Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Oktober 2011

Mari Kita Sama-sama Belajar....

Semalam ibu BW dan terjumpa sebuah blog dan 
artikelnya amat menarik minat ibu.
Klik sini.
Isu yang jadi berita terhangat dan sensasi kebelakangan ini
disebabkan kurang ilmu dan kejahilan kita sendiri.
Ibu bukan nak salahkan sesiapa kerana
ibu juga tergolong dalam kalangan yang masih kurang dalam
ilmu agama....

Tapi yang ibu hairan, bila kita ni tak tahu atau
tak pasti tentang sesuatu perkara terutama dalam 
soal hukum hakam agama baik kita berdiam diri
atau mencari jalan untuk belajar.
Itu lebih baik dari kita dapat dosa
"free" diatas kejahilan kita...
Setiap hukum yang datangnya dari Allah
adalah yang sebaik-baiknya.
Tidak ada sedikit pun cacat cela.

Mesti kawan-kawan dah tahu
isu bagaimana artis yang memberi komen
tentang hukum hudud dan yang peliknya
si wartawan (tidak semua) pula bertanya
pada orang yang tidak sepatutnya.
Patutnya pergilah interview ustaz2, ustazah2 atau ahli
bijak pandai agama.....

Amboi panjang pula ceramah ibu.
Meh kita sama-sama baca petikan santai
yang ibu copy paste dari sebuah blog....

POTONG TANGAN SAJA?
"Hudud tak sesuai di Malaysia laa..." komen Cikgu Lee [bukan nama sebenar] dalam bilik guru.
Saya dan Cikgu Aziah [juga bukan nama sebenar] saling berpandangan.
"Mengapa kata begitu, Lee?" Cikgu Aziah bertanya.
"Kalau semua ikut hudud, nanti ramai la yang akan dihukum potong tangan sebab mencuri," Cikgu Lee menyuarakan pendapatnya.

Saya tersenyum, lalu memberi signal kepada Cikgu Aziah untuk terus berhujah.
"Sebenarnya Lee, hudud itu bukan setakat potong tangan, tau. 
Menurut hukum hudud, sebelum dijatuhkan hukuman potong tangan pada pencuri, 
kita kena selidik dulu mengapa dia mencuri. 
Bila dah sah dia tak ada sebab munasabah yang menyebabkan dia mencuri, 
dia curi sebab seronok atau nak balas dendam, 
barulah kita jatuhkan hukuman potong tangannya. 
Tapi jika didapati dia mencuri sebab dia kelaparan 
atau sebab dia tak ada kerja untuk beri makan kepada anak-anak di rumah,
 kita tak boleh hukum dia dengan potong tangan. 
Sebaliknya pemerintah mesti berikan dia pekerjaan 
supaya dia boleh dapatkan wang cara halal untuk sara keluarga," 
terang Cikgu Aziah secara panjang lebar.

"Oh, macam tu kah? 
Kira kalau dia mencuri sebab nak bagi anak dia makan,
 tak kena potong tangan laaa?"
"Betul, tapi kita mesti berikan dia pekerjaan supaya dia boleh berdikari. 
Tapi jika sudah diberi pekerjaan dan dia tak mahu kerja, 
masih tetap mencuri, maka barulah hukuman itu boleh dijatuhkan ke atasnya."
"Potong tangan mana, kanan atau kiri?" tanya Cikgu Lee lagi.
"Tangan mana yang dia gunakan untuk mencuri," jelas Cikgu Aziah lagi.
"Potong di mana, ya? Di siku kah?" nampaknya Cikgu Lee semakin berminat nak tahu.
Cikgu Aziah yang mengajar Sains itu tetap sabar melayan soalan Cikgu Lee.
"Potong pergelangan tangan."
"Guna apa potong? Pisau atau pedang?"
"Pisau yang paling tajam," jelas Cikgu Aziah lagi.
"Mengapa mesti pisau tajam?"
"Supaya tak sakit dan sekali potong saja. 
Jika guna pisau tumpul, ia akan mengambil masa 
dan akan menyeksa orang yang dihukum," saya menjawab.
"Betul, mesti pisau tajam. 
Sama seperti menyembelih binatang, mesti pisau tajam. 
Tak boleh pisau tumpul," sokong Cikgu Aziah.

Hanya kami bertiga dalam bilik guru. Perbualan semakin hangat.
"Kalau ikut undang-undang sivil, 
orang yang ditangkap mencuri akan dihukum penjara 
walaupun dia buat begitu kerana anaknya kelaparan dan dia takde duit membeli makanan. 
Kasihan bila baca tentang ibu tunggal dimasukkan ke penjara 
beberapa bulan kerana mencuri setin susu untuk minuman anaknya. 
Jika ikut hudud, ibu itu akan diberi pekerjaan, 
tak perlu masuk penjara, 
dan tangannya juga tak perlu dipotong," saya sambung lagi.
Cikgu Aziah mengangguk setuju.
"Betul, hudud bermaksud mencegah, 
dan ia sebenarnya sebagai langkah pencegahan, 
bukan untuk menghukum. 
Jika kita kaji betul-betul, hudud sebenarnya lebih bersifat perikemanusiaan. 
Malangnya ramai orang salahfaham 
dan hanya memandang hudud dari satu sudut saja,
 iaitu mesti potong tangan jikalau mencuri. 
Ia sebenarnya lebih kompleks."

"Betul, dalam beberapa situasi, 
Islam membenarkan seseorang mencuri. 
Tak percaya? 
Misalnya seorang isteri dibenarkan mencuri wang suaminya yang kedekut 
sehingga gagal memberi nafkah kepada keluarga, 
dengan syarat jumlah yang dicurinya itu tidak lebih daripada yang perlu.
Seorang pekerja dibenarkan mengambil upah daripada 
majikan jika beliau gagal dibayar gaji untuk kerja yang dilakukan. 
Dalam kedua-dua situasi, mereka tidak akan dihukum potong tangan, tau," 
saya sambung lagi.
"Oh, begitukah?" Cikgu Lee kelihatan terkejut dengan penerangan kami berdua.
"Ya, betul. Hukuman hudud berniat untuk mencegah jenayah."
"Tapi jika berzina, tentu tak sesuai kerana ia menganiayai kaum wanita. 
Wanita dirogol akan dihukum sebagai penzina."
"Lee, jenayah hudud ada beberapa saja iaitu berzina, 
minum arak, mencuri, merompak, dan tuduh orang lain berzina.
 Orang yang menuduh seseorang itu berzina mesti 
kemukakan 4 saksi yang boleh dipercayai, yang lihat 
berlakunya kejadian itu dengan mata mereka sendiri; 
bukan boleh tuduh suka-suka saja.
Jika timbul keraguan pada salah seorang daripada 4 saksi itu bahwa 
tertuduh itu tidak berzina, 
dia tidak boleh dihukum ikut hudud lagi sehinggalah 
dapat tampil saksi baru yang menuduhnya."
Cikgu Lee mengangguk perlahan-lahan,
 nampaknya semakin faham selepas penerangan kami yang panjang lebar.

"Lee, you jangan risau. 
Hudud wajib untuk orang Islam saja kerana ia hukum Allah, 
bukan ciptaan manusia sendiri.
 Orang bukan Islam tak perlu takut sebab kamu takkan 
dihukum ikut hudud walaupun bersalah. 
Yang perlu takut hanyalah orang Islam 
yang suka melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu 
penzina, pemabuk, perompak, pencuri dan penyebar fitnah. 
Lagipun belum tentu akan dapat dilaksanakan hudud 
sebab hanya pemerintah saja yang boleh jalankan hukum hudud. 
Kami rakyat biasa beragama Islam tak boleh jalankan hukum hudud."
Alhamdulillah.. 
dua guru bukan opsyen pendidikan Islam, 
akhirnya berjaya menyakinkan rakan sejawat kami yang 
nonMuslim untuk tidak takut dengan hudud.

7 Oktober 2011

Lunch @MB....

Hari ini baru berpeluang pergi celebrate birthday Beby.
Walaupun hari ini tidak ada exam tetapi Beby tetap kena pergi ke sekolah.
Selepas jemput 3 Farah dari sekolah, 
kami terus ke Marry Brown...

Meh layan gambar jelah....
Hari ni tak de mood nk tulis panjang-panjang......
 4 Farah n Farouk sedang menjamu selera.....

Sourvenir dari Along dan rakan2......

6 Oktober 2011

Jambu Batu + Serba Salah.

2 hari lepas ibu bergegas hantar seorang anak murid pulang ke rumah.
Dia tak mau balik ke rumah tetapi mengarahkan "cikgu bertugas" 
hantar dia ke kedai buah ayahnya kat pasar tani.
Katanya mak dia berniaga di sana ....

Biasalah tugas seorang guru, yang terkadang terpaksa jadi "makcik Supir" 
kepada anak-anak murid yang sakit/pening/demam dan tercedera.....
Itu pun siap kena komplen dengan ibu bapa...
"Cikgu, kenapa tak terus hantar anak saya ke klinik.
 Saya tak ada masa nak bawa  anak saya ke sana"
Wow!!! Ayat-ayat yang dah sinonim dengan telinga "cikgu2 bertugas"..
Kalau terus bawa ke klinik terdengar lagi komplen:
" Cikgu jangan pandai-pandai bawa anak saya ke klinik..
Anak saya ada alergik dengan ubat..."
Aduhai...serba salah dibuatnya.

Tapi kali ini lain pula ceritanya.
Seorang murid ibu ni jatuh motosikal 1 minggu yang lepas
sewaktu persekolahan.
Tapi takut nak beritahu maknya.
Kebetulan sewaktu di kelas dia bergurau dengan kawan dan
si kawan tersepaklah kakinya yang memang dah sakit tu.
Mau tak si A tu menjerit kesakitan dan mengadu kakinya
dicederakan rakannya...
Bila disiasat barulah terbongkar rahsianya jatuh motosikal.......

Umpama superwomen, ibu terus la hantar A ke kedai ayahnya.
Alhamdulillah, si ibu amat-amat baik dan  dapat
menerima penjelasan ibu.
So ibu offer nak bawakan anaknya ke klinik.
"Tak apalah cikgu, nanti saya nak bawa  A ni pergi urut.."
"Terima kasih ye cikgu"
"Maaf kerana menyusahkan cikgu"
Sejuk hati ibu mendengar kata-kata mak A...

Terlanjur dah ada kat kedai buah, ibu memilih beberapa
biji buah jambu yang besar dan fresh tu.
Bila nak bayar mak si A menolak.
"Tak payahlah cikgu, saya bagi cikgu.."
Ibu berkali-kali menolak tapi mak si A berkeras tak nak terima bayaran.
Sempat ibu bergurau dengan A:
"Kalau awak demam nanti cari cikgu ye...Cikgu hantar awak balik.
Nanti cikgu dapat makan jambu "free" lagi.."

Itu satu lagi masalah bila ke pasar tani atau ke kedai,
mak/bapa murid-murid ni,
selalunya mereka selalu bagi "free"....
Terkadang segan juga kalau dah selalu dapat barang-barang "free" nie.
Terkadang jadi serba salah pula walaupun ibu tahu mereka ikhlas.....

.nyum..nyum....dah 3 hari stok jambu masih ada lagi......

About me