April datang lagi.
Kebetulan April sering mengundang kisah sedih buat kami.
Tragedi April 2011
April mencatatkan seribu kenangan yang sedih buat kami sekeluarga.
14 April 11 tahun lalu,
diulang tahun Ayah kami menerima
berita kematian abang ayah.
Keesokkan harinya bapak Ayah menyusul
meninggalkan kami yang masih dalam
kesedihan.
Ibulah orang yang paling sedih kerana
Ibu begitu rapat dengan arwah FIL.
Ayah amat2 trauma saat itu.
Sebulan Ayah macam kehilangan arah.
Menerima sedikit ujian Allah buat kami...itu membuktikan Allah begitu menyayangi hambaNya.
Tahun ini April datang lagi.
Kami diuji lagi.
14 April 11 tahun lalu,
diulang tahun Ayah kami menerima
berita kematian abang ayah.
Keesokkan harinya bapak Ayah menyusul
meninggalkan kami yang masih dalam
kesedihan.
Ibulah orang yang paling sedih kerana
Ibu begitu rapat dengan arwah FIL.
Ayah amat2 trauma saat itu.
Sebulan Ayah macam kehilangan arah.
Menerima sedikit ujian Allah buat kami...itu membuktikan Allah begitu menyayangi hambaNya.
Tahun ini April datang lagi.
Kami diuji lagi.
2 April ibu dan keluarga dikejutkan dengan pemergian pakcik yang paling ibu sayang.
Dalam ibu menangis kesedihan, Ayah pula diuji.
Ayah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari meeting.
Alhamdulillah ayah tidak alami apa-apa kecederaan namun kereta ayah remuk.
Keadaan kereta Ayah.
Tanggal 9.4.2014 kereta ibu pula terlibat dalam kemalangan.
Kereta ibu bergesel dengan kereta rakan ayah.
Seorang pakcik yang berada di situ hampir menjadi mangsa.
Kebetulan kemalangan berlaku di depan sebuah klinik swasta.
Syukur alhamdulillah, pakcik tu tidak alami kecederaan yang serius.
Dan April ini juga ibu dan rakan2
menerima khabar sedih bila
Guru Besar yang amat kami sayangi
dan hormati diarah berpindah.
Apa nak dikata....kami terpaksa menerima
tanpa rela.....,
Namun ibu berSyukur kerana Allah kurniakan ibu sebuah ketabahan.
Ibu masih mampu tersenyum...ibu masih mampu jalani rutin seperti biasa.
Walaupun airmata ibu tumpah dihari kehilangan pakcik tersayang,
Ibu masih mampu tersenyum...ibu masih mampu jalani rutin seperti biasa.
Walaupun airmata ibu tumpah dihari kehilangan pakcik tersayang,
Ibu redha dengan ujian yang menimpa kerana ibu pasti ada rahmat dan hikmah disebalik
kejadian dan musibah yang menimpa.....