Kisah yang dah agak basi.
Terperap dalam draf tapi baru berkesempatan nak publish.
Kesekian kalinya ibu terpaksa merelakan pemergian puteri ke 3 a.k.a Farah Najdah
yang lebih manja digelar Beby.
Tiga tahun berturut-turut ibu terpaksa memendam rasa sedih.
3 tahun berturut-turut Along, Angah dan sekarang Beby melangkah pergi.
Demi masa depan anak-anak ibu perlu lebih tabah dan redha.
Setelah keputusan SPM keluar,
dan menunggu saat-saat genting membuat pilihan untuk masa depan.
Beby menerima tawaran ke Matrikulasi ,
IPTA (dip Kejuruteraan awam),
UniKL(foundation engineering)
dan KPM (Kolej Profesional Mara).
Kecewa tidak dapat ke UPSI untuk bidang TESL dan diganti dengan tawaran
Kejuruteraan Awam, akhirnya Beby memilih untuk
ke KPM dalam bidang Diploma In English Comunication.
Semuanya dibawah tajaan MARA.
Ini pun isi permohonan on9 disaat akhir sebelum tarikh tutup.
Ibu dan Ayah akur dengan pilihan anak-anak.
Dia ingin membuktikan dia mampu berjaya dalam bidang yang diminati.
Dan cita-citanya ingin melanjutkan pelajaran hingga ke obesi....InsyaAllah.
Ibu sebenarnya ingin sangat Beby ke matrik macam Along kerana
masa untuk sambung degree lebih pendek dan masih banyak pilihan boleh dibuat
tapi dia tetap berkeras dan tidak minat ke sana....Ibu akur....
Kami bertolak ke Kuantan pada 30.6.2014 (Selasa)-puasa ke 2.
Itupun setelah ibu habis waktu bekerja lebih kurang pukul 2 petang.
Kami mengidap di homestay di Indera Mahkota, Pahang.
Petangnya ke bazar ramadan yang terletak di Kuantan.
Makanan boleh tahan sedap dan harganya pun berpatutan.
Keesokan harinya ibu dan ayah mengambil cuti sehari.
Along dan Naurah terpaksa ditinggalkan sebab MPV tak
dapat menampung muatan.
Terperanjat ibu lihat barangan yang Beby angkut.
Macam orang nak pindah rumah...Adeh...sabar jelah.
Tersenyum riang bila impian hampir menjadi kenyataan.
Saat pilu bila ibu perlu melepaskan seorang lagi anak untuk melangkah keluar.
Beby dan Angah sama-sama bergelar "orang Kuantan" walaupun untuk seketika.
Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.
Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya.
Hati ibu lega bila melihat kemudahan berdekatan bilik Beby.
Saat ini airmata ibu pasti bergenang bila waktu berbuka.
Tak sanggup melihat kerusi yang selalu Beby duduk.
Masa goreng ikan pun sedih....sebab Beby suka makan ikan.
Lebih sedih bila cafe tempat Beby belajar kena sita akibat pelajar keracunan
makanan dan terpaksa dikejarkan ke hospital sewaktu minggu orientasi.
Sedihnya hati ibu bila Beby call dia berbuka dan bersahur makan maggie.
Ibu harap Beby mampu tempuhi semua tu kerana ujian dan dugaan
menjadikan kita lebih tabah dan kuat.
Ibu doakan agar Beby suksess di sana.
Yang pasti setiap saat dan ketika anak-anak ibu tetap hadir
dalam doa ibu......