Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Februari 2011

2dy is Naurah Besday!!!!

Selamat Ulang Tahun ke 11 utk Farah Naurah.
Doa ibu serta keluarga agar Naurah membesar dengan sihat..
Menjadi anak yang pintar, solehah dan dapat menyenangkan
hati orang2 disekelilingnya.

Dan sepanjang 11 tahun Naurah wujud di dunia ini...
Ibulah orang yg paling bertuah kerana dikurniakan seorang anak
yang pintar, baik, xbanyak kerenah dan lemah lembut.
Xpernah membantah dan sangat mendengar kata.
Dan sesungguhnya ibu amat bangga kerana memiliki
permata yg begitu berharga....
Syukur ibu kepada ALLAH di atas pemberian ini.
Ibu berdoa agar Naurah berjaya dunia dan akhirat...
Amin.....


kek yg ayah sponser...beli sejak kelmarin cz risau 2dy kedai tutup.....

Farouk yg suka menempel.....

hanya acara potong kek jerrr.....
Juga slamat ulang thn juga utk cousin Naurah, nabhan yg pertama..
Mrk brkongsi hari yg sama...kalu xsilap ibu la......


perkembangan Muhammad Khairul Anuar di Mesir:
Adik ibu (Ahmad Zakimi ) hubungi adik yu supaya bersiap sedia w.pn dia belum dpt sebarang maklumat dr pihak kedutaan.
Masih tiada apa2 arahan yg dia terima.

Skrg kami terpaksa sntiasa berhubung dgn wisma putra utk dptkan maklumat.
Semoga semuanya selamat.....

2 Februari 2011

Setelah didesak n keadaan terdesak, baru bertindak...


3 Pesawat TLDM Berlepas ke Mesir

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. “Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya. Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama

Bayangkan baru hari ini MALAYSIA baru memulakan misi mereka.
Setelah rakyat negara lain dh terselamat kembali ke tanah air.
MALAYSIA baru nk mula.
Atas ihsan TLDM n TUDM.
Penerbangannya bukannya sampai
sejam dua....
Tetapi memakan masa.
Dan setiap saat nyawa mrk dihujung tanduk....

Alasan yg xmunasabah.
PELAJAR MALAYSIA RAMAI SANGAT???????
Perlukan kata2 itu diucapkan.
Setelah keadaan makin kritikal dan terdesak.
Baru nk memunggah....
SALAH SIAPA???????

Sudah kering airmata kami,
Sudah jenuh kami mengemis...
Merayu2......
Meminta2......
Menagih simpati....
Memohon agar membuka sedikit rasa belas ihsan..
Rasa simpati di dalam hati..

Kalu kami mampu membawa mrk pulang.
pasti kami tidak akan menagih simpati.
kami akan usahakan..
Walau dgn cara apa sekalipn.....
Tapi..............

W.pn mungkin tiada anak "mereka" di sana.
tapi nyawa anak2 rakyat MALAYSIA...
Yg umpama dihujung tanduk.
Dan mungkin mrk bangga kalu dapat membawa pulang sekujur jasad
yang dh xbrnyawa.
Mungkin itu yg mereka inginkan!!!!!!

Perkembangan terkini
MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR...
Sudah kehabisan bekalan makanan.
Namun tidak ada seorang pn yg memantau.
Apatah lg brtanya khabar.
Berdua dibilik penginapan.
Dalam kebingungan....
Dan seorg sepupu ibu
terputus hubungan 1 minggu sudah dgn keluarga...

Dan bila seorg adik ibu ,Ahmad Zaki terpaksa bertindak...
Menapak ke Wisma Putra..
Ingin bertanya khabar n perkembangan dari sana....
Katanya Khairul Anuar perlu menunggu giliran.
MUNGKIN 5.2.2011 baru diberi bantuan.
Ya Allah...bagaimana dia boleh meneruskan hidup di sana.
Terkurung tanpa bekalan makanan.
Hidup dlm ketakutan n tekanan.

Dan sesungguhnya ibu terlalu KECEWA dgn sikap org2
seperti ini....
Skrg lihatlah!!!!!
SIAPA KITA SEBENARNYA DI HATI MEREKA!!!!!
.

N3 dlm mood sedih!!!!!!

Sedih + kecewa + terkilan + benggang +.......
Bertambah sedih bila mendengar ucapan VIP dlm TV3 mlm tadi.
Xtahu kemana perginya slogan
"RAKYAT DIDDAHULUKAN...."
yang dilaungkan2...
yang diagung2kan.....
Duit lebih berharga dr nyawa???????......

Bukan ibu xtahu bersabar...bukan waris2 xmengerti.
Tapi kenapa negara lain boleh bertindak pantas.
Kita masih terkial2.
Menanti dan terus menanti.
Bersikap acuh xacuh.
Terus tunggu dan lihat.
Berapa ribu rakyat Malaysia..
Dah kehabisan stok makanan.
Pelajar2 dalam ketakutan.
Rumah dipecah masuk n ada yg dirogol.
Ada berita siarkan semua tu...???????

Cuma saat ini kami waris2 mampu berdoa n terus berdoa.
Sedangkan org2 yg bertanggung jawab lepas tangan.
Seolah2 melepaskan batuk ditangga.

Semua nombor2 yg disiarkan dikaca TV xberfungsi.
Walaupn sampai beratus kali kami mendail.
Hampa....

Xperlulh lagi menyakiti hati kami...
Kami yg menanggung keperitan.
Mrk semua aset negara.
Bukan calang2 orang.
Cerdik pandai dr Malaysia.
Semua pelajar2 cemerlang.
Ditaja oleh JPA
(sbnarnya JPA skrg hanya mampu menaja yuran semata2.
Kos hidup terpaksa ditanggung ibu bapa..itulh realitinya....).
Tapi kami xmelatah.
Tetap berdiam diri....

Dan mungkin skrg kami xboleh lagi berdiam diri.
Terpaksa berusaha sendiri.
Dalam keadaan yg sukar.
Panggilan telefon pn disekat.
Terputus hubungan...
Namun kami xputus asa.
Selagi ada kudhrat.
Ibu dan family terus berusaha.
Dan berusaha, demi adik tersayang..

Ya Allah......
Selamatkan nyawa mereka di sana.


Bila ibu ingin menyuapkan makanan....
Semuanya seolah2 tersekat dikerongkong.
Mengenang adik yg dh terputus bekalan dr semalam.
Bagaimanakah nasib Muhammad Khairul Anuar???
Pasti adik yu dalam kelaparan,
terpaksa menahan lapar.......
dalam ketakutan..
dalam kesedihan...
dalam kekusutan....

Tapi percayalah adik yu...
kami xberdaya...
Kami xpunya kuasa...
Kami xmampu lakukan apa2.....
Sudah puas kami berusaha...
Merayu sana sini...
Menagih simpati....
Menuntut hak kami sebagai rakyat Malaysia...
Meratap pd mereka2 yg bertanggung jawab...
Mereka cuma berkata.....
HARAP BERSABAR DAN BERTENANG....



About me