Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Februari 2014

Rangnok Restaurant dan Siri JJCM

Cuti Tahnu baru Cina ibu sempat bercuti di kampung ibu di Kelantan.
Bercuti di kampung pastinya ibu akan jelajah JJCM.
Melepaskan rindu yang terpendam.

Semasa di Kelantan 
Ibu sempat singgah makan di Rangnok Restaurant.
Menurut rakan ibu yang berbangsa Siam, rangnok tu bermaksud sarang burung
Makanan berasakan Thai.
Terletak betul-betul tepi jalan Lebuh Raya menghala dari 
Wakaf Che Yeh ke Pasir Mas Salor

Pintu masuk ke restaurant.
Boleh pilih nak makan kat bahagian dalam atau wakaf bahagian luar.
Kami memilih bahagian dalam sebab mama ikut serta.
Sukar nak ke wakaf sebab mama berkerusi roda.

Antara wakaf yang dibina bahagian luar restaurant.
Belakangnya pemandangan sawah padi.

Tempat parkin kereta.

3 orang kanak-kanak rebina ......
Ke tiga-tiga sepupu sepapat ni memang tak suka makan nasi.
Asyik kena paksa je....

Along....

Ada pelbagai menu dan kebanyakkannya versi Siam.
Memang sedap dan ada yang pedas berapi.
Harganya pun tidak mahal.
Bayangkan kami makan 9 orang cuma RM78.
Murahkan.

Kueh Tiew Pao Mau yang sedap.
Secukup rasa dan banyak aksesori di dalamnya.

Kueh Tiew Kong Fu pun sedap.

Pulut mangga yang lemak berkrim...
Kami order pelbagai menu sebab nak rasa kelainan.
Naurah makan nasi goreng kampung yang pedas berapi.
Berair2 mata dan hidung dia........aduyai....
Kat sini kita boleh makan dalam set pilihan untuk family yang berharga
sekitar RM98-RM198.....untuk 5-6 orang.
Sangat-sangat murah sebab lauknya banyak dan sedap.

Selain dari makan di situ ibu juga melepaskan kempunan dengan JJCM.
Makanan yang dalam list ibu ialah "lock ching" , nasi kerabu, laksam dan me celup.
Nasi kerabu yang sedap...
Nasi kerabu ni ibu beli semasa singgah di pasar malam
Bandar Permaisuri Terengganu.
Sebungkus tu RM4

Laksam yang lemak berkerim......
Puas hati makan...
Ibu makan kat sebuah restaurant di Kota Bharu.
Semua makanan versi Kelantan.
Masih terasa keasliannya masakannya....

Ais krim Baba yang tumbuh bagai cendawan di Rantau Panjang.
Memang sedap kerana didalamnya ada pulut, roti dan pelbagai aksesori....
Boleh pilih saiz gelas berharga diantara RM-RM3.


8 Februari 2014

Birthday Naurah di Marry Brown

Birthday Naurah dah berlalu beberapa hari yang lepas.
Kebetulan masa birthday naurah kami masih di kampung.
Malam Jumaat baru sempat meraikan birthday naurah.
Ni masa Naurah keluar
celebrate dengan kawan-kawan kat KFC.

Kalau dah biasa jalan-jalan blog ibu pasti tahu citarasa anak-anak ibu.
Restauran fast food jadi pilihan mereka.

Layan tab sementara menunggu hidangan sampai.

Farouk duduk sesorang di sudut berhampiran playland nie.
Ibu dah tahu motif dia.
Kebetulan ada kawan sekelas dia makan kat situ.
Apa lagi.......menjadilah main perang-perang baling bola....
Kalau sorang-sorang Farouk dah segan nak masuk ke situ.

Birthday girl dan Along.

Feveret Along...mee kari ayam yang pedas dan pekat....

Menu biasa fish n chip.

Cheese cake sponser daripada "daddy" angkat 5F, Sir Lee.
TQSM Sir Lee sebab tak pernah lupa birthday kami.
Pasti akan tiba hadiah dan kek disetiap hari bersejarah kami....

7 Februari 2014

Bersama Upin dan Ipin.

Sepetang bersama Upin dan Ipin.
Kisah yang lagi basi nie.....
Apapun nak jugak tepek kisah ibu di sini.......

Kisah sebelum cuti sekolah bermula.
Kisahnya sekolah ibu menerima surat jemputan untuk hadir ke 
Majlis Penyampaian 50,000 majalah percuma tajaan syarikat tu.
171 buah sekolah dipilih di daerah Muar.

Yang kalutnya GB ibu salah tengok surat.
Beliau ingatkan dia dijemput wakil sekolah, so lepas Majlis Anugerah dia terus ke sana,
Bila tiba disana rupanya ibu yang kena hadir.
Haru sungguh.
Majlis brmula 2 petang, GB call ibu 2.30 petang.
Nak ke SK Btk Pasir tu memakan masa jugak.
Kalau tak silap ibu lebih kurang 50km jugak dari rumah ibu.
Aduyai.....terus ibu salin baju..pecut macam F1.
Pukul 3.10 baru tiba.
Majlis dah 1 jam lebih berlangsung.
Buat muka poyo + selamba jelah masuk dewan......

Ibu ambil tempat di bahagian paling belakang sebab ibu orang yang palingggg lewat tiba....
Sabar jelah....

Tiba-tiba maskot Upin dan Ipin tiba dari belakang dewan.
Yelah, majlis dah separuh masa berjalan.
Masa ibu sampai dah 2 ucapan lepas.
Best jugak sebab tak perlu panaskan bontot lelama...
Pukul 4 petang majlis dah selesai.....

Ibu dibekalkan dengan 250 buah majalah Upin Ipin untuk diagihkan kepada anak-anak murid....
Bukan main gembira lagi budak-budak ni dapat majalah free.....

Masa ni dah minggu akhir persekolahan.Kehadiran pun agak merosot.
So yang hadir jelah dapat dan majalah yang berbaki ibu masukkan dalam stok PSS.

Bukan main leka lagi masing-masing dapat majalah upin dan ipin nie.....


About me