Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Ogos 2011

Menghitung Hari-Puasa ke 12

Ibu menghitung hari bukan kerana tidak sabar untuk menyambut hari raya.
Tetapi menghitung hari untuk menatap wajah-wajah kesayangan ibu.
Wajah yang sentiasa ibu rindui di kampung.

Dan ibu sangat bersyukur kerana sepanjang usia
perkahwinan ibu, kami akan menyambut hari raya di kampung ibu.
Bukan dari desakan ibu.
Tetapi di atas kehendak ayah sendiri.
Ibu amat bersyukur sangat-sangat.
Walaupun ada suara-suara yang tidak senang dengan
keadaan ini.
Ayah amat memahami dan bagi Ayah di Johor
kami menyambut hari raya selama 1 bulan.
Bila-bila masa kami boleh meraikannya....
Jadi tiada masalah giliran timbul bila setiap kali.hari raya akan menjelma.

Dan ibu bersyukur kerana mempunyai seorang 
ibu mertua (MIL) yang memahami kehendak anak lelakinya.
Malah  MIL akan akan menyediakan
kerepek pisang, rempeyek, karas, dan kuih deram
untuk dikirim khusus kepada besannya di sana..

Terima Kasih Ayah!!!!!Terima kKasih Mak!!!!

11 Ogos 2011

Menu + Resepi Kuih Chara dan Singgang-Puasa ke 9 dan 10

Alhamdulillah hari ini masuk 11 hari kita berpuasa.
Ibu kadang-kadang buntu memikirkan resepi untuk dimasak untuk berbuka.
Masak simple tidak kisah asalkan anak2 dan ayah suka makan.

Puasa ke 9
 Along volunteer nak masak roti jala.
Syukurlah ada orang nak tolong buatkan
kerana nak buat roti jala ni memakan masa juga.
Sambil itu ibu masak kari ayam, sayur bendi dan tauhu telur.

Puasa ke 10
Tiba-tiba teringin nak makan kuih chara berlauk.
Dan sekali lagi Along volunteer nak bantu ibu buatkan kuih chara.
Intinya ibu yang masakkan.
Disamping itu ibu masak singgang daging + goreng udang + ikan kering.

Resepi kuih Chara Versi ibu:
1/2 kg Tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/ susu cair/ santan
1 biji telur
garam secukup rasa.
1 sudu gula
serbuk kunyit untuk warna.

Cara-caranya:
Bancuhkan kesemua bahan dan kisar.
Biarkan adunan itu cair seperti memasak lempeng.
*Adunan kuih chara lebih kurang sama untuk membuat roti jala.

Inti :
Isi ayam (bahagian dada)-cincang
1 biji kentang-cincang
2 sudu rempah kari daging
1 biji bawang besar-cincang
2 las bawang  putih-ketuk
minyak untuk menumis
garam + gula secukup rasa.

Tumiskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih.
Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari.
Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan kentang.
Masukkan perasa di atas..

Cara memasak kuih chara:
1. Guna acuan kuih chara.
2. Guna api yang perlahan
3. masukkan sedikit minyak ke dalam setiap acuan.
4. Curahakn adunan dan kemudian letakkan  inti diatas adunan.
5. Tutup dengan penutup.
6. Setelah masak ulang proses yang sama.

Singgang Daging
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
3 hirisan lengkuas-kisar
1 inci halia-kisar
4 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
2 sudu ketumbar-kisar halus
asam keping atau asam jawa.
garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara-cara:
Masukkkan semua bahan ke dalam periuk.
Jangan lupa masukkan air....
Masak sampai empuk.
Siap untuk dihidangkan.
Kalau hendak pedas, ketuk cili padi dan masukkan
ke dalam singgang...

*Petang ni tak tahu nak masak apa lagi.......

10 Ogos 2011

Tukang Bancuh Air-Puasa ke 10

Tugas untuk si bujang ibu, Farouk, tukang bancuh air.
Sejak-sejak puasa ni rajin benar nak menolong ibu kat dapur.
Selagi ibu tak kata "YA"
selagi itu dia mengekor ibu....
Rimas betul!!!!!

Tetapi si kakak-kakaknya suka menyakat.
Tak perlukan pertolongan Farouk ni.
Bukan apa, nanti entah apa la nanti jadi dengan kuih-muih
hasil sentuhan tangan farouk tu nanti.
Kang tak pasal-pasal jadi macam karipap yang berubah warna
dan terpaksa dihumban ke dalam tong sampah
tanpa pengetahuan si empunya diri...hu.hu.hu...

Tetapi tugas sebagai pembancuh  yang diberi dipatuhi dengan jayanya.
Suka sangat dengan tugasan yang diberi.
Dia menjalankan tugasnya dengan cemerlang sekali.

Hari pertama puasa, kami nyaris-nyaris diserang penyakit kencing manis.
Gara-gara bancuhan air yang farouk buat terover manis.
Bila ibu tanya berapa banyak gula yang Farouk masukkan..
Katanya 3 senduk besar aje ibu....
Ha, 3 senduk besar aje......Aduyai.....

Dari hari ke hari sudah semakin ok rasa airnya kerana kuantiti gula dah dikurangkan.
Sesekali kalau Farouk tidak larat, ayahlah jadi mangsanya
ke param untuk membeli air tebu atau soya....
Alahai....Farouk...Farouk...

 Sedang gigih membancuh air manggo....

About me