Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 November 2016

Aktiviti Sekolah Ibu Sepanjang Jun hingga Ogos

Bersua di hari Jumaat yang penuh keberkatan.
Fuh.....buka blog terpandang ada n3 yang dah berlapuk entah dah berbulan-bulan 
dalam draf yang belum sempat ibu terbitkan.
Kisah ibu disebalik tabir.....
Terpaksa jugak ibu publish kan hari ni sebab nanti makin bertambah basi...huhuhu...

A. Taddarus Al Quran 
12.6.2016-29.6.2016

B. Pertandingan Hafazan 
21.6.2016

Hari Terbuka 
22.6.2016

Khatam Al-Quran Penghujung Ramadhan
Jun

Sambutan Hari Raya peringkat Sekolah
2.7.2016
Versi guru

Versi murid

Kunjungan Marhaban
23.7.2016

Motivasi Sentuhan Kasih
19.8.2016 (Jumaat)

Perlancaran Hari kemerdekaan
22.8.2016

Solat Hajat Perdana UPSR
25.8.2016



9 November 2016

Legoland

3.11.2016......Lawatan Sambil Belajar murid sekolah ibu ke Legoland.
So Farouk pun join sekali kebetulan masih ada 2 tempat duduk kosong.
Ibu tak pergi pun sebab hari persekolahan dan wakilnya Farouk.
Tiket bas + Legoland + Ayer Itam + makan = RM120.
Kiranya murah dan berbaloilah kan.

Oklah...kita tengok gambar ajelah.
Gambar ni Miss Ika yang w.apps.

Bertolak lebih kurang pukul 7.40 pagi dan tiba di sana pukul 10.30 pagi.

Posing dulu di pintu masuk.


Out-Door

Farouk berbaju hijau 3 dari kanan.
Sampai nangis-nangis katanya naik benda alah ni...gayat..
Alahai Farouk...macam mananak jadi hero ibu nih.....





 Tempat menyejukkan badan.

In-Door


Pakej makan tengahari di Legoland
 Posing sebelum bertolak ke Ayer Itam Kluang.

Tiba di sekolah dah pukul 10.15 malam......

7 November 2016

24 Tahun Berlalu

Pejam...celik..pejam celik rupanya sudah 24 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah.
Perkahwinan ibu di usia awal 20an ( masih bergelar pelajar ) dan 
ayah dah di akhir 20an yang sudah berkerjaya.

Hubungan kami umpama adik dengan abang hingga kini.
Melayan kerenah ibu yang keanak-anakan, mendidik ibu menjadi lebih matang serta berdikari 
dan merangkap guru yang banyak mengajar ibu dalam dunia masakan.
Walaupun en ayah bukanlah seorang suami yang romantik namun en ayah
 melayan ibu dan anak-anak sebaik mungkin.
Menyediakan segala-galanya keperluan mengikut kemampuan tanpa sempadan.

Seorang suami dan ayah yang sangat sporting...cool dan tidak banyak kerenah.
Memberi kepercayaan pada ibu dan anak-anak tanpa prangsangka.

Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan kami seorang hero yang penyayang, 
menjadi pelindung dan pembimbing yang penuh toleransi.

Terima kasih Allah kerana kurniakan kami kebahagiaan dengan perkahwinan ini....
Semoga ikatan kukuh ini kekal bahagia hingga ke jannah....Insyaallah....Amiin.

5 orang permata hati yang mampu menyejukkan hati ibu dan ayah.
Alhamdulillah.....
TERIMA KASIH ALLAH....

Selingan :
Suprise awal pagi.
Suprise la sangatkan.
Sebenarnya en ayah baru balik seminar di Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam.
So dia tahu ibu peminat kain batik dan coklat daim...he3x...


About me