 2012

Anugerah Cemerlang Naurah pula....

N3 tertunggak juga nie.
Akibat kesibukan melampau, ibu tak sempat nak buat n3.
Hari Jumaat lepas Naurah terima Hadiah Kecemelangan Akademik
Sekolah Agama BG untuk sesi 2011.
Majlis tu dibuat bersama dengan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan.
Selesai NAurah menerima hadiah ibu bergegas balik
untuk packing barang untuk bertolak ke Terengganu...
Tak sempat nak tunggu mesyuarat berlangsung.....

 Tak sempat nak snap gambar semasa Naurah terima hadiah.

Naurah menerima sijil penghargaan, set alat tulis dan wang saguhati.
Jumlahnya tak perlu ibu hebahkan di sini ye...
Rezeki Naurah....
TAHNIAH Kakak.....

p/s:
Kakak Naurah terima anugerah cemerlang tetapi Farouk??????
Nak dapat macam mana kalau dapat no 10....Alahai Farouk!!!!

10 Mei 2012

Muzium Negeri Terengganu

Destinasi pertama ibu semasa di Terengganu ialah ke Muzium Negeri.
Kebetulan masa tu kami ingin pergi ke Taman Tamaddun Islam
yang terletak bersebelahan.


Di pintu masuk Muzium Negeri

Model ibu.
Nak buat macam mana, cuma Beby je yang pergi bersama ibu.
4F tinggal dengan ayah....

posing lagi......
Pelawat tidak dibenarkan membawa masuk kamera.
So kameranya ibu tinggal di kaunter dan sebenarnya 1 lagi ada dalam hbag....ngee.....

Cuma 2-3 keping je gambar ibu snap kat bahagian dalam......

Hari terakhir sempat singgah solat jamak di Masjid terapung
dan ibu makan tengahari di sini.......
 masjid terapung.

p/s:
Kesibukan melanda.
Nak update blog pun tak sempat.
Dah rindu nak BW blog kekawan.........hu.hu.hu......




About me