Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Ogos 2016

Berita Akhbar dan Marhaban

Kisah basi lagi.
Kisah raya yang belum habis.

Pada 23.7.2016 (Sabtu)-Sekolah ibu mengadakan kunjungan marhaban ke rumah-rumah anak2 murid.
Program wajib bulan Syawal anjuran Panitia Agama Islam.

Tahun ni ibu bawa kumpulan 3.
Tahun ni kami berkunjung cuma 6 buah rumah berbanding tahun-tahun lepas .
Alhamdulillah program berjalan lancar.
Anak-anak didik bawah jagaan ibu dan rakan-rakan pun baik2 belaka.
Ni antara gambar yang sempat ibu snap.

Berita Harian 28.7.2016 ada menyiarkan kisah kunjungan kumpulan ibu.
Ceteka mana ibu dan farouk?

Harian Metro 29.7.2016 pun ada jugak...he3x...
Gambar yang sama tapi akhbar yang berlainan.
Terima kasih rakan wartawan ibu iaitu En Hairunzaman.

28.7.2016-Raya kat sekolah pulak.
Kebetulan ibu demam teruk dan mood raya dah ke laut. 
Sempat bergambar dengan anak2 didik yang ibu latih untuk persembahan hari raya.

Semasa persembahan.

27 Julai 2016

Riang Ria Raya Part 3-Open House la Sangat.

Bersua kembali ....fuh..fuh...fuh.....
Penuh habuk dan sawangg.

Nak cerita kisah raya kat rumah sendiri pulak.
Raya ke 3 kami sekeluarga dah balik Johor.
Lagipun en ayah ada reunion....Angah akan sambung final exam.
Maka dengan rela hati kami balik awal.
Lagipun raya kali ni cuti sekolah selepas raya tak panjang.

Alhamdulillah...tetamu takputus-putus bertandan.
Pembawa rezeki untuk kami sekeluarga....
Ibu pun tak pasti berapa kali kami buat open house...
3 kali...4 kali ke 5 kali........he3x....

Anak-anak murid pun tidak pernah lupakan cikgunya nie.
Sekecil-kecil sehingga sebesar2nya......

Kawan2 angah semasa sekolah rendah merangkap anak2 murid ibu.

Kawan2 Along semasa sekolah rendah juga anak2 murid ibu.
Yang depan tengah tu rakan sekerja ibu.
Dulu kemain budak-budak ni ngeri dengan.Mr Os...skrg kemain dah buli cikgu pulak.

Ni antara anak-anak murid ibu.
Sekarang masing-masing dah remaja dan sebahagian besar belajar di U.
Terasa kecil pulak cikgunya diampit gadis2 cantik dan jejaka hensom

Ni kawan2 Beby semasa di sekolah menengah.
Ada lagi sekumpulan rombongan kawan2 Along, Angah dan Beby datang.
Banyak sangat kalau nak tepek gambar.

Raya kat Johor ni meriah.
Ibu join marhaban wanita selama 4 hari.
Semalaman 11 buah rumah.
Balik rumah dah hampir pukul 11 malam.
Esok bekerja...
Walaupun penat tapi seronok.

Raya ke 7 (12.7.2016) pula giliran rumah ibu menerima kunjungan marhaban wanita..
Nasib baik 3Farahs masih ada di rumah.
Dapatlah membantu ibu..

Angah dan Along gigih mop lantai.
Maklumlah dah 1 minggu rumah ditinggalkan kerana kami beraya di kampung.
Fuh.......penuh habuk dan paling tension "taik cicak"....huhuhuhu....

Kumpulan "Yasinan" ibu suggest nak makan laksa versi Klate.
Dengan bantuan Beby dan 3Farahs semuanya berjalan lancar....


Rumah ibu giliran ke 6 pada malam tu.
Alhamdulillah...semua memuji keenakkan menu kami malam tu.
Memang licinnn..
Ada yang mintak resepi...ada yang berhajat nak tempah....ada yang minta nak tapau...he3x....

Pada 22.7.2016 (Jumaat) ibu sekeluarga adakan open house ala-ala hi-tea.
Tak sangka pulak ramai sangat tetamu yang hadir.
Pada mulanya ibu sekadar jemput kawan2 sekerja sekeluarga datang minum petang.
Masak simple-simple jee.....lebih kepada desert dan laksa penang...
Last minute kawan2 U Along...kawan2 sekolah rendah Along dan Angah.
Kawan2 Naurah pun datang.
Kelam kabut jugak kami sebab risau makanan tak cukup.
Jangkaan 100 orang tetamu tapi yang hadir melebihi 200+ orang.
Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.
Walaupun ada kekurangan dari segi layanan dan makanan namun semua hepi.....

Nak snap gambar pun dah lupa. 
Ini pun kidnap gambar Along dan Angah....huhuhuhu.....

Alhamdulillah en Ayah banyak membantu menyediakan desert.
Tapai pulut dan puding dadih en ayah memang terbaik.
Ibu sediakan kek coklat leleh, gerodok ( desert versi Klate) dan laksa penang.

Shephred pie Angah memang terbaiklah.
Semua mintak resepi...5 loyang licinnnnn......
Sedap sangat katanya...
Femes emes kat w.apps group ibu......tergugat pulak ibu rasa...ha3x..

Malamnya pula kumpulan Marhaban Lelaki pulak berkunjung.
Adalah dalam 50 orang.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar......hidangan pun licin....
Walaupun penat namun jauh di sudut hati ada rasa kepuasan dan gembira.
Semoga rezeki kami makin bertambah dengan kehadiran tetamu-tetamu ini....


25 Julai 2016

Riang Ria Raya Part 2

Kisah Raya ke 2 yang dah basi dan lapuk.
Open House rumah adik ibu.
Gigih si kakaknya ni masak 30 ekor ayam dibantu oleh 3farahs...huhuhu...



Dah penat kat dapur semalaman....paginya kami sempatlah melaram....

Ibu dan 4Farahs.




About me