Hari ini genap 22 tahun perkahwinan kami.
7.11.1992-7.11.2014
Satu jangkamasa yang lama tapi ibu rasa macam baru semalam bergelar isteri.
Bergelar isteri diawal usia 20an.
Masih hingusan dan bergelar pelajar.
Perbezaan usia yang agak jauh memberi seribu rahmat buat diri ibu.
Terima kasih Abang,
Kerana menerima diri ini seadanya.
Menerima segala kelebihan dan kekurangan tanpa mengeluh.
Memberi sepenuh kepercayaan tanpa prangsangka.
Menyayangi diri ini tanpa sempadan.
Terima kasih Abang,
Kerana menghadiahkan 5 orang permata yang sangat berharga.
Kerana bertindak sebagai seorang suami dan abang yang amat sempurna.
Menjadi seorang suami dan ayah yang sangat sporting, penyabar dan penyayang.
Mendidik diri ini menjadi seorang yang sabar, tabah, berdikari dan matang.
Menjadi seorang suami dan ayah yang sangat toleransi.
Terima kasih Abang,
Kerana sentiasa melindungi diri ini,
Merawat diri ini ketika sakit,
Menyapu airmata ini ketika menangis kesedihan,
Menjadi pendengar yang setia ketika dada ini penuh dengan permasalahan.
Semakin hari diri ini semakin kagum :
Dengan sifat penyabar, bertimbang rasa, memahami dan cool.
Dengan keteguhan mendekatkan serta menghambakan diri kepada Allah tanpa kenal erti penat dan jemu.
Dengan kekentalan, kuat bekerja @wokerholic dan sanggup berkorban demi masyarakat sekeliling.
Dengan sifat rendah diri, tabah dan sabar.
Ya Allah,
Siramilah rumah tangga kami dengan rahmat dan kasih sayangMu,
Kuatkan lah iman kami dalam menghadapi ujianMu,
Jadikan daku seorang isteri yang solehah..yang mampu menyejukkan mata dan hati suamiku,
Jadikan daku seorang ibu yang penyayang dan terbaik untuk anak-anak,
Jadikan anak-anak kami insan yang soleh dan solehah.
Semoga kami kekal bahagia hingga ke jannah....
Amiin....
Terima Kasih Allah kerana pertemukan kami.
Terlalu banyak keindahan yang Kau berikan buat kami.
Terima Kasih Abang di atas segala-galanya.......
* Maaf entri tanpa gambar.
Maklumlah gambar perkahwinan kami masa tu ibu tak bertudung.
Gambar-gambar itu hanya untuk tatapan peribadikami sekeluarga sahaja.