Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Januari 2011

First n Second Award 2011

Lama dah rasanya xdpt award nie.
Dan kiranya nie award yg pertama dan kedua ibu dapat tahun ni.
Award Pertama ibu terima dari Kak Chik dan Aisya.
Kebetulan Kak Chik n Aisya beri ibu award yg sama n pada hari yang sama.

Kak Chik ni orang Kelantan.
Kiranya senegeri dengan ibu.
Mmg ibu ingin sangat bersua kak chik n
bbrapa kali kami berada ditempat yang sama ttp xde rezeki utk bersua.
Dan kak chik ditemukan dengan adik ibu semasa mereka ke Hatyai, Thailand
sempena family day Al-Quds Travel.....

Aisya baru ibu kenali beberapa hari yang lepas.
Dan semoga persahabatan kami berterusan sampai bila2.

Award di atas ada maksud tersurat n tersirat.
PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::
PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.
FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.
LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi


Award ke dua ni pn dari Aisya gak.

Terima kasih banyak2 untuk kedua2 orang rakan blogger ibu nie.
Semoga persahabatan kita akan berpanjangan sampai bila2...
Insyallah.....

Sesiapa yang ingin nk wat koleksi award sila2kan lah mengambilnya ok.....

17 Januari 2011

Ikan Kukus dr Air Tangan Along.......

Smlm giliran along pulak masak.
Yelh dah jadi anak dara kena la belajar masak.
Kalau pandai masak kiranya satu bonus.
Kerja besar mcm mana pn nanti xsudah kalu xtau masak....

So smlm dgn gigihnya along pulak tunjukkan bakat memasak.
Dan sudah semestinya ibu gembira.
Bkn apa, dpt la ibu rehat2kan diri n brsantai2 depan lappy.
Bukan senang nk makan hasil air tangan anak ni.
Yelh sejak naik sk ni mmg anak2 ibu agak sibuk.
Homework byk n ptg2 ada latihan merentas desa.
So masa weekend jelh mrk ada masa.
2pn blm tentu cz biasanya ada tuisyen n mcm2 program sk.



lama dh xpublish pic along.
Yelh, asyik2 cerita Naurah n Farouk je.....


Meh tgk resepi ikan kukus versi along....
Resepi:
1 ekor ikan jelawat or ikan siakap.
1 biji bwg besar-potong bulat2...
1/2 inci halia dihiris nipis2.
2 btg serai dititik.
asam keping @ lemon @ nenas
2 sudu besar sos tiram
1 paket perencah nasi goreng ikan bilis.
sedikit garam n perasa utk disapu pada ikan....

Cara:
lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk perasa.
Masukkan ikan ke dalam loyang.
Masukkan kesemua bahan di atas n kukus sampai masak.

dan sayur sampingan......

Peminat Limau Mandarin

Setiap kali nk tiba Tahun Baru Cina (CNY)
ibu la org yang paling teruja.
Bukannya teruja nk sambut CNY
ttp teruja cz kemunculan buah limau mandarin idaman kalbu tu.
Mmg ibu sekeluarga peminat buah limau mandarin nie.

Dan masa nilh rumah ibu sntiasa didatangi dgn kotak2 buah limau nie.
Ada yg kawan2 ayah yg berbangsa Cina tu bagi n
bila stok kt rumah dh abis ayah terpaksa la beli.

Kawan2 ayah ni mmg pemurah.
Bkn bagi sebiji dua ttp sekotak terus utk kami sekeluarga.
Dan ayah lak mmg ramai kenalan dr bangsa Cina.
Mmg puas la kami anak beranak makan.
Xputus2 makan limau mandarin sepanjang bulan perayaan CNY.


buah limau mandarin feveret kami sekeluarga.....

ni yg kwn ayah bagi semalam...
2-3 hari lepas dh dpt sekotak ttp dh abis......

Info Khasiat Buah limau:-
-Kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran.

-Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

-Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung.

-Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
-Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan.
-Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula.
-Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

About me