Lama dah ibu tak buat n3 tentang Angah.
Sejak masuk ke Sem 2, Angah makin sibuk dengan studynya dan
aktivitinya di U.
Banyak program yang perlu angah hadiri pada hari Sabtu dan Ahad.
Bayangkan sejak lapor diri di UiTM untuk Sem 2 pada awal bulan 1 Angah belum
berkesempatan pulang ke rumah.
Cuma pada cuti CNY hari tu ibu sempat singgah jemput Angah untuk dibawa balik
ke Kelantan.
Itupun Angah sempat bersama kami cuma 3 hari 2 malam sahaja.
Dan 3 minggu lepas ibu sanggup ke Kuantan semata-mata melepaskan rindu pada Angah walaupun
kami sempat habiskan masa bersama selama 3 jam sahaja
sedangkan perjalanan pergi balik memakan masa 6 jam.....huhuhu
sedangkan perjalanan pergi balik memakan masa 6 jam.....huhuhu
Malam Ahad lepas kolej Angah anjurkan makan malam
disebuah hotel di Bandar Kuantan.
Maklumlah dah tinggal 2 minggu lagi Angah dan rakan-rakan akan
tamat Program Asasi di UiTM Kuantan.
Selepas ini kalau ada rezeki insyaallah mereka akan melangkah
maju selangkah lagi untuk menyambung degree ke universiti
yang berbeza dan dalam bidang berbeza.
Mungkin ada diantara mereka akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Angah pun pernah suarakan hasrat hati nak sambung degree di luar negara
tapi awal-awal ibu dah ber"drama airmata".
Overkan ibu.....
Tak sanggup rasanya melepaskan anak-anak belajar jauh-jauh.....huhuhu...
Angah bersama rakan-rakan sealiran.
Terserlah ketinggian anak ibu.
Ketinggian yang diwarisi dari ibu....he3x....
Gambar-gambar ni ibu terima dalam w.apps family.
Rindu Angah sangat-sangat...
Mampu berdoa dan bersabar demi masa depan yang gemilang.
Sabarlah hati.......
Ibu doakan agar Angah dan Along dipermudahkan menjawab
soalan peperiksaan pada minggu depan.
Moga anak-anak ibu terus cemerlang...InsyaAllah ....aminn.
Doa untuk MH370