Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Oktober 2011

Asthma Menyerang..

Petang semalam badan Farouk dah panas.
Tetapi si Ayah ni sibuk bawa si bujang kesayangan ni ke kebun.
Entah pandai ke tidak ayah tu berkebun.
Geram betul ibu sebabnya malam tadi badan Farouk 
makin panas dan asthma menyerang.
Tercunggap-cunggap dia menarik nafas....

 Lepas perhimpunan pagi ibu terus bawa Farouk ke klinik.
Muka Farouk dah merah dan nafas dia tercunggap-cunggap.

 dan akhirnya pekena nebulizer untuk meredakan pernafasan......

pulang dari klinik masih berkeras tak nak pergi rumah atok mak so 
ibu terpaksa angkut semula Farouk ke sekolah.
Dan dengan santai dia siap tergolek-golek sambil membaca
majalah di bilik rawatan di sekolah......

9 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @Muzium Pengangkutan.

Hujung minggu kali ini kami ke Melaka.
Yang kelakarnya kali ini kami berpecah kepada 3 kumpulan.
Ayah dan Beby nak ke Mahkota Prade, 
Along dan Angah nak bershopping kat Dataran Pahlawan,
dan Farouk pula sibuk nak ke Muzium Samudera.
Tak puas-puas dengan Muzium Samudera yang Farouk panggil
Kapal Lanun....
Jadi terpaksalah ibu mengalah dan 
bawa Farouk dan Naurah menuju ke tempat yang mereka nak pergi....
Selamatlah duit ibu.
Kalau ikut ayah atau along memang ada jelah yang akan ibu beli....

Jadinya cuma kami bertiga yang lakukan
aktiviti jejaki kesan sejarah.....

Destinasi pertama di Muzium Pengangkutan Melaka.
posing dulu ye anak-anak...
Buat kenangan cz  ibu nak tepek dalam diari family kita.

 posing kat Keretapi Tanah Melayu..
Aktiviti panjat-panjat keretapi....
Rasanya baru 2 kali  mereka berkesempatan naik keretapi KTM.
Kalau tak silap ibu dari KL ke Pasir Mas Kelantan.
Itupun semasa dari Kota Bharu ke KL kami menaiki kapalterbang dan
semasa balik anak-anak nak naik keretapi.
Terpaksa batalkan penerbangan..
Sabar jelah.
Perjalanan KL-Pasir Mas memakan masa 10 jam dengan keretapi...
Tapi menurut anak-anak mereka lebih enjoy naik
keretapi dari naik kapalterbang.
Apa2 jelah......

 lepas tu posing pula di bawah kapal terbang TUDM....

 itu tak pasti pula kereta apa ni padahal ada tertulis kat sini....

 Ini pun pengangkutan juga ye aunty2, uncle2....
Mereka pernah naik yang real punya dan Naurah sampai pucat lesi mukanya.
Sekarang dah serik..Takut katanya.....

 posing  jauh-jauh ajelah Farouk ye
sebab ramai sangat orang sedang tunggu giliran nak bertenggek kat atas 
replika lembu tu....

Kakak Naurah pun sama......

Banyak-banyak tempat, playground juga jadi tempat pilihan mereka....
Alahai bosan je ibu tunggu mereka berdua yang penuh riang ria dan gelak ketawa.....
Dah..dah..jom kita jelajah ke Muzium seterusnya..
Tungguuuuuuuuuuu...siri seterusnya.

Sarapan Pagi Ini..

Kebelakangan ni ibu sering bersarapan dengan quicker-oat.
Sebenarnya ibu amat tidak mengemari benda alah ni 
tetapi demi menjaga kesihatan
terpaksa jugalah memaksa diri.
Maklumlah ibu dilahirkan dalam keluarga yang
ada masalah berkaitan dengan jantung...
Mencegah lebih baik dari merawat.
Tak gitu?????

menambah pisang untuk hilangkan rasa oat yang tak best itu...hu.hu.hu...

About me