Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 September 2011

Menyampah!!!!!

Geram betul dengan Cik Hitam ni.
Baru umur 6 bulan dah 2 kali buat hal.
Menyampah...menyampah..menyampah.
Kalau tak ingat kamera ni ayah yang belikan, 
memang dah masuk longkang.
Klik sini...

 Cik Hitam yang baru umur 6 bulan dah buat ibu sakit hati 2X.

Ibu pun tak tahu apa penyakit Cik Hitam ni.
3 bulan lepas dah buat hal dan ayah dah bawa ke kedai kerana masih dalam warranty.
1 bulan bertapa kat kedai tuannya yang hampeh tu.
Ni buat hal lagi..
Tengok pada skrin tu.
Surat warranty pun entah mana ibu letak.
Malas dah rasanya nak layan penyakit Cik Hitam nie.

Nasib baik ada Cik Silver yang baik hati dan sanggup
 berkhidmat untuk ibu dengan setia dan didikasi.
Ayah, boleh tak belikan ibu kamera yang baru??????

15 September 2011

Terlebih Rajin

Dah 3 hari UPSR berjalan dan 3 hari juga murid-murid Tahun 1 dan 2 
diberi  "rehat" a.k.a "cuti".
Amanlah sikit bila budak-budak kecil ni tak ada.
Lagipun ramai cikgu yang tak ada
kerana menjadi pengawas peperiksaan.

Tapi budak Farouk walaupun di "cuti"kan tetap datang sekolah.
Nak suruh tinggal rumah Atok Mak (MIL) tak nak.
Sanggup dia ikut ibu pergi sekolah.

 Pagi-pagi dia akan bertapa kat PSS.
Macam-macam aktiviti dia buat.
Tengok TV, dah boring main lego, lepas tu tolong susun buku-buku di rak.
Suruh baca buku cerita katanya penat.
Penat la sangat.

Dah boring duduk bertapa kat PSS dia akan turun ke makmal komputer.
Bila perut lapar, Farouk ke kantin.
Sempat juga dia pergi main dengan anak pakcik kantin tu.
Kebetulan anak pakcik kantin tu kawan sekelas dia.
Cuma budak tu perempuan....

Memang bosanlah sebab tak ada kawan.
Ibu sibuk dengan kelas dan kerja-kerja di sekolah.....
Nasiblah Farouk.....

 mengadap komputer di makmal....

 muka budak yang dah mula bosan...

14 September 2011

Tersentap dan Moody.

Hari ni mood ibu tak begitu elok sikit.
Moody....moody....moody....
Pagi-pagi dah tersentap di tempat kerja.
Dan bila dah tersentap ada hati yang terluka.
Kalau pagi dah tersentap memang 
moody jelah sepanjang hari kat tempat kerja..

Nasib baik ada kawan-kawan baik dan memahami.
Sekurang-kurangnya adalah tempat meluahkan perasaan.
Dan ada "pot" tempat kami berkumpul untuk mencurahkan 
rasa yang sama.
Mana lagi kalau bukan kantin.
Masa tulah makan tak hinggat dunia......

About me