Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 November 2011

Wajib Masak.

Cuti sekolah sepatutnya rutin memasak boleh dirombak.
Takde maknanya ibu.
Seawal pagi macam biasa ibu dah kena bangun.
Kena masak macam biasa.
Tak boleh nak bersantai-santai atas katil.....

Ibu sebenarnya kesiankan Along.
Nak pergi exam SPM pun nak ibu bekalkan makanan.
Padahal Ayah dah bagi duit belanja yang lebih.
Maklumlah exam tamat lebih kurang pukul 3.30 petang.
Katanya tetap nak makan nasi dan lauk masakan ibu.
Nak tak nak, ibu terpaksalah berkorban untuk anak.
Kasihan juga bila Along dah cakap macam tu.

Mungkin anak-anak ibu dah terbiasa makan lunch
dari hasil airtangan ibunya yaNG  gebus dan mulus nie..
he.he.he....perasan je lebih ibu ni....

Dan Ayah pun spesis yang sama.
Tengahari sanggup balik semata-mata nak lunch kat rumah.
Kalau pergi kenduri pun tetap buka periuk dan cari nasi di rumah.....
Pelik sungguh anak beranak nie...

Penat pun tak kisah, yang penting hati puas
bila tengok Ayah dan anak-anak berselera makan
masakan ibu..
Walaupun terkadang, ibu pun dah hilang selera dengan
masakan sendiri...hu.hu.hu......

menu pagi ni.
Pukul 5 pagi ibu dah masak ayam masak merah ni untuk "lunch" dan bekal along.
Ibu cuma tambah ulam timun dalam bekal along..
Dan hati terasa sejuk bila along ucapkan :"terima kasih ibu, sedap bau lauk nie..."
Alahai anak, pandainya bodek ibu........

sambil itu, ibu goreng mee untuk sarapan along dan adik2nya.......

p/s:
Hari ni paper Kimia....
Gud luck Along..
Semoga Allah permudahkan urusan Along.....
Al-Fatihah.......amin.....

28 November 2011

Main Hujan..

Sekarang ni petang je hujan....
Dah beberapa hari Farouk dan Naurah sibuk minta
nak main hujan.
Kalau ikutkan hati memang ibu tak
benarkan.
Tapi bila ibu kenangkan zaman kanak-kanak dulu
seronok juga bermain hujan nie.
Terutama bila tiba musim tengkujuh....
Syok sangat-sangat......

Apa salahnya sesekali ibu biarkan saja
kanak-kanak ribena ni meneroka....
Merasai bertapa syoknya bermain hujan.

Sambil tu ibu siap warning:
"Kalau demam jangan ikut ibu balik kampung nanti..."
Best je tengok muka mereka berdua yang seronok tiba-tiba tersentap seketika....

Masa ni hujan sedang turun dengan lebatnya...
Basah kuyup.....

 Dah mula "over" la tu.
Mula main pondok2 pulak dalam hujan.....

 Naurah pun "over" juga....

 Entah apa benda la yang dikutip tu....

Ha, kan air hujan dah masuk mata.....

Habis pokok bunga ibu jadi mangsa...hish..hish...budak nie....

Dah mengiggil kesejukkan....
Semangat nak main hujan masih berkobar-kobar.....

Cuti Tapi Tak Cuti

Apa tu...???? Cuti tapi tak cuti????
Ibu dan rakan-rakan gurulah.....
1 minggu lepas hadiri mesyuarat dan menyiapkan sistem fail.
Hari ini 2 minggu kelas tambahan berjalan.
Minggu akhir kami dah kena kembali ke sekolah.
Kena buat berbagai-bagai persiapan untuk tahun 2012.

Redha jelah....
Terima dengan ikhlas....
Senyuman tetap terukir..
Tak kisahlah, berkorban untuk anak-anak murid juga.

Dan sejak cuti ibu juga sibuk dengan aktiviti rewang.
Banyak kenduri musim cuti ni....
Masa untuk kerja dan masa untuk masyarakat sekitar.
Pergi rewang pun sekadar tunjukkan muka.
Nanti orang kata kita tak campur orang pula....

Dan anak-anak mula bersuara:
Kalau hari sekolah ibu balik rumah pukul 1.30 petang.
Tapi hari cuti ibu balik rumah dah nak pukul 3 petang.
Lepas tu ibu keluar rewang lagi.
Balik dah nak Maghrib....
Makin sibuk pula ibu ni......

Alahai kesian anak-anak ibu.
Nak buat macam mana.
Ibu kerja makan gaji.
Kalau ibu jadi bos lainlah cerita.
Pelanggan ibu adalah murid-murid.
Kalau orang dewasa ibu tak kisah sebab mereka 
semua dah habis belajar.......

Kalau prestasi mereka meningkat ibu dan rakan-rakan guru
gembira tidak terhingga walaupun segelintir saja yang memberi ucapan terima kasih.
Banyak ucapan terima kasih diberi kepada guru-guru
tuisyen diluar sana walaupun sebahagian
besar waktu mereka habiskan di sekolah........
Tetapi bila prestasi mereka merosot, ibu dan rakan-rakan
guru juga yang akan dihentam hebat.........
Apapun ibu dan rakan-rakan tetap ikhlas kerana
ibu tahu Allah memberi ganjaran berliat kali ganda.
Kalau bukan untuk ibu ,untuk anak2 ibu juga.......
Terima kasih kerana anak-anak ibu memahami.....

p/s:
Sekejap lagi nak ke sekolah.
Ada kelas tambahan.............

About me