Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 November 2011

Jom Serbu....

Hari ini saja ada 5 jemputan kawin.
Yang sedihnya seawal pagi ayah dipanggil meeting di Putra Jaya.
Urgentttttt!!!!!
Selepas solat Subuh dah bergegas keluar rumah.....
Aduh....jawabnya kena pergi jemputan kawin dengan 
FArouk dan Naurah ajelah.

Tapi sebenarnya ibu dah tak kisah.
Selalunya macam tulah.
Ada je mesyuarat penting ayah perlu hadiri
"segera".
Depa main "on call" aje.
Orang kuat NGO...
Apa nak buat......Redha jelah.

Kalau Ayah tak ada temankan ibu pergi kenduri kawin,
ibu akan pergi dengan kroni-kroni ibu.
Dan yang paling best bila pergi dengan best friend ibu Z.
Boleh kecoh dibuatnya......
Yang penting ibu hadir.
Bila dijemput kita "wajib" hadir kecuali kalau dah terlupa
atau ada urusan lain...Main kirim2 ajelah.........

19 November 2011

Hari Pertama Jadi Suri RUmah..

Hari ni kerajinan + bermalas-malasan melanda.
Maklumlah, sejak bermula jawatan surirumah sepenuh masa
 ni rasa macam best sangat-sangat.
Sesuka hati bila nak masak, basuh baju, kemas rumah, 
yang penting sesuka hati bila nak terbongkang
sambil layan TV....
Pakai uniform kegemaran di rumah kain batik + blouse.
Nikmat tak terhingga.
Setengah hari kerjanya membuta.
Tak ada siapa yang nak ganggu.
Syok sungguh.

Bangun dari beradu masuk dapur.
Masak untuk lunch.
Sambil tu masak kuih.
Anak-anak seronok.
Katanya "Bestkan kalau hari-hari ibu ada kat rumah".
Tak kuasa ibu!!!!!

Lepas makan terbongkang lagi.
Layan sukan SEA.
Penat rehat bangun goreng meehoon.
Terlebih rajin la pulak.
Angah pula komen: Bestla ibu macam nie......
Entah berapa harilah ibu bertahan menjadi terlebih rajin memasak macam ni....
Ha.ha.ha..... i like it......

Letak Jawatan!!!

Hari ini dengan rasminya ibu bergelar "suri rumah sepenuh masa"...
Jangan salah sangka ye, ibu bukan "Letak Jawatan" secara rasmi
tetapi letak jawatan untuk seketika.
Mana mungkin ibu melepaskan jawatan yang
amat ibu minati selama ini.

Cuti pun sebenarnya kami para guru bertugas.
Ada yang sedang jadi pengawas peperiksaan SPM dan STPM.
ibu tidak terkecuali perlu hadir ke sekolah 
untuk dating...Oppss!!! meeting, 
kelas tambahan,
buat  perancangan program untuk tahun depan..
Jadi penceramah untuk "in house traning",
Jadi "maid" sebagai tugasan tukang kebun/tukang sapu untuk kemas kini PSS.
Perlu jadi tukang jahit untuk langsir dan skirtting.
Perlu sponser fulus untuk keceriaan PSS/Kelas.....

Apapun ibu akan gunakan masa berkualiti ini
untuk menguruskan rumahtangga...
Terutama bersama anak-anak.
Maklumlah ayah sentiasa sibuk dan beberapa hari
lagi ayah akan terbang lagi ke luar negara meninggalkan kami.....
Dan untuk 5 minggu ibu bebas
melanggar rutin harian dan tidak terikat dengan
masa yang tepu.....
SERONOK 100X
tengah berfikir nak masak apa jap lagi...
he.he.he......

About me