Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Jun 2014

Best Friend Forever

Salam rakan-rakan blog ibu.
Kali ini bersiaran di rumah setelah bercuti selama 2 minggu di Kelate.
Maklumlah kalau cuti, malas ibu nak buka lappy.
Kalau menaip kat tab confirm typo punya.
Lagipun line tenet tak menentu.
Banyak kisah-kisah menarik sepanjang bercuti.
Insyaallah kalau ada "kerajinan" ibu akan buat n3......
Dan ibu akan lakukan siri jelajah seperti biasa jika berkesempatan.

Semasa dikampung ibu berkesempatan ber'dating' dengan rakan-rakan 
zaman persekolahan.
Selama ini kami sekadar berjumpa di FB dan kami mengambil kesempatan
bersua setelah berpisah sejak di bangku sekolah lagi.

Bayangkan sudah berapa lama kami terpisah dengan membawa
haluan masing-masing selepas tamat SPM.
Gembira mendengar kejayaan rakan-rakan sekelas yang
bergelar doktor pakar, peguam, profeser, bisnesman/women, engineer,
jutawaan....
Alhamdulillah semua rakan-rakan sekelas kami berjaya dan punyai kerjaya
yang hebat2......Cuma ibu dan beberapa orang je bergelar 'cikgu'......
Yang lebih mengembirakan bila berkongsi kisah lama.
Kisah keluarga masingmasing,
Kisah kejayaan anak-anak
Alhamdulillah, anak-anak kami menyambung deligasi ke menara gading..... 

Bff ibu. Kami menceburi profesion yang sama, bergelar guru.
Anak-anak kami pun hampir sebaya dan masing-masing menuntut di universiti.
Kami berdating di kepsi je.
Riuh rendah masing-masing bercerita dan bergelak ketawa.
Pertemuan hampir 4 jam seperti 10 minit je.
Masing-masing tetap dengan watak yang sama.....
Tak sedar sudah bergelar ibu....adeh....

Pertemuan ke 2 selang sehari di Captain T Restauran Kota Bharu.
Gempak dan riuh rendah.
Cepat sungguh masa berlalu.
Dulu masing-masing sibuk dengan kerjaya, kemudian sibuk dengan anak-anak kecil,
sekarang kami sudah mampu berdating setelah anak-anak dah meningkat dewasa....

Terima Kasih kerana menceriakan hari ibu walaupun seketika.
Kehadiran kalian dalam hidup ibu memberi seribu rahmat.
Semoga kita dipertemukan lagi jika berkesempatan.....

9 Jun 2014

Baby Baru dan Along.

Dah beberapa hari ibu menyepi.
Dah bersawang rumah ibu.
Sekarang ni pun ibu masih bercuti dan line tenet macam siput.
Ni pun n3 dalam draf yang dah nak basi..huhuhu...

Kisah hadiah birthday Along.
Segalanya tak dirancang.
Kebetulan ada sedikit rezeki lebih.
Rezeki Along.
Sempena hadiah hari lahir yang ke 20.
Kebetulan pangkal no kereta tercatat tahun
kelahiran along 94.
Semoga ianya mampu berkhidmat untuk
Along sepanjang pengajiannya di universiti.

P/s:
Maaf ye ibu tidak mampu jejalan ke rumah rakan2 blog sebab sekarang ibu sedang bercuti dan line tenet macam siput sedut.

31 Mei 2014

Outing @ Melaka

Saat yang paling gembira buat ibu bila 5F berkumpul.
Sekarang bukan senang nak kumpulkan mereka.
Lagi-lagi masuk bulan September nanti tinggallah Farouk dan Naurah je di rumah.
Jemput along di kolej kediaman...

5F bersatu.
Projek shopping2, makan2 dan movie bermula.

Sebelum acara seterusnya bermula kami isi perut dulu.
Kebetulan Along berpuasa.....kami tunggu azan Maghrib.
Beby suka buat muka pelik kalu ibu snap gambar.....

Bukan main lagi ye Farouk makan nasi.
Seingat ibu dah 4 hari Farouk tak makan nasi.
Kalau yang dah biasa baca blog ibu pasti tau yang Farouk ni tak suka makan nasi...
Dia boleh bertahan dengan makan lauk dan roti je.

Nasi goreng paprik.

Angah makan nasi goreng ala thai

Naurah dan Along.

Ibu beli benda alah ni.
Naurah pula tak suka kekacang so dia minta
Pretzel.

Selesai kami terus ke 3rd floor untuk tonton
Movie.
Cerita yang sedang femes emes.

Anak-anak nak tengok cerita Maleficent.
Biasalah anak berderet so tiket masuk pun
jejak RM100.

Posing dulu.
Cerita ni boleh tahan best.
Memang amat sesuai untuk kami.
Tapi rasanya kurang sesuai untuk anak- anak kecil sebab banyak jugak aksi pertarungan.

Farouk berangan nak tengok cerita ni.

Layan movie sampai larut malam.
Sampai rumah dah pukul 12 mlm.

About me