Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Oktober 2011

Home Sweet Home..

8 hari bercuti, cuma 2 kali ibu sempat update blog.
Keadaan tidak mengizinkan.
Percutian kali ini dipenuhi dengan peristiwa yang tak diduga.
Banyak ujian melanda.......

 Lebuhraya Patai Timur yang masih dalam proses pembinaan.
Ini merupakan kali ke 3 ibu melaluinya.
First time masa balik kampung semasa raya Ayah lalui jalan ni.
Lebuhraya dari Kuala Berang ke Bukit Besi yang cuma sepanjang 45km.
Keadaan jalan yang masih lengang.
Sepanjang perjalanan cuma ada 3-4 buah kereta je.....Bestkan!!!!!

Masjid yang baru siap di Bandar Jertih, Terengganu.
Menarik sangat kerana dibina sepenuhnya dari kayu.
OTW tak sempat nak singgah kerana hujan mula turun.
InsyaAllah kalau berkesempatan dilain kali kami akan singgah solat jamak di sini....

27 Oktober 2011

Playground @ Taman Tengku Anis Rantau Panjang.

Pantang balik kampung mulalah Farouk dan Iman Amsyar (anak buah kesayangan ibu)
sibuk merayu-rayu ibu suruh bawa ke taman.
 Inilah budak comel tu....
Kalau nak minum susu kena janji pergi playground.
Kalau nak tidur kena janji pergi playground.....
Redha jelah bila si kecik ni buli ibu........

 main tak hingat dunia...iman dah mula buka baju...panas katanya....

 Naurah dan Iman.

 pemantau kanak-kanak ribena....angah dan beby.
 

24 Oktober 2011

Bukit Besi Terengganu

Salam, ibu sempat bersiaran seketika....
Konon2nya masa cuti ni nak menjauhkan diri dari tenet dan lappy
tetapi tidak berjaya sepenuhnya.....
Nak buat macam mana, tenet sebahagian dari hidupkan...

Destinasi pertama yang kami jejaki ialah di.........
sini....
Siapa dapat teka pemandangan ni kat mana?????

  Indah, tenang, dan damai,
lapang rasanya minda dapat menatap keindahan alam semula jadi ciptaan Allah.

 Naurah lepak-lepas sebelum makan tengahari.....

 Jemput makan semua.......

 lepas makan jom bersenam dulu...
cairkan lemak-lemak dibadan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
cuaca masa ni sejuk dan dingin sebab baru lepas hujan......

  lepas penat bersenam, kita berangan sekejap...seronok.....

 entah apa la yang dipandang 3 farah nie.......

 jom main golf....

p/s:
Ramai yang jeles sebab ibu a.k.a cikgu2 cuti lama tetapi
sebenarnya kami bukan cuti free tau tapi cuti berbayar.
biasanya kami dah awal-awal bayar semasa hari sabtu......
Sekolah hari sabtu gitu.....
he.he.he......

About me