Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Ogos 2010

Luahan Hati Seorg Murid kpd Guru....

Kisah ni brlaku last week.
Masa tu ibu mengajar PSV di thn 5.
Tiba2 Z dtg menghampiri ibu.
Kalu kwn2 masih ingat kisah last year yg mana Z nielh yg sering
menyakiti hati ibu,
menyentap jiwa raga ibu,
menguji kesabaran ibu,
menduga iman ibu n mcm2 lagi.

Sila klik sini
"Hatiku Terluka Keranamu"

Minggu lepas Z menghampiri ibu:

Z : Cikgu, kita ada sesuatu nk cerita kt cikgu.

Ibu : Apa???? cakap la.

Z: Cikgu, kita nk jadi baik ttp kita xboleh la...

Ibu: Kenapa?

Z: Xtau la, kita dh cuba ttp xboleh la cikgu.

Ibu : Awak kena cuba, nnti awak akn brjaya.


Z: Kita dh cuba ttp tetap xboleh...

Ibu: Insyallah, awak boleh..
Awak suka ke kalau asyik kena marah, semua org xsuka awak.
Nnti awak xde kwn.
Kalau awak jadi budak baik semua org sayang awak.

Mak syg, ayah syg,
cikgu syg n kwn2 pn syg.


Z : Kita tahu ttp xboleh la..

Ibu : Kenapa????

Z: Bapak kita tu, garang sangat la..

Cikgu nk tahu, ada ke dia suruh kita brdiri tegak
dan lepas tu dia lastik kita.
Sakit tau.
Bapak kita selalu marah2, selalu pukul2 kita....

Dia pernah terajang kita, sepak kita....


Ibu : yelh, awak nakal sangat..
Kalu awak baik bapak awak xakn buat camtu.

(ibu dngar cerita bapaknya mmg panas baran)
Awak boleh jadi baik kalu awak nak.....
janji dgn cikgu ye awak jadi baik..


Z: kita xjanji n kita xboleh janji ttp kita cuba nnti...
Terima kasih cikgu....


Dlm hati ibu tiba2 rasa sayu, kesian Z.
Ttp sesiapa saja mmg hilang sabar dgn kerenahnya yg over tu.
Mayb tiada tmpt dia nk luahkn perasaan dia.
Snggup dtg jumpa ibu utk luahkan hatinya,,,...

Doa ibu agar Allah lembutkan hati Z.
Agar Z menjadi seorg yg baik n xdegil lagi.....
Dan sekejap lagi ibu akan mengadap dia lagi.
Tiba2 ibu rasa sedih sgt bila mendengar luahan hati Z....

19 Ogos 2010

Tahniah Angah!!

Last week angah dh selesai menduduki trial PMR.
Alhamdulillah angah masih dpt mengekalkan prestasi cemerlangnya.
Kalu xsilap ibu angah top 2 or top 3 keseluruhan tingkatan 3.
Dan harapan ibu agar angah kekalkan prestasi angah sehingga menjelang
PMR.

Ibu bangga kerana angah mmg seorg yg tekun belajar.
Sedari kecil angah seorg yg ingin belajar.
Angah lahir xckup bln@ bayi pra-matang
n prkembangan angah masa kecil
agak lmbat brbnding anak2 sebayanya.

Diusia 18 bln angah baru mula melangkah.
Sewaktu usia 4 thn angah dh mula tunjukkn minat mengaji.
Ttp masa tu hati ibu risau melihatkan percapaian angah.
Trlalu perlahan n pergerakkn angah juga lemah.
Alhamdulillah diusia 5 thn prestasi angah mula menyerlah.
Angah sntiasa menerima anugerah pelajar cemerlang
sejak melangkah ke tadika n hingga skrg.

Doa ibu agar angah terus brjaya.
Dan ibu juga brharap cita2 angah utk menjadi seorg doktor trcapai.
Angah ingin mengikuti jejak langkah
ayah mie yg brgelar doktor
n
ayah yu yg bakal seorg doktor.
Kedua2 pakcik angah merupakan pembakar semangat dan idola angah.

angah n ayah yu .....

p/s:
2dy along diserang asma lagi.
2dy along ada exam n along trpaksa brcuti lagi...
Semoga along cpt sembuh.....


18 Ogos 2010

Syurga di bawah tapak kaki ibu....

Alhamdulillah 2dy along n farouk dh bransur pulih berkat doa semua.
Terima kasih semua.

Farouk ni suka sangat berceloteh.
Kalu brckp bkn main lagi.
Kalah org2 tua.
Ada ke patut, ibu pn slalu jadi mangsa nasihat dia.
Haya dh trbalik tu....

Bbrapa hari lepas Farouk ofer nk potong kuku kaki ibu.
Farouk ni mmg suka voleenter sapu losyen, sikat rambut,
urut, n potong kuku ibu.
Nk jadi anak soleh la konon2nya.
Smbil dok potong kuku tu mula la mulutnya brceloteh.
Mcm2 la dia tnya.
Hish!!!trkdg ibu rimas gak dgn prtanyaannya tnpa henti..

Farouk : Ibu, cikgu kata syurga bawah tapak kaki ibu.

Ibu : ye..betul la tu.

Farouk: muat ke syurga dok kt dalam tapak kaki ibu nie. Kecik jerr.
Faroukkn besar,mana muat....

Ibu: bukannya syurga Allah letak kt situ ttp Allah wat bandingan syurga kt situ.

Farouk: patut la farouk tgk nmpk?
Lama dh farouk cari2 kt tapak kaki ibu ttp xjumpa2..

Ibu: mana nak jumpa? Kita jumpa syurga bila dh meninggal nnti. Tu pn kalu kita jadi org baik2...

Farouk : farouk nak jadi baik la........

ibu : yelh tu, kalu nk jadi budak baik kena dengar ckp ayah, ibu, kakak , cikgu dan sapa2 je..

Farouk : yelh ibu....


Gitulh kerenah Farouk setiap hari.
Dan yang pastinya Farouk ni sntiasa disisi ibu setiap waktu..
Dan ibu la penat melayan pertnyaan demi prtnyaan dr farouk......

Farouk sedang mengerjakan kuku kaki ibu...

About me