Hari ini genaplah18 tahun usia puteri ke 3 ibu, Beby a.k.a Farah Najdah.
4 Oktober 1996 bersamaan 21Jamadilawal 1416.
Dilahirkan di Pasir Mas Kelantan dan satu-satunya warga Kelantan seperti ibu.
Banyak kenangan pahit semasa dan selepas Beby dilahirkan.
Semasa usia kandungan ibu 40 minggu, ibu terlibat dalam kemalangan.
Kereta ibu dirempuh dari belakang.
Hari Beby dilahirkan ayah pula kemalangan.
Kereta Ayah rosak teruk depan dan belakang akibat dirempuh semasa
OTW balik ke Kelantan dari Mersing, Johor.
Alhamdulillah Beby membesar dengan sihat walaupun diusia kecil Beby
sering diserang demam panas dan sawan.
Pernah satu ketika doktor menasihati kami agar tidak menaruh harapan tinggi
kepada Beby terutama dalam perkembangan mental kerana faktor serangan sawan.
Syukur Alhamdulillah Beby menunjukkan kecemerlangan dalam akademik
sejak di TAJ (Tadika Agama Johor diusia 5thn) dan KEMASdiusia 6 tahun....
Dan Beby meneruskan kecemerlangan dalam UPSR, PMR dan SPMnya....
Beby juga membuktikan cemerlang dalam peperiksan sekolah Agama terutama
dalam Sijil Darjah Khas Agama-SDKA.
Keratan Akhbar SINAR HARIAN dan SINI
Gambar Beby sedang menerima anugerah (atas-kanan)
Bersama rakan-rakan yang cemerlang (bawah)
Selamat Ulang Tahun ke 18 baby girl ibu.
Walaupun raya Aidiladha kali ini Beby tidak dapat bersama ibu,
dari kejauhan ibu tidak lupa mendoakan kecemerlangan Beby.
Semoga Beby panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan
dan sentiasa dibawah lindungan serta kasih sayang Allah.
InsyaAllah...pengorbanan Beby untuk terus cemerlang akan berbaloi.
Bahagianya ibu bila Beby merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sana.
Ibu doakan agar cita-cita Beby untuk melanjutkan pelajaran ke UK tercapai...InsyaAllah.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
MAAFZAHIR BATIN.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
MAAFZAHIR BATIN.
p/s:
Good luck untuk exam Bahasa Mandrin..