Terima kasih yang wish dan mendoakan sempena birthday Ayah.
Minggu lepas ibu agak sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah.
Yang paling ibu tak begitu gemar bila ada program yang ibu perlu keluar
dari kawasan sekolah.
Masa tulah terkejar-kejar masuk dulu ke kelas.
Mengajar dan bagi latihan.
Penuhi masa dengan kualiti.
Risau "klien" ibu tertinggal silibus.
Bukan tiada "relief" yang dibuat oleh GPK 1 tapi atas permintaan ibu untuk
langsaikan dulu tugas hakiki.
Mungkin sejak kecil "abah" ibu mendidik kami adik beradik begitu.
Ingat lagi kata-kata abah : Kalau kerja kakak mesti buat betul-betul.
Jangan curi tulang. Nanti rezeki tak berkat.
Tempias dapat pada anak-anak jugak nanti.
Kalau kerja jujur dan ikhlas, InsyaAllah, Allah akan permudahkan
perjalanan hidup kakak sekeluarga......
Alhamdulillah..kami adik beradik sentiasa ikut pesanan abah dan boleh dikatakan
anak-anak abah ni digelar "workaholic" dikalangan rakan-rakan....
Eh....dah lari dari topic nie...Adehhhh he3x.
Bak kata orang saling ingat mengingati...
Hari Rabu ada perlawanan persahabatan bola tampar diantara SKPK dan SKBR.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 20min kot ke SKBR.
Sekolah ibu bawa 2 team (Lelaki dan Perempuan).
Seramai 4 orang cikgu yang terlibat.
Biasalah kan tugas cikgu pelbagai.
Terkadang kami jadi Mak Supir....he3x.....
Lebih lagi bagi cikgu-cikgu yang guna MPV....
Makin larislah permintaan untuk hantar anak-anak murid kalau ada aktiviti.
Segala perjalanan dan makan minum ditaja sendiri ye.......hik3x...
Alhamdulillah rezeki kami bila makan minum ditaja oleh pihak sekolah sana.
Terima kasih banyak-banyak.
Hari Khamis ibu keluar lagi ke SKBG untuk bawa anak-anak comel ni ke karnival
Ko Akademik Matematik.
Program bermula pada pukul 10.30 pagi.
Sempatlah ibu menghabiskan tugas hakiki selama 2 jam tanpa henti
sebelum menjadi pengiring pada mereka ni.....
Program tamat pada pukul 12 tengahari......
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami......
Sabtu ni ada program lagi.......
So dengan gigih cikgu2 melatih anak-anak dara mengubah bunga untuk ke pertandingan.
Boleh tahan jugaklah anak-anak ni kalau diberi peluang.....
Cuma masa tidak mengizinkan untuk cikgu-cikgu ni mengadap benda alah ni.
Terpaksa curi-curi waktu terluang.....
Juga latihan menghias kek.
Hancus kek kami kerjakan setelah menunggu anak murid yang dicalonkan
tak kunjung tiba.....muhaha....
Juga tugas rutin ibu saban hari mengadap buku untuk diproses.
Rasa macam beranak pinak pulak buku-buku. Adehhhhh........