Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 November 2014

Farouk dan Taekwando

Hujung minggu penuh dengan program.
Hari Jumaat berkejar ke sekolah kerana ada latihan pra-perkhemahan.
Hari Sabtu ke SKS5 pula menemani Farouk duduki 'grading' taekwando.

Farouk dihantar ke kelas taekwando sejak umur 5 tahun bersama kakak(s).
Naurah capai "blue-belt"
Along dan Angah capai sehingga "red-belt"
dan Beby yang paling tinggi "black-belt" dan dah boleh jadi jurulatih....
Cita-cita dan impian si Ayah yang ingin melihat 5F mencapai
tahap paling tinggi dalam arena taekwando.
Nak buat macam mana....cita2 Ayah untuk capai"black-belt" semasa belajar di UKM dulu
terbantut akibat kemiskinan......
So anak-anaklah penyambung warisan gitu....

5F dah pernah memenangi beberapa tournament di peringkat negeri.
Klik SINI dan SINI.
Punyalah Ayah bangga dan sanggup bersusah payah demi 5F.

Tapi Farouk asyik on/off aje ikut mood dia.
Tahun ni Farouk mula aktif kembali setelah 2 tahun "berehat".
Ini ajelah gambar yang ibu snap.

Farouk yang paling tinggi berbanding rakan sebaya...anak ibu katakan...
Kami dalam kategori saiz antarabangsa.....muhahaha....

Selesai sesi ujian kelayakan, Farouk bergambar bersama rakan-rakan dan "master" taekwando.

Selingan:

Terjumpa gambar ni.
Gambar sewaktu Farouk berusia 5thn, 6 thn, 7thn dan sekarang.
Ibu lebih suka tengok pic masa Farouk kecik...
Baju taekwando masa Farouk berumur 5 tahun nampak sangat besar.
Itu je saiz yang ada......dan Farouk dapat pakai baju tu selama 3 tahun...he3x...
Jimat kos.

Cepat sungguh masa berlalu.
Kalau boleh ibu nak Farouk terus jadi baby boy ibu sampai
bila-bila.....

8 November 2014

Resepi Apam Gebu Lemak Berkrim

Terima Kasih semua yang mendoakan kebahagiaan ibu dan ayah.
InsyaAllah moga kami kekalbahagia hinggakejannah...Amiin.

Hari ni nak tepek cerita basi kat sini.
Apam pun dah selamat jadi baja...muhahaha...

Bila kerajinan melanda maka terhasillah pelbagai resepi dimasak tanpa perancangan...

Hanya ada warna hijau je dalam stok.....redha jelah...

 Ini hasil yang telah siap.
Gebus sangat.

Disebabkan ibu ni bukan peminat kuih muih atau kek maka
Naurah seorang je yang layan.
Selebihnya ibu tapau bawa ke sekolah.
Kawan-kawan kata sedap dan masing-masing mintak resepi.
Ibutak pasti sedap ke tidak sebab ibu pun tak makan.....he3x...

Resepi :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula 
(*kalau tak suka manis kurangkan sukatan)
4 biji telur
1 sudu besar ovellette
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
essen vanila/pandan dan sewaktu dengannya.
pewarna

Cara-cara:
Pukul telur + ovallete + gula hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan susu cair.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Gaul sebati dan kukus selama 20-30 minit.
Siap untuk dimakan.

7 November 2014

Doakan Kebahagiaan Kami-22th

Hari ini genap 22 tahun perkahwinan kami.
7.11.1992-7.11.2014
Satu jangkamasa yang lama tapi ibu rasa macam baru semalam bergelar isteri.
Bergelar isteri diawal usia 20an.
Masih hingusan dan bergelar pelajar.
Perbezaan usia yang agak jauh memberi seribu rahmat buat diri ibu.

Terima kasih Abang, 
Kerana menerima diri ini seadanya.
Menerima segala kelebihan dan kekurangan tanpa mengeluh.
Memberi sepenuh kepercayaan tanpa prangsangka.
Menyayangi diri ini tanpa sempadan.

Terima kasih Abang,
Kerana menghadiahkan 5 orang permata yang sangat berharga.
Kerana  bertindak sebagai seorang suami dan abang yang amat sempurna.
Menjadi seorang suami dan ayah yang sangat sporting, penyabar dan penyayang.
Mendidik diri ini menjadi seorang yang sabar, tabah, berdikari dan matang.
Menjadi seorang suami dan ayah yang sangat toleransi.

Terima kasih Abang,
Kerana sentiasa melindungi diri ini,
Merawat diri ini ketika sakit,
Menyapu airmata ini ketika menangis kesedihan,
Menjadi pendengar yang setia ketika dada ini penuh dengan permasalahan.

Semakin hari diri ini semakin kagum :
Dengan sifat penyabar, bertimbang rasa, memahami dan cool.
Dengan keteguhan mendekatkan serta menghambakan diri kepada Allah tanpa kenal erti penat dan jemu.
Dengan kekentalan, kuat bekerja @wokerholic dan sanggup berkorban demi masyarakat sekeliling.
Dengan sifat rendah diri, tabah dan sabar.

Ya Allah,
Siramilah rumah tangga kami dengan rahmat dan kasih sayangMu,
Kuatkan lah iman kami dalam menghadapi ujianMu,
Jadikan daku seorang isteri yang solehah..yang mampu menyejukkan mata dan hati suamiku,
Jadikan daku seorang ibu yang penyayang dan terbaik untuk anak-anak,
Jadikan anak-anak kami insan yang soleh dan solehah.
Semoga kami kekal bahagia hingga ke jannah....
Amiin....

Terima Kasih Allah kerana pertemukan kami.
Terlalu banyak keindahan yang Kau berikan buat kami.
Terima Kasih Abang di atas segala-galanya.......

* Maaf entri tanpa gambar.
Maklumlah gambar perkahwinan kami masa tu ibu tak bertudung.
Gambar-gambar itu hanya untuk tatapan peribadikami sekeluarga sahaja.

About me