Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Mac 2014

Blog Dah Pulih...Alhamdulillah.

Rasa sangat-sangat gembira bila pagi-pagi buka url blog kesayangan ibu sudah pulih
seperti sedia kala.
Tak terucap dengan kata-kata.
Rasa amat-amat bersyukur.....Terlalu banyak kenangan
catatan family ibu.
Maklumlah dah 5 tahun ibu buat catatan di sini....
Rupanya blog ibu kena block oleh google kerana "sakit" diserang virus malware..
Itu pun di atas usaha seorang rakan ibu yang sangat mahir dalam bidang ICT, En Azad.
Maunya tak mahir, beliau pemegang degree dalam bidang ICT dari USM.....
Terima kasih banyak-banyak Azad kerana sudi membantu akak.
Juga tidak lupa pada Pn Bee yang juga sama-sama membantu ibu tanpa mengeluh.
TQSM dear...Beelah yang banyak membantu ibu dalam dunia blog.
Blog ibu yang cantik jelita ni pun hasil sentuhan Bee tanpa apa-apa imbuhan.

Juga terima kasih kepada rakan-rakan blog yang
tidak putus-putus bertandan ke blog "baru" ibu yang
sangat-sangat sempoi tu.
Memberi ibu sokongan dan dorongan tanpa jemu.
Kalian rakan yang paling best in the world......

Hanya Allah yang mempu membalas budi kalian semua.............

26 Februari 2014

Masjid Ulul Albab

Setiap kali OTW balik ke kampung di Kelantan
pasti mata ibu tidak lepas memandang sebuah masjid yang sangat unik dan dibina berasaskan kayu.
Masjid ini terletak di jalan utama dari Jertih ke Kota Bharu.
Nama masjid ini diberikan oleh Sultan Mizan ZainalAbidin.
Masjid Ulul Albab mula digunakan pada 2011.
Hingga ke hari ini ibu belum berkesempatan untuk singgah ke situ
kerana kedudukannya berhampiran trafik light dan jalannya amat-amat sibuk.
InsyaAllah jika berkesempatan, ibu akan singgah.
Nak sangat singgah solat kat masjid nie....

Kalau nak info lanjut boleh klik ke SINI 




25 Februari 2014

Cuti-cuti Weekend di MSuites Hotel

Kerja kerja jugak, family tetap nombor 1.
Setelah penat seminggu dengan program luar sekolah,
ibu rancang nak santai-santai + rehat di rumah pada hujung minggu.
 Namun ayah pulak booking ibu untuk ikut dia berseminar + dinner + cuti-cuti weekend.
Kalau ikutkan hati ibu penat sangat namun demi orang tersayang ibu
perlu berkorban untuk mereka......

Percutian 2 hari 1 malam sudah cukup untuk ibu rehatkan minda
dari kekusutan dan kepenatan dengan tugasan.....

Di sinilah kami menginap 2 hari 1 malam.
Bilik luas dan selesa.


Kali ni ahli 5F makin berkurangan.
Daripada 5F dah tinggal 2F....
Apa nak buatkan......huhuhu......

Tinggallah mereka berdua melayan TV dan bersantai2 + cuti-cuti + shopping-shopping.....

Masing-masing buat hal sendiri.
Dulu masa 5F berkumpul rasa meriah sikit dengan pelbagai cerita......
Sekarang cuma ada Naurah dan Farouk....

Selesai check in macam biasa ayah bawa kami pergi ke tempat yang
paling diminati.
 
 Hari ini dalam sejarah bila ibu sekadar melihat + belek-belek tanpa membeli apa-apa.
Mungkin ketiadaan Along, Angah dan Beby mematikan semangat ibu untuk bershopping....
Naurah pun masih belum cukup dewasa untuk itu.....

Aktiviti wajib kanak-kanak rebina bila menginap di hotel.
Mereka akan cari info kat lif letaknya swiming pool.
Bergegas balik ke bilik semata-mata nak mandi kat kolam...aduyai....
Hari pertama ibu terpaksa melayan mereka berendam selama 2 jam lebih.
Hari ke 2 ibu terpaksa menunggu selama 3 jam lebih.
Fuh, penat sungguh.......
 Dah tak sabar nak mandi.
Nak tangkap gambar pun dah bo layan.....

Ibu lepak di sini....

2F

Muka dah cuak bila ibu tak habis-habis nak tangkap gambar...hahaha....

 Masa untuk mandiiiiiii......pukul 7 petang baru naik.
Itu pun sebab dah nak tutup...
Agaknya kalau buka 24 jam, sanggup tidur kat swimming pool......

Malamnya ibu dan ayah ada program lain.
Naurah dan Farouk kami tinggalkan dalam bilik......
 Dinner @Tautan kasih bagi meraikan persaraan mantan president CUEPECS.

Makan-makan dan diiringi persembahan nyanyian...
Ayahlah yang jadi juru gambar ibu malam tu.
Maklumlah ibu ni agak pemalu nak snap gambar kalau masuk majlis macam nie.
Agaknya ayah perasan selama ni memang tak pernah ada gambar
ibu pergi dinner bersama ayah.....
Dan ayah sempat minta rakannya, Mantan President Cuepecs
bergambar dengan ibu sebagai kenangan.........walah.....

Ybhg Dato Hj Omar HjOsman, mantan president Cuepecs yang merupakan rakan seperjuangan ayah.
Kecik je orangnya.
Kalau tengok kat TV tak sangka orangnya kecik....hehehe.....
Ayah merangkap jurugambar.
Majlis tamat lewat malam....
Balik bilik 2F dah terbongkang tidur.
Masing-masing kongker 1 katil seorang.
Terpaksalah ibu dan ayah menyelit kat celah 2F.

Paginya ibu turun breakfast dengan Naurah je.
Ayah dan Farouk sedap berpelukan tidurrrrr setelah selesai berjemaah solat subuh...........aduyai....
Ni je yang kami makan sebab masih awal pagi.
Macam-macam ada tapi pagi-pagi selera nak makan belum terbuka....

Lepas breakfast 2F berendam lagi sampai kami check out tengahari.....
Rasa lapang sikit kepala ni bila dapat luangkan masa bersama insan tersayang...



About me