Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 Februari 2014

Pencarian TOKOH NILAM Daerah.

Minggu ni kesibukan ibu berganda.
Dimulakan dengan Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah.
Menerima surat perlantikan hakim Tokoh NILAM Daerah.
Perlu menghadiri bengkel pemilihan dan persediaan
sebelum acara gilang gemilang berlangsung  minggu depan.

Seawal pagi ibu dah bertolak ke BPasir.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 40-50 minit.
Tersesat memasuki lorong akibat keliru dengan alamat yang diberi.
Akhirnya sampai juga ke destinasi.

 Pegawai Teknologi Maklumat dan GPM diberi ucapan
alu-aluan oleh YB...

 Taklimat yang seterusnya.....

Menjalankan tugas masing-masing dengan tekun tapi santai.
Kami antara 20 orang hakim yang dilantik bagi memikul amanah dan tanggung jawab
dihari kemuncak nanti.

Ibu berada diloteng atas manakala rakan-rakan lain mencari sudut yang selesa untuk
 menjalankan tugasan masing-masing......

Lebih kurang 2.30 petang tugasan kami selesai.
Minggu depan ibu dan rakan-rakan yang dilantik
akan berkampung selama 2 hari di Pagoh bersama bahan-bahan
yang telah kami settlekan hari ini.....



13 Februari 2014

Baby Boy Ibu

Sebelum tidur pasti ada 2 ekor bebear ni kat tempat ibu lepak-lepak.
Seingat ibu Si Gajah dan Si Kupi ni dah sebaya dengan si tuannya, Farouk.
Si Gajah tu dapat semasa ayah beli pampers untuk Farouk masa kecik2
dan Si Kupi tu ibu pun tak ingat dimana bermula kewujudannya.....


Sampai sekarang Farouk akan cari 2 ekor bebear ni bila nak tidur.
Sweet je ibu tengok bila Farouk tidur dan memeluk 2 ekor makhluk kesayangannya.

Cepat sungguh masa berlalu.
Farouk begitu cepat membesar.
Kalau boleh ibu ingin hentikan putaran waktu dan biarlah Farouk terus menjadi baby boy ibu.
Ibu rindu nak peluk dia, nak dokong dia, nak belai dia macam dulu-dulu....huhhuhu....

Semakin hari hati ini jadi sayu bila melihat anak-anak semakin membesar...boleh ke macam tu????
Antara 5F, farouklah yang paling manja dengan ibu sejak kecil.
Kakak-kakaknya lebih manja dengan ayah sewaktu kecil tapi berbeza dengan Farouk.

Minggu ke3 persekolahan, Farouk menerima watikah perlantikan daripada guru besar...

Dan lihatlah, Farouk yang paling tinggi ( 3 dari kanan) berbanding abang-abang seniornya.
Setiap kali perhimpunan mingguan, ibu lihat baby boy ibu sudah tinggi dan
beratur dibahagian belakang rakan-rakan............

Ni gambar minggu ni.
Farouk menerima lencana NILAM bersama 10 orang rakan
yang membaca buku melepasi 360 buah....

Tak habis-habis bercerita dengan bangganya dia dapat lencana tu..
Siap pergi cari ibu kat PSS selepas habis waktu sekolah.
Macam la ibu tak nampak dia kat perhimpunan tu.
Ibu merangkap juru gambar yang tak bertaliah lagi....adehhhhh....
Bingit telinga ibu tau.....

Tak habis disitu.
Balik rumah kecoh lagi.
Habis diinterviewnya bila along dapat NILAM,
bila Angah dapat NILAM,
bila Kak Nana dapat NILAM,
bila Kakak dapat NILAM.
Aduyai.....Farouk......Angah dan Kakak Naurah tu pernah ke pertandingan
 TOKOH NILAM Daerah tau......

Penerima Lencana NILAM seramai 10 orang..

Ini semasa latihan merentas desa.
Nampak sangat Farouk ni tidak lasak.
Maklumlah, Farouk membesar di taman perumahan.
Tiada rakan-rakan sebaya.
Setiap hari menghabiskan masa menonton tv, melayan tab/lappy dan psp...
Apa nak buatkan. Faktor keselamatan perlu ibu fikirkan....
Tapi menurut Farouk dia orang ke 4 dalam Tahun 5 yang tiba digarisan penamat..
Boleh caya ke??????

Setiap kali cuti sekolah, ibu dan ayah biarkan rambut Farouk panjang.
Nampak wajah keanak-anakan.
Ibu suka tengok wajah Farouk begitu.
Ibu rindu Baby Boy ibu.
Tapi ibu kena terima hakikat yang Farouk dah makin besar.......
Yang membuat ibu tersentap dan gelak guling-guling bila Farouk bertanya:
Ibu, bila Farouk nak tumbuh misai.....wakaka....

11 Februari 2014

Telok Chempedak Yang Nyaman

Hari terakhir cuti-cuti Malaysia ibu singgah di Telok Chempedak.
Singgah ambil Angah di UiTM Kuantan.
Terus kami ke Telok Chempedak yang terletak lebih kurang
24km dari kolej Angah.

Telok Chempedak yang mendamaikan.

Naurah dicelah-celah batu...


4F yang gembira bila dapat berkumpul bersama.

Menghabiskan masa bersama walaupun seketika.

Farouk begitu teruja melihat aliran air di pasir.

Dapat rendam kaki pun jadilah....

Dapat main pasir pun jadilah.
Kalau ikutkan Farouk teringin sangat nak mandi tapi hari dah petang....

Along dan Farouk.

Sempat beli FM sebagai kenangan.....

Kami singgah isi perut di sini.
Naurah makan nasi patayya...rasanya biasa-biasa saja...

Budak anti nasi minta nak makan mee hailam.
Isi sotong dan udang melimpah ruah tapi rasanya pun biasa-biasa aja...

Angah dan Along order nasi goreng cina.

Kami tunggu Azan Maghrib dan solat jamak di situ.
Lebih kurang pukul 8 malam kami bergerak ke UiTM untuk
pulangkan Angah semula ke kolej dan bertolak balik ke Muar.
Tiba di rumah dah pukul 12 malam......zzzzzzzzzzzzzz.....

About me