Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Februari 2017

Happy Birthday Kakak

Genap sudah 17 tahun usia puteri bongsu ibu a.k.a Farah Naurah.
Tak sangka Naurah atau lebih mesra ibu panggil kakak dah menjangkau usia 17 tahun.
Walaupun dah 17 tahun Kakak maintain kecik comel je orangnya.

Ibu dan keluarga doakan agar Kakak dipermudahkan segala urusan,
Jadi anak yg solehah,
Jadi anak yang penyejuk hati ibu dan ayah
Anak yang cemerlang dunia dan akhirat,
Dan yang paling penting tahun ini Kakak akan menghadapi SPM.
Ibu doakan Kakak kekal cemerlang dan berjaya dalam impian dan cita-cita Kakak.
Mengharumkan nama sekolah dgn result yang tip-top nanti....
InsyaAllah...Aamiin3X....

Tahniah juga atas perlantikan sebagai Student Leadership Board selain jawatan sebagai 
Pengawas Displin dan jawatan-jawatan tertinggi dalam Unit Ko-Ko.
Semoga Kakak mampu mengagihkan tugas-tugas Kakak dengan jayanya....InsyaAllah.

Kek yang ditaja oleh Sir Lee.
Terima kasih bergudang Lemon untuk Sir Lee yang tidak pernah lupa hari bersejarah kami.
JASAMU tetap dikenang.


28 Januari 2017

Family day di D'Village Resort Melaka

Kisah dah lapuk dan hampir 1 bulan yang lalu (29.12.2016).
Kalau lihat tahun dah macam setahun berlalu.....he3x..
Hari Keluarga Warga sekolah ibu diadakan di D'Village Resort Melaka.
Program bermula seawal pukul 3petang dengan aktiviti sukaneka.

Ibu tiba agak lewat kerana tunggu En Ayah habis meeting.
Warga SKPK bersama keluarga..

Muka kena paksa bergambar.....hihu.


Kami bertiga je pergi sebab 4farahs tak cukup korum.
Sekepala RM70.
Menu memang banyak dan boleh tahan sedap terutama kambing panggang kegemaran ibu.
Ibu ni kalau makan cepat kenyang.
Makan seketul daging kambing dah rasa penuh + ketat perut....huhuhu
So menu lain ibu tak sempat nak rasa.....


Majlis bersurai dalam pukul 10.30 malam....



19 Januari 2017

Kota Madinah 2-Lawatan Sekitar Madinah

Assalamualaikum semua.
Fuh dah nak penghujung bulan Januari tapi ibu masih lagi sibuk dengan pengurusan di sekolah.
Maka terabai jugalah dairy ibu ni.
Dah lebih 1 bulan ibu balik dari mengerjakan umrah.
Catatan belum lagi selesai.
Namun kenangan di sana masih terpahat indah jauh di sudut hati.

Ibu rasa ni catatan terakhir untuk siri Mencari Redha Ilahi.
Mampu membuat 3 catatan saja walaupun banyak kenangan indah terpahat di hati.
Klik SINI, SINI dan SINI
Banyak sebenarnya kenangan nak ibu luahkan di sini namun keadaan dan masa tidak mengizinkan.

Mehlah kita baca serba sikit catatan ibu :

A. Masjid Quba
Pada 11.12.2016 Rombongan ibu memulakan lawatan di Kota Madinah.
9.00 pagi Mdh : Lawatan ke Masjid Quba
Inilah Masjid Quba.

bahagian dalam masjid.
ibu naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat.
Orang memang tak perlukan ibu cerita.
Berhimpit-himpit dan tolak menolak.
Bila keadaan macam tu memang masing-masing mementingkan diri sendiri.
Kalau kita ke Mekah atau Madinah, kita perlu kuat...tahan lasak..kena sihat dan banyak bersabar..

Diluar masjid memang ada jualan buah-buah kurma, cenderahati dan pelbagai jenis makanan tempatan.

B. Ladang Kurma Fahad
Selesai sesi awatan dan solat sunat di masjid Quba kami di bawa ke Ladang a.k.a Kebun Kurma.
Jaraknya tidak begitu jauh.
Barisan bas sudah tersusun semasa kami tiba.

Rombongan ibu bergambar kenang-kenangan di hadapan pintu masuk.

ibu dan Beby  di depan pagar.


orang memang ramai di dalam kedai jualan kurma ni.
Pemandu pelancongan dah ingatkan kami yang harga di sini agak mahal.
Mungkin sebab jadi tumpuan pelancong.
Cuma kita boleh makan buah-buah kurma tu sebanyak mana yang kita larat tanpa bayaran.
ibu cuma rasa sebiji dua sahaja.

 
Air teh pun di sediakan


Dikelilingi pepohon tamar.

C. Bukit Uhud
Destinasi ke 3 kami.
Dalam perjalanan kami melalui beberapa buh masjid dan diantaranya masjid 2 Kiblat.


berlatarbelakang Bukit Uhud.


Kat sini agak panas.

pasar yang ada di sana.

Kubur para sahabat nabi.
Semasa ibu mendekati kawasan ini tiba-tiba ada semerbak bau wangian menerpa hidung.
Ibu pandang Beby dan kami saling berpandangan.
beby berbisik : "Ibu ada bau harum tak...harum sangat..."
Ya Allah.......itulah nikmat yang Kau berikan buat insan terpilih......


Selama 7 hari di Kota Mekah dan 5 hari di Kota Madinah maka
tibalah saatnya untuk ibu kembali ke tanah air.
Ya Allah....sedih...sayu...sebak dan pelbagai perasaan datang.
Berat hati dan berat kaki untuk melangkah.
Semoga ALLAH menjemput ibu sekeluarga datang lagi sebagai tetamuNya.
InsyaAllah....

About me