Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 November 2011

Sama Tapi Tak Serupa

Dua orang kanak-kanak ribena
Farah Naurah (11 tahun) dan Fatin Alya Irdina (10tahun).
Sangat arkab dan serasi bersama.
Kak Naurah dan Kak Ya.

Bila balik kampung, orang pertama yang
Naurah akan cari Alya (sepupu).
Mereka berdua sangat rapat sejak kecil.
Mungkin juga kerana semasa kecil ibu pernah
membela Alya.
Semasa tu, papa Alya baru di Tahun 3 dalam
bidang perubatan dan mamanya belajar di universiti
yang sama iaitu di UM.
Mereka kawin diusia yang sangat muda dan
mamanya baru berumur belasan tahun..

Ibu terpaksa menjaga Alya walaupun pada masa yang
sama Naurah baru berumur setahun lebih.
Jarak umur mereka cuma setahun.
Disebabkan Naurah masih kecil, Ayahlah yang
terpaksa mengambil alih menjaga Alya.
Alya amat rapat dengan Ayah dan bila tidur, 
dia akan tidur di dada ayah.
Bila Naurah dekati Ayah, Alya akan menjerit dan menangis.
Kesian pula ibu tengokkan baby kecil tu.

Mungkin disebabkan airtangan ibu yang
memandikan dan menyediakan serta menyuapkan makanan
semasa Alya masih bayi, dia begitu rapat dengan ibu.
Bila ibu balik ke kampung, Alya sanggup berada disisi ibu
dan family sehingga habis cuti kami di kampung......
Dan Alya pandai mengambil hati ibu:
Alya: Sedap la ibu masak.
Alya: Ibu nanti ibu nak pergi jalan ke mana petang ni???.
Mungkin kerana kesibukkan papanya yang seorang doktor dan
mamanya seorang pensyarah,
kasih Alya akan tumpah pada kami semasa bercuti....

Dan yang paling ibu tak tahan bila lihatkan pakaian
yang dipakai Naurah dan Alya setiap hari sentiasa "sama".
Rupanya mereka dah siapkan "check list" dan jadual
baju apa yang akan dipakai setiap hari.

Semoga keakraban mereka kekal sampai bila-bila.....
Ibu sayang kamu!!!!!!!.

p/s:
Hari ni ibu dah mula sekolah.
Jeles tengok 3 Farah yang masih bercuti.
Dok rumah jangan lupa masak ok!!!!!!!

7 November 2011

19 Tahun Berlalu.

Pejam celik..pejam celik ..rupanya sudah 19 tahun kami hidup bersama.
Perkahwinan ibu diawal usia 20an dan jarak umur kami yang agak jauh berbeza
menjadikan Ayah seolah-olah abang kepada ibu.
Mengajar ibu memasak, 
banyak membantu ibu menguruskan anak-anak sewaktu kecil..
Melayan ibu seperti seorang adik,.
Tidak mengambil "pot" perangai "keanak-anakkan" ibu di awal usia perkahwinan.
Mengajar ibu menjadi seorang yang matang....

Sepanjang 19 tahun hidup bersama:
Banyak kisah suka ,duka, pahit, manis, masam, tawar, susah, senang......
Semua itu telah kami lalui bersama....

Ya Allah,
Aku bersyukur dengan kurniaanMu..
Menghadiahkan Kami 5 orang permata hati
yang begitu sempurna dimata kami,
Memberi kami limpahan rezeki yang tidak pernah putus...

Ya Allah,
Lindungilah kami dari segala malapetaka,
Rahmatilah hidup kami sekeluarga,
Berikanlah kebahagiaan hingga ke hujung nyawa,
Jadikan kami antara orang-orang yang beriman,
Semoga kami tidak lalai dari melaksanakan suruhanMu.......


Doakan 
Kebahagiaan dan kesejahteraan Kami.....

6 November 2011

Suatu Hari di Hari Raya...

Suasana Raya Haji di BG.
Pagi pergi solat sunat Aidil-Adha.
Balik rumah lepak-lepak + makan2...
Rasa macam tak raya je.
Nasib baik rumah jiran ada rewang petang tadi
sempena majlis pernikahan malam ni.
Terasa la sikit meriahnya bila jumpa rakan-rakan setaman.

 Siap nak pergi solat sunat raya.
Gambar Kak Naurah tiba-tiba hilang dari kamera...
Penat je ibu snap gambar pagi raya sebelum ke surau.....

Balik solat sunat raya, edisi menjamu selera.
Menu Hari Raya.
Ibu masak nasi minyak dan sesuka hati letak pewarna dan masak kari ayam.
MIL dan SIL bagi ketupat + lodeh + rendang ayam + ayam masak kicap + sambal kering.
Jiran bagi kuah kacang + ketupat segera + lodeh + rendang ayam.....

p/s:
Baru balik dari majlis nikah anak jiran.
Ada majlis tahlil dan berzanji sebelum akad nikah.
Lupa pula nak bawa kamera.

About me