Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Mac 2015

Kisah di Sebalik Tabir- Februari

Bersua kembali setelah ibu menyepi seketika.
Sekarang ni nak mengadap blog memang terbatas sungguh.
Lagipun ibu tidak begitu sihat.
Banyak kisah tertangguh........

Hari ni dah 5 hari kita berada di bulan Mac.
Kisah bulan lepas yang ibu draf tertunggak di sini.
Siri ke 2 Kisah di Sebalik Tabir untuk bulan Februari.
Kisah hidup seorang guru yang perlu melangsaikan tugas-tugas
dibelakang tabir...he3x.....

Bermula tahun ni, InsyaAllah ibu cuba buat catatan kisah disebalik
tabir seorang guru terpencil seperti ibu bersama rakan-rakan.
Mungkin bila sebut guru orang ramai cuma melihat dan menilai
dari aspek PdP saja.
*Siri Pertama

Disebalik tugas rutin mengajar pelbagai kisah yang kami lalui
sepanjang masa.
Bukan sekolah ibu saja tapi sekolah-sekolah di seluruh negara......
Ada suka...duka...enjoy..penat...lelah...seronok.....semua itu secukup rasa.
Apapun ibu tetap enjoy dengan dunia ibu.,

3.2.2015-Rewang
Istilah gotong-royong.
Petang cuti Thaipusam ibu dan rakan-rakan sibuk dengan aktiviti kami di sekolah.
Walaupun cuti kami tetap bekerja.
Bukan paksaan tapi ianya dengan kerelaan sendiri.

Alhamdulillah masyarakat sini amat rapat dengan sekolah.
Gabungan PIBG yang akrab amat membantu setiap program.....

4.2.2015 -Maulidur-rasul
Setelah bertukus lumus dengan aktiviti rewang,
tibalah hari kemuncak.
Perarakan sempena Maulidur-rasul.

Bujang terhangat ibu pun bukan main sibuk...Jadi mamat pacak...ha3x
Farouk dibaris hadapan sekali memegang bunga manggar.....

Pelbagai aktiviti disusun 2 minggu sebelumnya.
Perarakan, Jamuan, Kuiz Agama, Qasidah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,
Ceramah Maulidur-rasul dll.
Kumpulan pelajar Maahad TahfizDarul Madad dijemput.
Mereka mengalunkan Qasidah diketuai oleh seorang pelajar cacat penglihatan.
Ruginya ibu tak dapat join sebab dalam masa yang sama ibu sibuk berkemas kat bawah.
Menurut rakan-rakan ibu..suara beliau sangat merdu sampai menitis airmata
para hadirin yang mendengarnya......

8.2.2015-Pelancaran Program NILAM
Sebelum bermula setiap program, 2 minggu dah kena buat 
pelbagai persediaan...
-buat kertas kerja dan meeting
-tempah banner
-tempah 'button'
-buat penanda buku
-latih pengawas PSS koir.
- printe out sijil-sijil on-line.
Sijil2 pulak boleh diprinte selepas pukul 12.30 tengahari - 7.00 petang je...
Emmm..sebab tu ibu masih tak berkesempatan nak jengah blog kawan2.

Awal pagi hari pelancaran ibu berpeluh hingga kekaki.
Itupun ramai rakan-rakan yang ringan tulang membantu.
Biarlah gambar berbicara.....
 Banner dan 'button NILAM' tu ibu tempah daripada seorang kenalan ibu jugak seorang wartawan.
Ibu bagi contoh design dan En H yang merealisasikan Banner yang sangat menepati citarasa ibu.
Yang pasti ibu pilih warna kegemaran ibu...kuning....
Penanda buku tu ibu buat sendiri...printe...gunting...liminite...gunting dan ikat reben.

Sekitar Majlis berjalan.
-Story telling
-Majlis Perasmian daripada GB
-Penyampaian Sijil dan 'Button Penghargaan NILAM'.
-Koir
Farouk salah seorang penerima "button NILAM" dan pesertakoir.
Koir...latihan selama 1 minggu bermula pukul 1.00-2.10 petang. 
Bersambung hujung minggu.
Syabas anak2 cikgu kerana begitu bersungguh-sungguh walaupun cikgunya
dah tak tentu arah.....adeh....
Kalau nak tengok tentatif boleh klik SINI ye.

Selesai program perasmian ibu bergegas pula ke tempat kursus.

8.2.2015-Bengkel Penarafan IQ-PSS.
Selesai Pelancaran program ibu memecut pula ke PKG.
Kali ke 2 ibu berkursus untuk tahun 2015.
Bengkel rutin GPM setiap tahun.
Kena jawab hampir 100 soalan secara on9 untuk dianugerahkan
bintang-bintang bergemerlapan.....
Alhamdulillah melalui IQ-PSS ni, PSS ibu dah 3 tahun berturut-turut
diiktirafkan mendapat 5 Bintang dan menerima Sijil Penghargaan......

11.2.2015- Latihan Kebakaran
Tak semena-mena tetiba bunyi loceng panjangggggg berdering....
Terpingga-pingga jugak sebab tetiba je bunyi.
Masa tu tengah syok dalam makmal dengan murid tahun 6 ber"Crome Book".
Nak kata habis waktu tak mungkin sebab loceng berbunyi ditengah waktu.

Baru teringat taklimat minggu lepas.
Terus arahkan murid-murid beratur diluar.
Bila ibu jengah ke luar makmal komputer, bukan main ye anak-anak murid
menyelamatkan diri dan tinggalkan cikgu keseorangan.
Alahai anak..kalau betul berlaku kebakaran jawabnya "kamu"
biarkan cikgu rentung sendirian......adeh.....

Berkumpul di pdang sambil dengan taklimat daripada guru berkenaan.

17.2.2015-Bahan NILAM
Sekali lagi sekolah ibu terpilih untuk menghantar wakil Calon NILAM
ke peringkat Daerah.
Menyiapkan bahan-bahan yang perlu.
Maka berkurunglah ibu sendirian di PSS.
Dalam kotak tu segala evidents Calon Tokoh Nilam sejak di Tahun 1-6.
Jenuh nak kumpul bahan-bahan tu semua....

23.2.2015 Mesyuarat GPM
Menghadiri mesyuarat kemuafakatan GPM (Guru Perpustakaan Media)
peringkat Zon di PKG....

Bulan Mac, macam-macam program yang telah berjalan
dan menunggu giliran untuk dilancarkan......

p/s:
Mohon maaf kerana masih tak berkesempatan nak jengah blog rakan-rakan.
Makin hari masa ibu makin terbatas mengadap blog......

25 Februari 2015

Tahniah Yu

Cerita yang agak basi ni tapi tetap ibu abadikan
sebagai kenangan di sini.
22hb Ferbuari adalah catatan kenangan indah buat kami sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah adik yu dinobatkan sebagai
"Best Student  Graduate Faculty of Medicine".
Kecemerlangan yang membuatkan kami kagum di atas kegigihannya belajar.
Bukan calang-calang student medik mampu meraih kecemerlangan.
Kini 2 orang adik ibu bergelar doktor.

Tahniah Adik Yu.
6 tahun diperantauan menghasilkan sesuatu yang indah untuk dikenang walaupun
pelbagai rintangan telah ditempuhi.
Sebagai seorang kakak, ibu doakan agar adik Yu menjadi seorang doktor yang
cemerlang dunia dan akhirat.
Semoga kejayaan Adik Yu menjadi pemangkin serta pembakar semangat
anak-anak ibu (5F) untuk mencipta kecemerlangan....InsyaAllah.
Tahniah kerana mengharumkan nama Malaysia dimata dunia.....

Bakal-bakal doktor bersama kejayaan yang dicipta selama 6 tahun di luar negara.
Syabas untuk rakan-rakan sealiran Adik Yu yang telah berjaya
membawa segulung ijazah.

Terima Kasih Allah....

p/s:
2 hari lagi adik yu dan abah akan kembali ke Malaysia.
Doakan agar dipermudahkan perjalanan mereka.

24 Februari 2015

Catatan Perjalanan Johor-Kelantan-Johor

Salam kerinduan semua.
Bersua kembali setelah tuan rumah bercuti selama 6 hari.
Terima Kasih di atas ucapan tahniah atas kecemerlangan

Sebenarnya ibu sekeluarga tiada perancangan pun nak balik
kampung sempena CNY.
Tapi tetiba ubah rancangan memandangkan mama tak begitu sihat
dan Abah masih berada di Mesir.

Ibu bertolak balik pada hari Khamis selepas Farouk abis tuisyen di sekolah.
Bergerak dalam pukul 12.30 tengahari.
Perjalanan agak lancar walaupun banyak kereta.

Tiba di Kuala Terengganu dah malam.
Keluar susur lebuh raya Pantai Timur (LPT) keadaan mula sesak.
Lebih kurang pukul 12 malam baru kami tiba di kampung ibu.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 11 jam 30 minit.

Ibu kat kampung selama 4 hari.
Hari Ahad kami bergerak balik kerana Beby mula kuliah pada hari Isnin.
OTW balik jalan mula sesak menghala ke Pasir Putih.


Sempat snap gambar Masjid Ulul-Albab yang terletak di Jertih.
Perjalanan ke LPT yang sepatutnya memakan masa 3 jam dari kampung ibu
jadi 5 jam....Sesak sangat terutama menghala ke LPT

Dari siang bertukar malam kami masih berada di LPT.
Nak keluar susur 2km memakan masa berjam-jam...adeh....

Banyak kenderaan tersadai di tepi jalan.
Ada yang kehabisan minyak dan engin panas.
Mungkin kebanyakkannya tak sangka keadaan LPT sesak sebegini.
Perjalanan yang sepatutnya antara 2-3 jam jadi 10 jam......

Alhamdulillah kami dapat lepasi keadaan yang sesak tu.
Hantar Beby ke kolej dah lewat.
Nasib baik masih dibenarkan naik ke asrama kediaman.
Kalau tidak jawabnya Beby terpaksa menarik beg besarnya ke atas......agak jauh jugak tu.

Keluar dari Kuantan ke jalan Segamat jalan dah mula lengang.
Tiba di rumah dah hampir 2 pagi.
Perjalanan memakan masa 15 jam amat memenatkan.......

About me