Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Januari 2014

Guangzhou Part 1- Five Rams Statue (Tugu 5 kambing)

Selamat Tinggal Macau, Hong Kong dan Shenzen.
Sekarang kami ke destinasi ke 4 dan terakhir  iaitu Guangzhou.
Perjalanan dari Shenzen ke Guangzhou memakan masa 1 jam lebih
melalui lebuh raya 4 lorong.
Penat sebenarnya bercuti di 4 buah daerah serentak kerana kami perlu bertukar sebanyak
3 buah hotel, 3 orang pemandu pelancong dan melalui perjalanan yang jauh
dari satu daerah ke satu daerah dan kos yang tinggi.
Melalui kerenah di imigresen yang buat kami  hilang sabar...
Namun kelebihannya, banyak pengalaman pahit manis yang diperolehi dan
amat jarang sebuah travel menganjurkan percutian di 4 daerah sebegini serentak.

Sepanjang perjalanan kanak-kanak rebina sibuk melayan psp dan tab.
Ibu sibuk melayan mata yang mengantuk.....zzzzzzzzzzzzz.............

Guangzhou agak berbeza daripada 3 daerah yang telah kami pergi.
Bangunan di sini tidak semeriah dan setinggi di 3 buah daerah itu.
Sepanjang perjalanan ibu lihat ada perkampungan.
Lupa pulak ibu nak snap gambar.

Destinasi pertama di Ghuangzhou ialah kami dibawa ke 5 Rams Statue.
Tugu ini terletak di bandaraya Guangzhou di Wu YueXiu Park 
berkeluasan 860,000 meter persegi (212.5 ekar) dan tinggi 10 meter.

Ini benda alahnya.
5 ekor kambing rupanya.
Tapi yang terkilannya ibu tidak memanjat ke puncak ni akibat kesakitan kaki.....huhuhu...

ini merupakan kawasan rekreasi dan dikelilingi pokok-pokok hijau.....
Nyaman sangat di sini ditambah dengan suhu yang sejuk.
Tempat ni lebih kurang Taman Botani di Melaka.
Rasa Taman Botani lebih best kot.....

Pintu masuk..
Peta disediakan untuk yang ingin menerokai alam hijau.

Kat belakang tulah tangga menuju ke tugu.
katanya 100 anak tangga untuk sampai.....

Macam batu belah batu bertangkup la pulak.......
Entah apa ke benda ditulis pun ibu tak tahu......

Ini seketul lagi batu besar.....
Pantang jumpa batu kami posing maut....ha3x....

Depan kedai souvineer.
kat sini barulah ibu jumpa FM yang murahhhhh.
Seketul 5 yuen=RM2.50
Adalah sederet gerai cenderahati di sini.
Dapatlah beli berketul-ketul FM sebagai kenangan.......

13 Januari 2014

Shenzhen Part 3- Shopping-shopping

Agenda yang ibu tunggu-tunggu dalam list ke oversea ialah bershopping.
Ibu pun tak pasti sejak bila minat beshopping ini makin mekar.
Ibu rasalah, Ayahlah yang jadi penggalak utama menyebabkan ibu jadi begini....
he3x...ayah pulak disalahkan....
 
 
 Dari jendela hotel.
Suhu masa ni jatuh menjunam ke 5 darjah celcius...
Sejuk beku rasanya.....

 
Persediaan untuk kanak-kanak rebina.

Nilah duit yuen yang BIL ibu siap tukarkan sebelum kami berangkat.
RM1=1.8 yuen

Selesai beberapa sesi lawatan ke Pusat Jed dan Kilang Produk Buluh,
kami di bawa ke sebuah pusat membeli
belah yang terkenal di Shenzen.
Parkin bas bukan main jauh.
Menapaklah kami ke sini.
Akibat semangat berkobar-kobar nak shopping, kepenatan hilang sekelip mata...


Danial sebagai pemandu pelancong sedang beri taklimat kepada kami....
Ibu tak beri tumpuan pun sebab BIL dah biasa di sini.
Ibu akan ikut BIL jelah....he3x....

Lua Ho Commercial City dan Lowu Market
ni amat besar.
Kalau rajin menapak bolehlah jelajah dari satu kedai ke satu kedai.
Yang penting kita jangan mudah tertipu dan pandai tawar menawar.
Gajet memang banyak di sini.
AWAS jangan mudah tertipu dengan harga yang murah.

Posing kat luar.
Besarkan...melopong mulut ibu tengok.
Mampukah ibu jelajah ke setiap tingkat tu???????
Masa yang diperuntukkan cuma 2 jam sahaja.....huwaaaaa...

Ni bahagian dalam.
Besarkan...

Kanak-kanak rebina yang dah tak sabar nak beli
psp, tab, handphone, lego dan macam-macam kat sini.
Aduyai pokai-pokai......
Lama juga ibu kat sini.
Sempat juga sambar 
2 pasang kasut untuk Beby dan Angah.
Farouk dan Naurahlah yang banyak melabur kat sini.
Semua berkenan kat mata dia......


Inilah kasutnya.
Kalau beli on9 berharga antara RM100-RM80 tapi kat sini ibu
dapat dalam RM70-RM40 sepasang.....
Itupun kena ada cara.
Memang mereka letak harga 2-3X ganda mahal.
Kita tawarlah dalam harga yang kita hendak.
Mereka akan geleng2 kepala dan berkeras tak nak bagi..
At last, bila kita blah mereka akan kejar dan beri harga yang kita nak.
Setiap kedai begitulah caranya.
Tips ni BIL yang bagi sebab dia sering terbang ke China.
Yang sukarnya mereka langsung tak pandai berbahasa Inggeris.
Berinteraksi macam orang bisu guna bahasa isyarat.
Kakulatorlah jadi interaksi antara kami.....Aduyai...susah betul.


Farouk sambar psp dan tab Samsung klon.
Naurah pula sambar Samsung Galaxy S4.
Itupun kami tertipu jugak sebab sample yang dipamerkan tak sama
dengan yang diberi dalam kotak.
Masa yang singkat menyebabkan ibu tak sempat nak check semua gadget tu.
Beribu jugak kena tipu......

Menjelang petang kami menaiki bas dan di bawa ke Dongmen Street.
Pusat membeli belah yang terkenal di Shenzhen.
Kebetulan masa ibu datang di sini musim sejuk,
jadi banyaklah baju-baju sejuk dijual dengan harga yang murah.

Masa menjelang malam suhu naik sikit tapi angin pulak bertiup...Sejukkkkk.....

                            
Macam nilah suasana di sini.
Penuh sesak dengan lautan manusia.
Kalau bawa anak-anak kecil kena berhati-hati begitu juga beg tangan.

Kat sinilah ibu belikan souvineer untuk rakan-rakan.

Ibu beli money...money....money....he3x.
banyak jugak beli tapi bila diagih2kan rupanya tak cukup.....huhuhu

Di sini ibu belikan Naurah baju tebal dan sarung tangan kerana dah tak tahan menanggung sejuk.
Baju sejuk krim tu ibu beli di sini.
Murah sangat-sangat.
Sehelai tak sampai RM30.......
Cantik design n kainnya berkualiti.
Ibu ofer nak belikan Farouk tapi dia tak nak.
Farouk dah pakai baju sejuk 2 lapis pun masih kesejukan...

Beginilah suasana sepanjang jalan.

Kawasannya amat luas.....
Kalau larat bolehlah jalan sepanjang kawasan ini.

Bangunannya pun tinggi-tinggi.....

Hasill pancingan ibu dan anak-anak.......
Kat sini ibu beli kasut, baju , souvineer, teddybear dan macam-macam lagi.
Harganya lebih murah berbanding di Lua Ho Commercial City.
DI Shenzhen ibu dah habiskan 3/4 daripada duit yang di bawa.
Huwaaaaaaaaa.........

Tidak lupa t-shirt untuk 5F.
T-shirt tu sehelai dalam RM35..

12 Januari 2014

Kisah Weekend Hari Jumaat..

Minggu pertama weekend hari Jumaat.
Segalanya buat ibu blur.
Rasa agak janggal sebab dah terbiasa bekerja hari Jumaat.

Di kawasan ibu ni dah berkurun ada pasar lambak pada pagi Jumaat.
Ambil peluang ke sana kerana selama ini tidak berpeluang.
Pasar ni beroperasi seawal pagi dan tamat dalam pukul 11 pagi.
Macam-macam ada dijual macam kat pasar malam.


Weekend ke 2 Jumaat ibu masih blur.
Celik mata pagi-pagi kebingungan.
Termenung seketika tepi katil.
Maklumlah sukar jugak nak suaikan diri berhujung minggu hari Jumaat.
InsyaAllah lama-lama oklah....

Bila Along dan Angah ada,
langkah lebih panjang sebab merekalah jadi driver.
Ayah..??? setiap hari Jumaat ayah biasanya ada meeting Cuepecs.
Jadi bila weekend bertukar hari Jumaat ayah tak dapat la join aktiviti kami....
Kami ke Melaka.

Pot kegemaran 4F sudah semestinya Mahkota Parade Melaka.
Rancang nak pergi tengok movie tapi bila tengok cerita macam tak best so kami batalkan.

Singgah besi aiskrim kat kios McD.
Harga cuma RM1 tapi banyak aiskrimnya.
Farouklah tukang habiskan aiskrim kami.....

Konon-kononnya nak window shopping je.
Tapi dah jadi lain.
Memang tak boleh dipercayai.....
Ibu pun cuba kawal perbelanjaan.
Dalam dompet cuma bawa dalam RM360.
Farouk tukang jaga barang bila kakak2nya sambung masuk ke F.O.S....

Sini pun pot kegemaran 4F.
Masa kami pergi semalam tak ada diskaun so harganya mahal.
Tak jadilah mereka nak bershopping kat sini kali nie.

Singgah ke Dataran Pahlawan.
Cuci-cuci mata tengok souvineer kat sini.
Sekarang ni lebih mudah sebab kereta parkin kat dalam bangunan
dan ada laluan menghubungkan Mahkota Prade dengan Dataran Pahlawan

3F teringin nak makan Tutti Frutti.
3F je ada sebab Angah dah mula sem 2 dan Beby dah mula
bekerja sementara result SPM keluar.

2 FARAH makan perisa peach dan vanila..

Penggemar coklat.

Feveret Farouk....

Lama juga kami kat Melaka.
Singgah tesco untuk beli sushi.
Bila belek-belek dompet duit berbaki tak sampai RM20...
Terkawal jugaklah berbelanja hari tu.

Dalam pukul 9 malam baru tiba rumah.
Dalam 15 minit..baru ayah tiba.
Ibu ingatkan ayah bermalam kat KL.......

About me